Isnin, 15 Februari 2016

EDAR SELANGORKINI DI MASJID !! KERAJAAN SELANGOR INGKAR TITAH SULTAN #SCS

Nampaknya kerajaan Selangor sampai sekarang masih lagi mengedarkan akhbar tabloid kerajaan negeri di masjid masjid seluruh negeri.


Walau pun pernah dititahkan oleh Sultan untuk tidak menjadikan masjid dan surau sebagai medan politik, tapi nampaknya kerajaan Selangor mengambil pendekatan tak peduli apa atau siapa nak halang.

Mungkin puak puak pakatan akan mengatakan bahawa akhbar berkenaan adalah untuk pemberi tahuan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor tetapi apa yang mengecewakan seperti baru baru ini, himpunan kononnya untuk solidariti terhadap Anwar Ibrahim juga dimasukkan ke dalam akhbar berkenaan dan dapat liputan dua muka surat.

Adakah itu juga dikira kemajuan dalam pentadbiran kerajaan Selangor? Atau akhbar ini sekadar untuk menutup penggunaan wang rakyat Selangor bernilai jutaan ringgit bagi menghasilkan akhbar politik?

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor juga sebenarnya perlu memainkan perananan apabila masjid masjid dibawah selenggaraan mereka ini menjadi medan bagi parti politik untuk menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat.

Bab penggunaan dana kerajaan bagi setiap penerbitan pula, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu tampil untuk menyiasat dan mengambil tindakan jika ada berlaku penyalah gunaan dana kerajaan dalam penghasilan akhbar tabloid berkenaan.

Titah Sultan Selangor juga nampaknya menjadi mainan sedangan kita semua tahu bahawa pemimpin tertinggi di negeri adalah Sultan dan Baginda juga adalah ketua agama Islam di negeri Selangor.

Dengan masih meletakkan akhbar Selangorkini di masjid masjid, ini membuktikan bahawa kerajaan Selangor tidak peduli dengan titah Sultan.




Tiada ulasan: