Jumaat, 4 Januari 2013
NIK AZIZ TAHU AMANAT HADI TERPESONG
Lepas sorang sorang lagu cuba nak memesongkan kesilapan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, baru baru ini Pesuruhjaya PAS Selangor kata UMNO takut untuk bagi haji hadi bersiaran secara langsung, ni dah pulak Nik Aziz kata minta Perdana Menteri kena duduk sekali masa haji Hadi bersiaran.
Agaknya Nik Aziz tau bahawa amanat haji hadi tu terpesong agaknya, itu sebab beliau minta supaya Perdana Menteri ikut sekali dan beliau mengatakan bahawa sumber rujukan mestilah Al-Quran, tapi apa masalah dengan Perdana Menteri dalam hal ni?
Bukankah amanat tu dikeluarkan oleh haji Hadi? Sepatutnya haji Hadi perlu menjawab dengan para Ulama, bukannya dengan Perdana Menteri Malaysia, Nik Aziz juga kemungkinan takut sekiranya haji Hadi keluar dalam TV maka satu bencana besar akan melanda PAS dimana para Ulama akan membuka segala hadis dan surah yang tidak membenarkan seorang islam mengkafirkan islam yang lain.
Ini lah ketakutan yang sedang melanda PAS serta kempimpinan mereka akibat dari kesilapan Hadi Awang yang menyangkakan kerajaan tidak akan memberikan kebenaran untuk beliau menggunakan media elektronik sebagao medium untuk memberi penjelasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan