Pemilihan MCA hari ni dah pun menunjukkan peralihan kuasa dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.
Apa yang kita semua ketahui, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memenangi jawatan Presiden dan Datuk Wee Ka Siong telah menjawat jawatan Timbalan Presiden.
Tapi seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, MCA perlukan Viagra Politik untuk parti tersebut bangun semula.
Maksudnya disini, janganlah hanya menang dalam pemilihan parti tapi bila pilihanraya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Sebab menang dalam pemilihan parti rasanya tak penting untuk tampuk pemerintahan negara, tapi menang PRU yang menentukan hala tuju Barisan Nasional.
Lagi satu, kepada Wee Ka Siong jangan le celupar sangat, jangan wujudkan persengketaan diantara UMNO dan MCA pulak.
Sejak akhir akhir ni nampaknya Wee Ka Siong agak lantang sangat pulak bersuara, patutnya bersuara untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.
Kalau setakat bersuara dengan parti komponen sendiri, tak kemana pun.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan