Anak cina anak saya..anak india anak saya..anak Melayu anak saya..anak Iban..kadazan..murut semua anak saya, itu kata kata Anwar dalam salah satu pidatonya sikit masa dulu yang menjadi ikutan dan pedoman kepada pengikut serta pencacai Pakatan Pembangkang.
Tapi setelah proses penamaan calon bagi kawasan DUN N25 Kajang pada jam 10 pagi tadi, jelas bahawa kaum cina telah ditipu hidup hidup oleh manusia bernama Anwar Ibrahim.
Lee Chin Chieh ADUN kawasan Kajang daripada PKR berbangsa Cina telah diminta untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri semata mata kononnya untuk memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor.
Tetapi apabila disebut di mahkamah bahawa beliau didapati bersalah meliwat bekas pembantu pribadinya beberapa tahun dahulu, Anwar telah dihukum dengan hukuman 5 tahun penjara maka beliau telah hilang kelayakan untuk bertanding.
Anwar sebenarnya tahu akan perkara ini bahawa untuk memungkinkan beliau bertanding di Kajang adalah amat mustahil kerana semasa pembebasan beliau dalam kes yang sama dulu todak dinyatakan oleh mahkamah bahawa perbuatan liwat tidak berlaku, tetapi ianya adalah disebabkan oleh kesilapan teknikal dimana bungkusan yang membungkus 4 bungkusan bahan bukti telah dibuka dan hakim trlah mengatakan bahawa bukti tersebut telah tercemar.
Namun pada hakikatnya, bahan bukti tersebut yang disimpan didalam 4 bungkusan berasingan didalam bungkusan yang dibuka tidak diusik isi kandungannya atau yidak dibuka pembungkusnya bagi membolehkan bahan bukti tersebut tercemar.
Kita tinggalkan dulu kisah mahkamah si Anwar Ibrahim dan kita tunggu hukuman dilaksanakan oleh mahkamah.
Dalam proses pilihanraya ini, sepatutnya setelah didapati bersalah fan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang direka cipta oleh Anwar ini, beliau seharusnya mengembalikan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh kaum cina dari PKR, dan bukannya dengan meletakkan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon.
Dengan meletakkan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon di Kajang, ini bermakna Anwar telah melanggar perjanjian dengan kaum cina bahawa parti tersebut akan menjaga kebajikan kaum cina tetapi merampas suara orang cina di DUN Kajang.
Adakah ini yang dinamakan politik kesamarataan yang dilaungkan oleh Anwar selama ini?
Berbeza pula dengan pendekatan yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang tetap meletakkan calon dari kaum Cina, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA sebagai wakil untuk bertanding di kawasan DUN tersebut bagi mewakili atau membawa suara orang cina di Negeri Selangor khususnya kedalan Dewan Undangan.
Ini adalah satu penipuan oleh PKR terutamanya Anwar kepada orang Cina, dan bagaimanakah nanti Anwar hendak merealisasikan apa yang beliau ucapkan iaitu perkongsian kuasa dengan semua kaum?
Apakah tidak ada lagi mana mana pemimpin dalam pakatan yang masih belum berjawatan atau masih belum pernah menjadi calon dalam pilihanraya untuk diketengahkan?
Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Permatang Pauh adalah kawasan parlimen yang pada awalannya dulu telah dimenangi oleh Wan Azizah tetapi diperintahkan oleh Anwar untuk melepaskan jawatan tersebut juga untuk membolehkan beliau bertanding dan seterusnya menjadi ahli parlimen serta ketua pembangkang.
Namun apabila beliau telah dikenakan tindakan undang undang seperti sekarang, adakah Wan Azizah juga akan sekali lagi menipu pengundi di Kajang serta Permatang Pauh dengan linangan air mata sedangkan ada juga kemungkinan linangan tersebut adalah linangan air mata seorang seorang isteri menempuh malu seorang ketana memiliki seorang suami seperti Anwar Ibrahim.
Wan Azizah yang sudah boleh dikatakan berumur sepatutnya tidak diheret ke kancah politik yang direka dan dilayarkan oleh Anwar Ibrahim seperti sekarang, sepatutnya kini Wan Azizah berehat bersama sama cucu dirumah dan mentelaah kitab kitab yang dirasakan baik untuk dibaca.
Tapi oleh kerana ketaksuban Anwar untuk memecah belahkan rakyat, maka d3ngan itu Wan Azizah telah diletakkan sebagai calon di Kajang dan kini sekali lagi Wan Azizah menjadi mangsa kepada Anwar Ibrahim.
Jika isteri beliau sendiri beliau mampu untuk zalimi, adakah rakyat akan mendapat rempat diatas ribaan untuk bermanja, rasanya itu semua adalah mimpi dan oleh itu, pengundi Kajang sepatutnya meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai ADUN Kajang dan Sangkalala yakin bahawa Chew Mei Fun mampu untuk menyandang tugasan tersebut dengan baik.
4 ulasan:
Tahniah atas poster calon yang menyentuh kalbu celaru. Harap ada yang cetak dan tampal di Kajang.
Kh kah kahhhhh...
Kemas betul Anwar pakai tudung. Rupa nampak macam orang baik-baik.
Ok la anwar da dimakbul kan hajat utk penjara kajang 1 penggal (5thn)..hehe
Anwar mcm ustazah lobang JUBO je..cute
Catat Ulasan