Selasa, 25 Ogos 2015

RINGGIT JATUH !! APA TINDAKAN BANK NEGARA ??? @NajibRazak

Kejatuhan nilai ringgit dalam pasaran matawang tidak dapat dinafikan lagi dan ianya bukan sahaja melibatkan matawang Malaysia malah seluruh dunia terlibat sama.

Ini biasa berlaku menurut kata beberapa orang pemain dalam pasaran matawang dan kita pernah mengalami kejatuhan paling teruk pada tahun 1998 dimana harga Ringgit jatuh ke paras RM 4.80 berbanding 1 dollar Amerika.

Tun Daim Zainuddin yang merupakan mantan Menteri Kewangan mengatakan pula bahawa Malaysia bakal bankrup menjelang September nanti akibat kejatuhan ini.

Persoalannya adakah Daim sedar bahawa pada tahun 1998 kejatuhan matawang adalah lebih buruk berbanding sekarang? Dan apa alasan Daim mengeluarkan kenyataan berkenaan? Adakah ianya salah satu cara untuk mengatakan bahawa ianya salah Perdana Menteri? 

Satu lagi, Sangkakala tak nampak apa tindakan Bank Negara dalam usaha untuk mengukuhkan Ringgit Malaysia? Apa tindakan susulan? Setahu Sangkakala Bank Negara mempunyai kepakaran dalam setiap urusan berkenaan dengan matawang.

Kalau Bank Negara tidak mengambil apa apa langkah pengukuhan ini bermakna apa yang dikatakan oleh Daim akan menjadi kenyataan dan secara langsung kita dapat melihat bahawa satu pihak akan dipersalahkan.

Kepada YAB Perdana Menteri, Sangkakala rasa kalau dalam Bank Negara sudah tidak ada lagi pakar ekonomi maka adalah lebih baik jika rombakan dalam Bank Negara juga dilakukan sama macam rombakan kabinet baru baru ini.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik..bknkah sebelum ini BNM memaklumkan semuanya terkawal..BNM akan memastikan ringgit terus kukuh ...klu tiada action dr BNM..kerajaan mesti buat sesuatu...

Unknown berkata...

Pada pendapat saya Pakar-Pakar ekonomi negara perlu buat perbandingan keadaan 1998 dengan sekarang. Tahun 1998 Belum ada lagi usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Tony Fernandez yang berjaya mengembangkan perniagaan sampai di United Kingdom pada masa sekarang. Oleh yang demikian kita perlu mengambil contoh pentadbiran ekonomi seperti Negara Germany dan Russia di mana dapat bersaing dengan USA dalam pasaran Dunia dan dapat melahirkan ramai Bilioner. Sekiranya Ringgit Malaysia sukar mendapat tempat yang terbaik di pasaran Wall Street dalam USD ubah dengan lakukan kerjasama dengan Russia ROBLES. Kita sedia maklum Ringgit Malaysia tidak mampu bersaing dengan matawang beberapa buah Negara Maju sekiranya kita tidak mencontohi Pentadbiran Tun Dr Mahathir yang memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur.