Khamis, 20 Mac 2014

#MH370 #prayformh370 WANITA BERTOPENG WARGA MALAYSIA

Semalam dalam beberapa portal berita ada menyiarkan berita tentang rempuhan yang dibuat kononnya ahli keluarga mangsa dari negara China.

Lebih kurang 15 orang dari mereka telah mencuba untuk merempuh masuk ke bilik media dimana sidang media dilakukan disitu.

Tapi apa yang menarik perhatian Sangkakala ialah, ada seorang wanita yang dikatakan memakai topeng cuba merempuh masuk dan menherit dengan mengatakan bahawa mereka tidak perlu dijaga oleh kerajaan Malaysia dan beliau juga dikatakan menyebut bahawa mereka mahukan jawapan dan bukannya pencarian yang tidak ada kesudahan.


Sangkakala rasa amat yakin bahawa wanita ini bukanlah warga China mahupun waris kepada mereka yang berada dalam pesawat MH370 yang hilang dari radar sejak hampit dua minggu yang lalu.

Sebab apa Sangkakala katakan demikian? Ramai yang hadir tetapi mereka tidak memakai topeng serta cermin mata hitam dikawasan tersebut dan wanita ini seperti menutupi wajahnya supaya tidak dikenali dan tidak dapat dibuat pengecaman.

Sangkakala juga dapat merasakan bahawa wanita ini sengaja menangguk di air yang keruh untuk menjadikan situasi tersebut bertambah panas dan mungkin juga dihantar oleh sesetengah pihak bagi melakukan perkara tersebut dengan tujuan untuk memalukan kerajaan Malaysia.

Mungkin juga wanita ini bertindak demikian supaya dunia mengatakan bahawa Malaysia gagal menangani situasi kehilangan pesawat tersebut hingga menimbulkan kekecohan.

Perlu Sangkakala tegaskan disini bahawa semua keluarga mangsa dibawa oleh kerajaan Malaysia ke negara ini untuk melohat sebenar akan situasi yang berlaku dan seperti biasa, kerajaan mengikuti SOP yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa yang mana kerajaan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga pesawat tersebut ditemui sama ada masih dalam keadaan elok atau sebagainya.

Sehingga kini, puluhan negara telah menghantar pasukan penyelamat dalam misi mencari pesawat tersebut dan pencarian telah dilipat gandakan sehingga kelautan hindi kerana dipercayai bahawa pesawat tersebut telah keluar dari laluan asalnya menuju ke Beijing China.

Dengan bantuan dari beberapa negara ini, kerajaan berharap ianya dapat dijumpai dengan kadar segera namun nasib belum menyebelahi kerajaan sehingga ke hari ini.

Ramai pihak telah menunding jari kearah kerajaan kerana dikatakan gagal tetapi walau bagaimana pun Komander William Marks selaku jurucakap kepada pasukan 7th Fleet tentera laut AS memuji tindakan yang diambil oleh pasukan mencari dan menyelamat kerajaan Malaysia dan beliau mengakui bahawa pihak mencari dan menyelamat dari Malaysia telah melakukan tugas dengan amat baik.

Jadi dimana yang dikatakan pasukan mencari dan menyelamat dari Malaysia serta kerajaan Malaysia tidak menjalankan atau gagal menangani situasi pencarian tersebut?

Mungkin ramai yang mampu untuk menunding jari tetapi berapa ramai pula yang mampu untuk membantu dalam usaha mencari? Kita sepatutnya berdoa dan memberikan keyakinan kepada keluarga mangsa bahawa keluarga mereka yang berada dalam pesawat tersebut selamat dan bukannya membuat provokasi yang bukan bukan.



Tiada ulasan: