Isnin, 31 Mac 2014

APA DOSA MAHATHIR SAMPAI DIFITNAH MUSA HITAM ??? @mukhrizmahathir @tunfaisal

Masa sekarang fitnah sudah mula menjadi jadi dan menjalar kepada bekas bekas kepimpinan negara hanya semata mata untuk melepaskan diri daripada menerima kritikan dan hentaman rakyat.

Seperti baru baru ini, Tun Musa Hitam telah memfitnah Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri dengan mengatakan bahawa ikon negara itu berada di Kuala Lumpur semasa kejadian berdara di Memali.


Jika benar perkara ini berlaku sepertimana yang didakwa oleh Tun Musa Hitam bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa kejadian berdarah tersebut, kenapa baru kini selepas hampir 30 tahun kejadian tersebut berlaku barulah Tun Musa dedahkan perkara tersebut?

Apakah Tun Musa sudah merasakan bahawa beliau tidak lagi mampu untuk menerima tekanan daripada rakyat yang menyalahkan beliau diatas peristiwa hitam tersebut?

Peristiwa memali berlaku di Kedah pada bulan November 1985 yang mana ianya ada bersangkut paut dengan amanat Haji Hadi yang mengatakan bahawa jika rakyat terkorban menentang pemerintahan UMNO maka pengorbanan tersebut dianggap syahid.

Oleh kerana terlalu taksub dengan amanat tersebut, maka Ibrahim Libya bersama para pengikutnya telah melancarkan jihad terhadap kerajaan yang mana sekaligus telah membuatkan pihak berkuasa mengambil tindakan apabila para pengikut Ibrahim Libya menjadi ganas.

Pertempuran diantara para pengikut Ibrahim Libya telah membuatkan guru pondok terbabit bersama beberapa orang lagi pengikutnya menemui ajal.


Menteri yang bertanggungjawab sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu ialah Tun Musa Hitam dan beliau adalah orang yang paling teruk menerima kecaman daripada pemimpin pembangjang yang mendakwa bahawa peristiwa tersebut adalah dibawah perancangan kerajaan.

Kini selepas hampir 30 tahun, Musa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian di Memali dan ini seolah olah sengaja untuk mengalihkan pandangan orang ramai kepada menyalahkan kerajaan Barisan Nasional terutamannya Tun Dr Mahathir.


Tetapi benarkah Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut? Jawapannya ada DISINI..

Kini tidak ada siapa yang tahu apakah motif Tun Musa Hitam menyatakan kenyataan fitnah sedemikian dan bagi Sangkakala, sebagai seorang pemimpin yang pernah berada dalam saf kepimpinan Tun Mahathir, Tun Musa Hitam tidak sepatutnya memfitnah rakan beliau sendiri yang sama sama berjuang untuk kestabilan negara.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa pula haji hadi yang dipersalahkan. sedangkan yang membunuh kes Memali adalah polis yang diarah oleh kerajaan yang di ketuai oleh umno. Dalam catataan ucapan haji Hadi tidak tertulispun perkata umno haramjadah tu. Awak ni reti baca ke tak. sebenarnya polis yang baharl, bodoh, lembu yang dicucuk hidong oleh umno tak heti nak membezakan tugas menjaga keselamatan bukan untuk membunuh orang.