Sabtu, 21 Disember 2013

PEMBANGKANG DAH KETANDUSAN ISU !! JUAL TANAH PUN NAK PERTIKAI

Pelik pulak Sangkakala tengok bila pencacai pakatan pembangkang yang seakan akan ketandusan isu sampai Sultan Johor jual tanah pun nak pertikai.


Apa masalah kalau baginda nak jual atau nak beli tanah sekali pun? Bukan tanah mak ayah korang yang baginda jual, tanah baginda sendiri, apa masalahnya?

Cuba baca DISINI dan lihat bagaimana bangangnya bila pembangkang cuba menyerang Sultan Johor yang menjual tanah baginda yang bernilai RM 4.5 billion.

Tak cukup dengan itu, si penulis artikel tu pulak pertikai lagi apabila Baginda Sultan membeli saham dalam kumpulan BERJAYA.

Apa punya mentaliti le diaorang ni, dah serang pemimpin kerajaan, tak cukuo dengan itu, Sultan pun puak puak ni nak pertikai. 

Kalau rasa nak jual tanah sendiri jual je lah, siapa nak larang? Takkan tanah Baginda nak dibagi pada penulis atau pembangkang pulak sedangkan kerajaan yang memerintah pun baginda tak bagi.

Bangang punya kenyataan yang dikeluarkan oleh penulis laman blog terbabit sampai menampakkan bahawa mereka ni memang akan menolak sistem berRaja di negara ini kalau mereka memerintah. 

Belum apa apa dah pertikai itu dan ii, kalau dah memerintah tak tau le jadi apa, agaknya dendan pembangkang kepada sultan Johor yang membenarkan perkarangan Istana Johor dijadikan tempat bermulanya penapakan UMNO di negara ini adalah punca segala kecaman terhadap Baginda.

Tapi nak marah buat apa pun sebab dah memang azalinya begitu, UMNO dilahirkan di perkarangan Istana dan bukan seperti PKR yang dilahirkan di tepi jalan. 

Sangkakala nak katakan disini bahawa parti Dust Kicker ni takkan pegi kemana sebab semua ahlinya adalah pemberontak yang akan sentiasa membuat kacau bilau.


Tiada ulasan: