Nampaknya kini selepas isu cukai tanah, perumahan mampu milik dan beberapa lagi masalah uang dihadapi oleh rakyat Selangor masih belum terbela, kini timbul pula masalah baru yang melanda.
Para nelayan di Selangor kini berdepan pula dengan cukai yang agak membingungkan dimana nelayan kecil pula terpaksa membayat cukai untuk menempatkan sampan atau bot milik mereka.
Dengan bayaran sebanyak RM 600 setahun atau RM 50 sebulan jelas menunjukkan betapa rakusnya kerajaan negeri Selangor memeras keringat nelayan pesisir pantai yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Kenapa bayaran ini perlu dibuat? Adakah tidak cukup lagi cukai di daratan yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap rakyat hingga di gigi air juga perlu dikenakan cukai?
Baca lagi DISINI.
Nelayan pesisir pantai ini bukanlah dikalangan mereka yang mendapat pendapatan tinggi hingga perlu dikenakan cukai oleh kerajaan negeri. Mereka ini sepatutnya dibantu untuk menambah pendapatan, bukannya mengurangkan lagi pendapatan mereka sehari hari.
Cuba bayangkan jika mereka tidak dapat ke laut kerana cuaca buruk, adakah mereka akan mampu untuk membuat bayaran sepertimana yang dituntut oleh kerajaan negeri terhadap mereka?
Bukankah kerajaan Selangor mengatakan bahawa mereka mengamalkan sistem kerajaan berkebajikan yang sentiasa membantu rakyat?
Apa apa pun tahniah untuk rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan Pakatan dan ini adalah hadiah khas buat para nelayan dari kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan