Rabu, 17 Februari 2016

FELDA DAN FGV TOLAK PEKERJA ASING !! BAGI PELUANG RAKYAT MALAYSIA #supportfgv

Bila disebut bahawa kerajaan Bangladesh memberikan quota sebanyak 1.5 juta rakyat mereka sebagai tenaga kerja di Malaysia, maka berdendang le puak puak yang tak berapa faham dengan situasi menempelak kerajaan kononnya tak prihatin dengan rakyat Malaysia.

Dalam kekecohan itu, maka Felda dan FGV mengambil pendekatan untuk menggajikan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan pekerja yang kini berjumlah 10 ribu orang.


YB Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri yang ditugaskan untuk menjaga Felda dan juga FGV tengah hari tadi dalam sidang akhbar menyatakan bahawa Felda dan FGV memerlukan 10 ribu orang pekerja dan Felda serta FGV membuka peluang ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buat masa sekarang, Felda dan FGV menggunakan khidmat bekas penagih dadah yang diurus selia oleh AADK serta Oil Palm For Life atau OPAL bagi memenuhi kekosongan berkenaan.

Jadi sekarang ni siapa kata kerajaan tak bagi peluang pada rakyat Malaysia untuk memiliki pekerjaan? Tapi kalau nak duduk dalam aircond, nak pakai batang pen serta duduk depan komputer mengadap facebook memang takde la.

Kepada mereka mereka yang banyak bunyi macam macam suara tu, boleh le mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan dan kena ingat, pekerjaan tu pendapatannya kena la sama dengan apa yang ditwarkan kepada warga asing, jangan demand yang bukan bukan pula.



Tiada ulasan: