Jumaat, 26 Februari 2016

PIHAK BERKUASA TEMPATAN HILANG KUASA SEJAK PAKATAN MEMERINTAH SELANGOR #scs

Agak malang kalau kita dengar betul betul daripada apa yang berlaku di Selangor sekarang ni.

Sangkakala berkesempatan makan tengah hari dengan beberapa orang kakitangan PBT dan mereka juga meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan beberapa PBT yang mempamerkan iklan parti di sekitar Selangor.

Tapi apabila Sangkakala bertanya kenapa PBT tak halang daripada dipamerkan? Pegawai pegawai ni mengatakan bahawa sejak Pakatan memgambil alih kerajaan negeri, kuasa PBT seakan akan hilang dan ianya digantikan dengan kuasa ahli majlis.

Ini bermakna, ahli majlis lebih berkuasa dari PBT dan mereka ini boleh membuat apa juga keputusan berkenaan dengan urusan PBT.

Malah menurut kakitangan ini, ada sampai satu masa, mereka ini akan bertindak seolah olah mereka sebagai Datuk Bandar atau YDP Majlis.

Hebat penangan Ahli Majlis Pakatan ni rupanya.

Sangkakala tanya pula bagaimana semasa Barisan Nasional memerintah dulu? Adakah ianya berlaku perkara sama?

Menurut mereka, semasa pemerintahan Barisan Nasional, PBT diberi kuasa penuh untuk menjalankan apa juga penguatkuasaan selagi ianya didalam peruntunkan undang undang PBT.

Tapi sekarang, bukan kata ikut undang undang, yang sedia ada pun kena langgar habis mengikut kata ahli majlis yang sudah pastinya dilantik oleh kerajaan negeri.

Menurut kata mereka lagi, isu perobohan gerai gerai makan juga sebenarnya tidak mengikut saluran dan prosedur yang tepat sebagai contoh,

1. Para peniaga tidak diberi notis secukupnya untuk mencari tapak baru yang bersesuaian

2. Para peniaga tidak disediakan dengan tempat yang bersesuaian sebelum gerai mereka di robohkan.

Ini semua jika dibangkang oleh PBT maka akan kelihatanlah ahli majlis yang meninggikan suara dan ada pula yang sanggup mengatakan bahawa gaji kakitangan PBT dibayar oleh kerajaan negeri.

Seperti contoh papan tanda yang dianggap sebagai menghina mahkamah pula, mereka mengatakan jika PBT tidak memberikan kelulusan, maka akan ada yang membuat aduan kepada kerajaan dan kerajaan negeri pula siap sedia untuk mengambil tindakan dan mahu atau tidak maka pihak PBT Selangor terpaksa akur dengan kehendak parti.




1 ulasan:

Unknown berkata...

KAHKAHKAHKAH.........WORK HARDER.
Di selangor, orang takkan undi UMNO sebab semua rumah
PPRT & LOW COST free, tak perlu bayar cukai pintu.
Air free, api di bawah rm20 pun free.
Apa lagi orang selangor nak..............?????