Ahad, 8 Disember 2013

SARANAN KENAIKAN GAJI PERDANA MENTERI @NajibRazak


Seorang rakan facebook Sangkakala telah menyarankan supaya gaji Perdana Menteri dinaikkan seratus peratus ekoran kenaikan gaji ADUN,  Menteri Besar dan speaker negeri Selangor. 

Sangkakala fikir ada juga bagusnya jalau buat macam tu. 

Sebab kalau nak diikutkan gaji seorang Perdana Menteri lebih rendah daripada gaji Menteri Besar tapu tanggungjawab siapa yang lebih besar dalam menjaga hal ehwal rakyat? Sama ada negeri atau sebuah negara? 

Pelbagai respon telah diberikan apabila Khalid Ibrahim mengumumkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru baru ini. 

Tapu macam biasalah, pengikut totok Pakatan Pembangkang meloncat loncat kegembiraan mengatakan bahawa Menteri Besar mereka ini bijak dalam mengurus tadbir negeri dan tak kisah kalau gaji naik.

Apa yang bagus sangat tentang Pakatan mentadbir negeri? Sedangkan rakan dalam parti mereka sendiri pun mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid gagal mengurus tadbir kewangan negeri dengan baik.

Itu bukan kata orang UMNO tapi kata kata daripada ketua mereka sendiri iaitu Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. 

Disini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan peringkat parti mereka sendiri tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut dan ini semua ada kemungkinan kerana gaji Menteri Besar Selangor telah dinaikkan lebih kurang 3 tahun lepas.

Dan apabila kenaikan ini diumumkan, maka para pengikut pakatan sudah bersedia untuk memberikan perspektif yang mengatakan bahawa apa yang dilajukan oleh Khalid adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Cuba kaji balik, bila Sarawak menerima kenaikan gaji untuk Ketua Menteri dan kepimpinan diperingkat DUN?

Kali twrakhir mereka menerima kenaikan gaji lebih kurang 20 tahun lepas dan ada Sangkakala adalah berbaloi dengan pelaburan yang dibawa masuk dengan tangga gaji yang dibuat.

Tapi bagaimana pulak dengan Selangor? Ada peningkatan atau penurunan?

Setahu Sangkakala pada tahun 2011 nilai pelaburan bagi negeri Selangor berjumlah lebih kurang RM 11 billion tetapi bagi tahun 2012 ianya menjunam kepada RM 2 billion dan cuba lihat penurunan kadar pelaburan dengan kenaikan kadar gaji.

Nampaknya Menteri Besar serta EXCO kerajaan Selangor sengaja mengambil kesempatan tambahan pula kita baru sahaja lepas pilihanraya jadi untuk mereka merasai kenikmatan hasil daripada pembohongan kepada rakyat Selangor. 

Berbalim kepada kenaikan gaji Perdana Menteri tadi.

Apabila Perdana Menteri mengusulkan bahawa gaji Perdana Menteri dan seluruh ahlu parlimen akan dinaikkan, maka bergegarlah seluruh negara yang mengatakan bahawa ianya adalah satu pembaziran wang rakyat.

Habis tu yany di Selangor ni wang siapa?  Khalid pakai duit sendiri ke? Atau ianya juga adalah wang rakyat?

Fikir fikirkanlah, adakah wajar gaji seorang Menteri Besar lebih tinggi berbanding seorang Perdana Menteri?