Selesai sudah penamaan calon di N25 DUN Kajang yang memperlihatkan pertandingan 1 lawan 1 diantara Datin Seri Wan Azizah dengan Datin Paduka Chew Mei Fun.
Tapi sepanjang penamaan calon tadi Sangkakala dapat lihat yang ketidak terlibatan PAS dalam penamaan calon.
Walaupun Presiden PAS turut hadir ke penamaan calon namun kehadiran brliau dilihat tidak mendapat sambutan seolah oleh Hadi dipinggirkan.
Cuma apa yang dapat dilihat adalah bendera bendera PKR dan DAP di sekitar penamaan calin tersebut.
Apa dah jadi sampai langsung tiada kelihatan bendera PAS di sekitar penamaan calon? Adakah PAS sudah tidak mahu campur dengan urusan pilihanraya kecil DUN Kajang setelah Presiden mereka disaman baru baru ini?
Lain pula jadinya dengan Menteri Besar Selangor yang mana gambar beliau telah dipasang secara terbalik oleh jentera mereka sendiri.
Kalau nak dikatakan secara tidak sengaja, ianya adalah amat mustahil kerana sepanduk sepanduk lain dipasang dengan rapi.
Adakah ini menunjukkan bahawa ada tanda tanda protes daripada pengikut pengikut pakatan di saluran Azmin Ali yang sememangnya bermasalah dengan Khalid?
Atau ini sebagai satu tanda yang Khalid akan digulingkan selepas pilihanraya ini?
Apa apa pun kita perlu menyokong calon Barisan Nasional untuk kesejahteraan semua kerana wakil cina juga diperlukan sebagai pembangkang di Selangor untuk membawa suara orang cina yang kian terpinggir oleh kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan