Selasa, 16 Februari 2016

@ahmadmaslan KENA TROLL LAGI !! BUKTI ADA RAKYAT MALAYSIA TAK TAU APA APA #SCS




Ini status yang Sangkakala ambil dari laman facebook seorang natizen yang memperincikan tentang apa yang dilakukan oleh segelintir pengguna laman facebook menyebarkan dalam niat untuk mengaibkan pemimpin.


"Ahmad Maslan kena lagi. Kali ini kerana masak tak guna api. Mungkin beliau hanya berlakon masak-masak dan bergambar konon-kononya beliau sedang 'bekerja'.

Sebenarnya bukan begitu. Itu adalah salah satu cara memasak nasi kukus.

Air rebusan daging dengan rempah ratus dicampur, dikacau supaya sebati. Proses awal ini tidak memerlukan api. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Selepas itu, air rebusan tadi dicedok dan letak di lapisan dulang nasi yang tersusun di belakang beliau (lihat gambar).

Waktu itulah baru menggunakan api. Malangnya ramai haters menelan bulat-bulat cerita yang dibawa.

Lihat like dan share, entah berapa ribu dosa yang telah mereka lakukan dan entah berapa banyak pahala yang dikutip Ahmad Maslan. Mungkin bagi mereka itu perkara remeh.

Sungguh banyak amaran keras tentang dusta;

Allah berfirman:

"Kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." [QS. Ali Imran: 61]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia." [HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315, dan dinyatakan hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami' no. 7136]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam beliau bersabda:

"Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengarkan." [HR. Muslim no. 5]

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati." [HR. Bukhari, 32]

Jangan ingat dosa dusta berhenti setakat itu sahaja. Pahala pendusta atau yang menyebarkan dusta juga akan diberikan kepada orang yang disakiti, malah lebih teruk, dosa orang yang disakiti itu pula akan diberikan kepada si pendusta dan penyebar dusta tadi;

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya umatku yang muflis adalah seseorang yang pada hari kiamat datang dengan (pahala) solat, puasa, dan zakat, tetapi dia selalu mencaci-maki, menuduh, dan makan harta orang lain serta membunuh dan menyakiti orang lain.

Setelah itu, pahalanya diambil untuk diberikan kepada setiap orang dari mereka hingga pahalanya habis, sementara tuntutan mereka banyak yang belum terpenuhi.

Selanjutnya, sebahagian dosa dari setiap orang dari mereka diambil untuk dibebankan kepada orang tersebut, hingga akhirnya dia dilemparkan ke neraka." [HR. Muslim no.4678]

Saya risau mereka yang memulakan dusta dan menyebarkan dusta yang dikenakan pada Ahmad Maslan sedang memberikan pahala kepada beliau, atau mereka sedang berkongsi mengambil dosa Ahmad Maslan.

Beruntunglah Ahmad Maslan, dengan hanya mengaul air rebusan mampu mengumpul beribu pahala dan melenyapkan dosa-dosa. Siapa tak nak."

Sudah sudahlah. Asyik nak aibkan orang lain nanti aib diri sendiri tak boleh nak tutup kan ke susah..






Tiada ulasan: