Sangkakala ingatkan hebat sesangat le Kadir Jasin yang menghentam Perdana Menteri bagai nak rak dengan semua kajian bagai yang dia keluarkan.
Rupanya dalam hebat hebat menulis takut pulak nak terima kritikan atau komen dari pembaca, penulis kebenaran apa macam ni?
Untuk Uncle Kadir, pribahasa ada mengatakan 'KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI'.
Sangkakala ni mungkin baru dalam penulisan, tapi untuk menulis tentang kebenaran rasanya tak pernah lagi halang atau tunggu beri kelulusan baru boleh keluar komen dalam blog.
Hidup kena berani la uncle, jangan asyik kita je mengkritik orang lain sedangkan kita tak berani menerima kritikan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang kita tulis.
Kalau setakat kita je boleh bersuara untuk mengatakan itu dan ini sedang kan kita menghalang orang lain mebyuarakan pendapat, baik simpan dalam almari je blog tu.
Sangkakala tadi memberikan komen dalam blog Kadir Jasin, lepas je publish kena approve pulak dari penulis, ini ke yang dikatakan kebebasan bersuara?
Tau le blog tu dia punya dan dia boleh sukati apa pun nak dibuat, tapi nampkanya Kadir macam pejuang hebat di alam maya, rupanya hebat syok sendiri.
Bagi Sangkakala, Kadir tak layak untuk bersuara kalau tak berani dengan suara orang lain, ibarat menembak dari belakang tembok secara rambang, nak keluar untuk menunjukkan diri takut sebab nanti diri sendiri yang kena tembak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan