Jumaat, 11 Januari 2013

RAFIZI BERJANJI PALSU LAGI SEKALI

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberikan janji kosong lagi, kali ini beliau mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan memberikan pencen atau imbuhan bulanan kepada bekas bekas anggota tentera yang tidak berpencen.

Masalahnya sekarang ialah, siapa Rafizi yang memberikan janji tersebut kepada bekas anggota tentera ini? Apa jawatan beliau didalan PKR atau dalam Pakatan Rakyat hingga mampu memberikan janji sebegitu? Pernah kah si Rafizi berfikir untuk mencongak berapa bilangan bekas anggota tentera yang ada kini?

Secara terang terangan kini Rafizi cuba membeli bekas anggota tentera ini dengan menjanjikan bulan dan bintang, dan Sangkakala yakin sekiranya mereka (PR) menjadi pemerintah, sudah pasti janji ini akan menjadi seperti menifesto kerajaan Pakatan di Selangor.

Paling mudah bagi mereka untuk melupakan janji tersebut ialah mereka akan mengatakan bahaw itu adalah janji peribadi Rafizi dan tidak ada kene mengena dengan Pakatan Rakyat.

Bekas anggota tentera ini perlu mengingati semula kata kata timbalan presiden PAS yang menidakkan jasa bekas perajurit tanah air hingga sanggup mengatakan bahawa kemerdekaan negara ini adalah hasil dari perjuangan komunis dan tidak mustahil mereka juga akan mengatakan bahawa bekas anggota tentera ini tidak layak diberikan imbuhan kerana tidak berkhidmat sehingga pencen dan pada ketika itu barulah semua anggota tentera ini Sangkakala yakini akan memberontak.

Kerajaan sudah menetapkan bahawa setiap bekas anggota tentera akan menerima wang saguhati sebanyak RM 1000 secara oneoff dan ini adalah bukti bahawa kerajaan hari ini amat menghargai khidmat serta perjuangan bekas bekas anggota tentera ini.




Tiada ulasan: