Rabu, 4 Disember 2013

PENGERUSI BMB PPUM JANGAN PANDANG RENDAH PENGGIAT MEDIA @khairykj

Memang terbakar hati Sangkakala bila dengar kata Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pemuda UMNO Malaysia mengatakan bahawa pengamal media sosial kena kurangkan berpolitik.
Rasanya dia ni kena bagi sekolah lagi supaya jangan jadi bangang sangat, kalau penggiat media ni kurang dalam politik, boleh ke kami tau situasi politik di tanah air?
Lagi satu kenyataan yang dimaklumkan oleh beberapa rakan, beliau juga ada mengatakan bahawa tiada lagi bayaran kepada penggiat media dan yang ada hanya sukarelawan.
Mungkin si Ibdil ni rasa semua penggiat media ni berbayar selama hari ni sampai kata macam tu, lain kali periksa dulu bro berapa banyak bayaran yang diberikan oleg UMNO Malaysia kepada penggiat media ni dan jangan suka suka kata sebab dibayar, penggiat media akan menghentam balik jika tidak menerima bayaran.
Disini Sangkakala nak minta pencerahan daripada si bangang ni, tak terima bayaran macam mana yang penggiat media ni akan menghentam balik? Sama ada untuk parti atau untuk individu?
Memang semalam Sangkakala sendiri ada mengeluarkan artikel menghentam Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada jentera siber yang diupah oleh beliau, tetapi perlu diingat semula bahawa mereka yang memanggil kami untuk menjadi jentera kempen, bukan untuk parti.
Kenyataan bodoh daripada seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia ni rasanya akan mengundang bencana kepada UMNO sekiranya semua penggiat media tidak menjalankan kerja kerja membantu parti.
Selama kami berjuang dalam alam maya, memang tidak dinafikan bahawa ada sedikit imbuhan yang diberikan, tetapi bagi Sangkakala, dengan perjuangan yang dijalankan, bayaran saguhati tersebut tidaklah memadai sepertimana yang diucapkan oleh si Ibdil ni.
Sangkakala nak tengok sejauh mana dan seramai mana sukarelawan yang mampu diwujudkan oleh pengerusi BMB ini dan ingat, setiap sen yang diberikan kepada penggiat media selepas ini akan menjadi isu dan kami akan letupkan di alam maya.
Jika tidak ada seorang pun rakan media yang mahu bersama Sangkakal, maka Sangkakala sendiri akan teruskan perjuangan.
Ingat!!! Kami bukan laparkan wang ringgit, tapi kami berjuang sekian lama dalam alam maya demi untuk kesinambungan UMNO itu sendiri.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi BMB ini jika benar, seperti yang Sangkakala katakan tadi akan mengundang bencana buat UMNO Malaysia.

pssstt..tak sampai sebulan jadi pengerusi dah tunjuk bangang !!!! ///


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone