Selasa, 3 Mei 2016

KP FINAS NAK SAMBUNG KONTRAK ?? BAGI PELUANG PADA ORANG LAIN PULA LAH @NajibRazak



Baru baru kawan terlihat ada satu fanpage yg dicipta kumpulan penyokong Dato Kamil Othman Ketua Pengarah Finas sekarang untuk memohon dan melobi Menteri Komunikasi dan Multi Media Malaysia Dato Seri Dr Salleh Said Keruak menyambung kontrak beliau selepas tamat pada bulan 11 tahun ini.

Pandangan Sangkakala dan kawan kawan orang dalam di Finas  tidak perlu Ketua Pengarah ini disambung kontraknya kerana alasan alasan yg berikut:

1.  Umurnya melebehi 62 tahun pada tahun ini dan bagi peluang utk ramai anak Malaysia yg masih layak dan masih bertenaga Ketua Pengarah ini pun selalu uzur dan tidak cergas untuk hadiri mesyuarat mesyuarat kegiatan Kementerian serta badan berkanun Finas yang dipimpinnya.

2.  Gajinya pulak mak ai... Dekat RM35, 000 sebulan. Rasanya tidak ada Ketua Pengarah Badan Berkanun yang bergaji setinggi dia mengalahkan gaji Ketua Setiausaha Kementerian. Ini dah tidak ikut grade gaji pegawai kerajaan dan badan berkanun. Kalau badan tersebut organisasi ditubuh di bawah Akta Syarikat lainlah. Itu tidak termasuk gaji juak juak yang di bawah masuk ke Finas gang gajinnya sama dengan Jusa A dekat 20 ribu ringgit sebulan. Kat mana rasionalnya. Lagi pun dalam keadaan kerajaan mengamalkan belanja berhemat ini tidak perlu membazir untuk bayar gaji pada mereka dengan terlalu mahal. Tidak tahulah Ketua Setiausaha Negara (KSN)atau Ketua Pengarah JPA rasa perlu bayar sebanyak begini untuk gaji seorang Ketua Pengarah.

3.  Dari segi pencapaian yand dibawa di Finas pulak haram tidak ada. Baru ni heboh pasal Presiden Gafim komplen kat Menteri Komunikasi berkenaan pencapaian Ketua Pengarah ni. Janji masa nak masuk Finas nak ubah Akta Finaslah. Ini dah dekat 2 tahun tak ada perkembangan langsung paper cadangan  entah sangkut kat mana.

4.  Projek Pitching Centre dengan dana 100 juta pun tak jalan. Dah dekat 2 tahun tak ada satu Filem Kenegaraan yang diterbitkan dengn dana ini. Kerana Pitching Centre yang tak bergerak ni Bekas Pengerusi Finas Dato Seri Azalina pun pernah halau Kamil ni dari Pitching Centre.

5. Projek projek strategik kerajaan dalam program ETP seperti Arkib Bahan Digital Gambar dan Visual  Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga terbengkalai. Kata pandai sangat tentang IT maklumlah dari Mdec. Kalau sekadar diberi gaji mahal untuk menutup aje projek strategik Etp KKMM  ni lebih baik tak payah beruk budak sekolah pun tahu nak buat. Dengarnya projek dengan belanja 40 juta yang dah dilaburkan kerajaan terbengkalai begitu saja. Ha inilah kerja orang pandai yg dibayar gaji 35  ribu sebulan. Pay Starbuck peanut but still got monkey.

6.  FINAS antara tugas utamanya ialah menerbitkan bahan promosi kempen kempen kerajaan dan membantu Perdana Menteri dalam mempromosi
projek kerajaan. Ada ke kita nampak Finas aktif buat benda ini. Haram.. Bantu Azmin Ali berkempen ada le.

7.  Satu lagi KP Finas ni hobi dia jalan ke luar negeri. Kalau tak guna budget kerajaan dia paulah kiri kana untuk bayar travel bisnes class dia. Cuba check rekod keluar negara dia setahun berapa kali sebab suka sangat keluar negeri dia terpaksa ambik cuti lepas tu buat tugas rasmi. Tiket flight dan belanja siapa bayar?  Tuan tuan faham sendirilah... Adalah lembu yang jadi akikah.

8.  Kalau tuan tuan sedia maklum setiap agensi kerajaan ada KPI pencapaian bantu usahawan bumiputera. FINAS memang ada budget termasuk 100 juta dari pitching Centre untuk bantu capai KPI ini. Cuba tengok dan check sepanjang hampir 2 tahun Kamil jadi KP apa pencapaian dia?  Haram... Yang dok mengekor belakang dia Ca Ya Nun Alif. Adalah tu deal dia.

9.  Paling jelas setelah lebih setahun dua masuk Finas baru dia announce dia rombak organisai Finas. Hei takkan dah setahun lebih baru nak rombak. Mana mana ketua jabatan lepas 100 hari patut  dah tahu apa visi dan misi dia dengan menyusun organisasi. Ini dah lebih setahun baru dia kata dia baru faham  organisasi Finas. Wei dah setahun baru kau faham organisasi Finas?  Lembabnya. Kalau dah lembab tu tak payahlah nak sambung kontrak dengan gaji yang mahal. Maka kadar kadarlah diri yang dah tua dan tak larat. Bagi
laluan orang lain pulak.

Akhir kata dengan fakta di atas maka mohonlah PM dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk tidak menyambung perkhidmatan KP Finas ini. Buat menghabiskan beras aje.



Tiada ulasan: