Isnin, 11 April 2016

AMIKKAU !! GILIRAN RAFIZI RAMLI PULA TERIMA SURAT TERBUKA #scs

Dibawah ini adalah surat  ditujukan khas kepada Rafizi oleh seorang anggota PDRM yang dilihat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli.

Kita juga sedia maklum bahawa Rafizi memang dilahirkan dalam pakatan untuk menabur fitnah dan akhirnya, kerana fitnah fitnah tersebut maka beliau ditahan polis dan dalam tahanan itu pun beliau masih lagi menabur fitnah kali ini kepada pasukan polos pula.

Dan kerana itu lah, ada anggota polis yang membuat surat terbuka kepada Rafizi berbunyi seperti dibawah.
******************************************

SURAT TERBUKA UNTUK RAFIZI RAMLI

"Saya merujuk kepada kenyataan tuan bertarikh 9 April 2016 yang  jelas maksudnya untuk mencalar kredibiliti Ketua Polis Negara (KPN) berhubung kenyataan beliau yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini  mengenai isu lakonan "digari" untuk meraih simpati. 

Saya hairan kenapa tuan masih lagi cuba menegakkan benang basah sedangkan tuan sendiri telah membuat beberapa kenyataan yang bercanggah berhubung isu ini. Sekejap kata  Polis suruh letak tangan di belakang, sekejap kata sendiri yang minta digari.  Tuan rasa amat terkesan dan marah apabila rata-rata netizen  menyelar "lakonan" tuan sedangkan apa  sebenarnya niat tuan, hanya Allah yang mengetahuinya.  And you know that too. Tuan naik berang terhadap KPN kerana kenyataannya mengundang kemarahan netizen terhadap tuan.  Tapi tuan lupa bahawa Allah Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Mengasihani.  Bukan sedikit celaan yang tuan lontarkan terhadap KPN. Bukan ringan dakwaan yang tuan buat terhadap KPN.  Propaganda dan strategi tuan berjaya memesongkan pertimbangan dan persepsi masyarakat  terhadap KPN dan juga PDRM keseluruhannya.  Tidak tergamak hendak saya ulangi kata-kata nesta dan cacian yang tuan lemparkan kepada KPN walaupun dia menjalankan tanggungjawab hizbahnya atas landasan amal makruf nahi mungkar.  Why? Sebab tindakannya tidak sehaluan dengan kehendak tuan. Bukan begitu? 

Bila  tuan  diserang netizen, tuan ugut nak saman KPN. Tuan cabar KPN bertanding dalam PRU.  Ini bukan sifat seorang yang rasional. What goes round comes around, remember?   Malangnya  tuan lupa bahawa apa yang tuan lakukan ada balasannya, samada buruk atau baik.  Janji Allah itu pasti.   

Tidak perlulah tuan cuba untuk mengambil hati pegawai-pegawai Polis dengan kenyataan bahawa tuan bersimpati dengan mereka yang  kononnya dalam keadaan serba salah bila berhadapan dengan  tuan. Tidak perlu tuan bermain strategi dengan menyatakan bahawa tuan khuatir pegawai-pegawai terbabit akan dikecam oleh UMNO jika tuan tidak digari atau diberi kelonggaran.  Sejak bila tuan peduli kepada warga PDRM? Sejak bila tuan menyanjung jasa dan pengorbanan PDRM? Apa yang keluar dari mulut tuan terhadap PDRM hanyalah cacian semata-mata. Jangan ingat ia mudah dilupakan.

Kenyataan tuan yang berbunyi "Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa" membuatkan saya merasa mual dan loya.

Hentikan cubaan tuan untuk  memancing hati kami warga PDRM kerana apa yang tuan lakukan selama ini  mungkin dapat kami maafkan atas nama Islam….namun tidak sesekali dapat kami lupakan begitu saja.  KPN adalah ketua kami dan kami berdiri teguh di belakang beliau.  Tidak perlu tuan bersimpati kononnya, terhadap  pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan  kes tuan.  Mereka tidak pernah merasa  serba salah dan mereka tidak takut tindakan mereka akan mengundang kritikan  sepertimana dakwaan tuan dengan kata-kata "damn if they do, damn if they don't".  Ketaatsetiaan setiap warga PDRM kepada ketua, Raja dan Negara jangan sesekali tuan pertikaikan kerana ia mengguris hati kami. Kabut yang menyelubungi kehidupan tuan adalah balasan atas apa yang tuan lakukan selama ini. You reap what you sow.

Kenyataan tuan jelas sekali cuba mengambil hati  kami dengan harapan kami akan bangun menentang KPN.  IT WILL NOT HAPPEN kerana taat setia kami kepada pemimpin tidak akan goyah dengan propaganda murah yang cuba tuan mainkan buat kesekian kalinya.   Cukuplah  apa yang tuan dan rakan-rakan tuan lakukan selama ini kerana kami tidak pernah merasa dihargai oleh orang-orang seperti tuan. 

KAMI  BUKAN JEBAT DERHAKA."



2 ulasan:

Zainudin Ali berkata...

Tabek tuan. .
kerja baik2, insya Allah
Selamat. ..

Halim Tuah berkata...

Seseorang yang memfitnah sebuah organisasi yang menguruskan perihal Rukun Islam Yang Kelima, seperti perbuatan YB Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji, darahnya boleh dianggap 'HALAL'!