Selasa, 19 April 2016

SKANDAL TABUNG HAJI !! RIBUAN TAK DAPAT KE MAKKAH #scs

Hampir 4000 orang pencarum dalam Tabung Haji tidak dapat melaksanakan rukun Islam ke 5 akibat daripada fitnah daripada Rafizi Ramli kononnya Tabung Haji akan bankrup.

Kesemua pencarum tersebut mengeluarkan caruman apabila Rafizi Ramli mengatakan bahawa Tabung Haji bakal bankrup dan ini dinyatakan oleh Datuk Asraf Wajidi dalam Dewan Negara siang tadi.

Ini Sangkakala boleh nyatakan sebagai ibarat kata pepatah ' DENGAR GURUH DILANGIT AIR TEMPAYAN DICURAHKAN'.

Sekarang siapa yang rugi? Rafizi Ramli dengan senang hati menerima wang dividen sedangkan yang mengeluarkan caruman pula hilang kelayakan untuk ke Makkah melalui Tabung Haji.

Dah memang jadi tugas Rafizi untuk mengeluarkan fitnah dan yang menerima musibah adalah pengikut tegar yang percaya bulat bulat fitnah yang dilemparkan oleh beliau.

Lepas ni boleh la mereka cuba mencarum kembali dalam Tabung Haji dan tunggulah giliran sepertimana yang dilakukan oleh orang lain dan mengikut apa yang disebut sebut sebelum ini, ianya mengambil masa puluhan tahun baru sampai giliran.


Tiada ulasan: