Isnin, 18 April 2016

PENOREH SENGSARA !!! MANA MENTERI BERTANGGUNGJAWAB ?? @NajibRazak #scs

Dah beberapa bulan diperkatakan tentang permasaalahan yang melanda pekebun kecil getah terutamanya di negeri Kedah yang dilihat menanggung masalah akibat harga getah merudum jatuh hingga ada yang dilihat kais pagi makan pagi kais petang belum tentu makan.

Persoalannya sekarang, apa tindakan Kementerian yang sepatutnya menjaga kebajikan pekebun kecil getah ni? Mana Lembaga Getah Malaysia? Takkan nak dibiarkan mereka hidup dalam keadaan sengsara.

Getah merupakan salah satu komoditi keluaran Malaysia yang terbesar dan ianya menjadi komoditi kedua selepas kelapa sawit tapi ianya juga menjadi masalah kepada pekebun kecil yang mengusahakan getah di Malaysia.

Memang tidak dinafikan bahawa harga getah mengikut pasaran dunia, tapi sekurang kurangnya apabila ada masalah melanda janganlah itu dijadikan alasan untuk mengambil sikap lepas tangan.

Memang ada bantuan yang diberi, tapi adakah ianya mencukupi? Adakah ianya menepati garis panduan kemiskinan di negara ni?

Masa harga getah melambung, kerajaan juga terima untung, tapi bila harga getah merudum, pekebun kecil sendiri tanggung.

Kalau ini sikap yang diamalkan, elok bubarkan sahaja Lembaga Getah yang kononnya mengambil berat serta peduli terhadap permasaalahan.

Baik suruh semua pekebun getah tersebut tukar kepada tanaman yang lebih mendatangkan pendapatan yang stabil sebagai contoh kelapa sawit dan sebagainya.


Tiada ulasan: