Sabtu, 15 Mac 2014

KES ANWAR | #PRKKajang #WAWI4kajang BUKTI JELAS MAHKAMAH TIDAK ADIL

Anwar Ibrahim yang dituduh telah meliwat Saiful Bukhari Azlan satu masa dulu dan telah dibebaskan oleh mahkamah Tinggi.


Apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah serta dihukum dengan hukuman penjara selama 5 tahun.

Maka apabila dijatuhkan hukuman, mulalah para pengikut pakatan melalak mengatakan bahawa Mahkamah tidak adik, dibeli dan diarahkan oleh Barisan Nasional dan pelbagai lagi fitnah telah dilemparkan.

Begitu juga dengan tempoh masa menjatuhkan hukuman yang diambil sehingga satu jam oleh pihak panel Hakim.

Ini juga dikatakan tidak adil kepada Anwar Ibrahim, sedangkan untuk menjatuhkan hukuman mati keatas pesalah yang mengedar dadah atau membunuh hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit kerana kes telah dibicarakan dan segala bagai bukti telah dikemukakan.

Tapi dalam kes Anwar Ibrahim, Hakim telah mengambil masa selama satu jam baru hukuman dijatuhkan.

Ini adalah satu bentuk ketidak adilan yang dilakukan oleh mahkamah tetapi bukan kerana mengambil masa sebegitu singkat tetapi memberikan masa terlalu lama sedangkan pesalah lain hanya mengambil masa selama 10 ke 15 minit untuk hukuman dijatuhkan.

Apa kelebihan Anwar hingga diberikan sehingga satu jam?

Satu lagi ketidak adilan yang dilakukan oleh Mahkamah ialah, kenapa Anwar diberikan kebebasan selepas dijatuhkan hukuman sedangkan wang jaminan hanya dibayar pada hari Isnin dan Anwar tidak ditahan di mana mana lokap sementara menunggu wang jaminan dibayar dan passport antarabangsa Anwar tidak dirampas.

Satu lagi ketidak adilan yang dilakukan oleh Mahkamah ialah Anwar hanya dikenakan penjara selama 5 tahun sedangkan banyak perkara boleh diambil kira seperti umur beliau yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada pekerja beliau tetapi telah menggunakan kuasa beliau untuk memuaskan nafsu.

Ini semua tidak adil kerana apa yang dilakukan oleh Anwar adalah sebagai peliwat banyak mendapat keistimewaan dan kerana keistimewaan ini maka para pengikut pakatan telah mengatakan bahawa mahkamah tidak adil sedangkan ketidak adilan mahkamah bukanlah terhadap Anwar tetapi terhadap pesalah pesalah lain.

Punya bangang pengikut Pakatan bila Mahkamah Tinggi lepaskan Anwar, mereka mengatakan bahawa mahkamah itu adil dan bila didapati bersalah, maka mahkamah tidak adil dan sebagainya.



Tiada ulasan: