Sabtu, 21 Disember 2013

MANA JABATAN ALAM SEKITAR ?? TINDAKAN PERLU DIAMBIL !!!

Pagi tadi ada insiden yang tak sepatutnya berlaku telah dilakukan oleh kontraktor pembuangan sampah yang melonggokkan sampah yang dikutip oleh mereka di lebuhraya MRR2 dekat Kepong.

Kalau ye pun mesin pemampat sampah rosak, takkan le buang kat jalan raya sampai menggangu lalulintas.


Ini adalah satu tindakan melampau yang dilajukan oleh kontaktor berkenaan, sampai lebih 2000 tan sampah di longgokkan di tepi jalan tersebut.

Ini juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sepatutnya Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan yang memberikan tender kerja kerja tersebut mengambil tindakan tegas diatas sikap kurang ajar kontraktor kontaktor ini.

Jabatan Alam Sekitar boleh mengambil tindakan kerana pencemaran di kawasan tersebut dengan sisa sisa sampah yang dilonggokkan dan pihak berkuasa tempatan boleh menarik semula kontrak yang telah diberikan kepada mereka supaya mereka ni ada rasa serik sikit.

Main suka suka nak buang sampah sana sini, macam dah takde tempat lain nak letak.

Kalau perkara ini dibiarkan, Sangkakala yakin perkara sebegini akan berulang lagi sebab kontaktor ni naik kepala.

Jadi, ambil tindakan supaya mereka serik daripada menyusahkan orang ramai.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri alam sekitar dgn sampah tu pun sama je. cuba selak sampah tu sikit, mana tau jumpa menteri alam sekitar.