Jumaat, 11 Januari 2013

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT. #122

1)SAYA TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN PIHAK PENGANJUR UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL DAN STADIUM MERDEKA TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEDUA-DUA PERBADANAN STADIUM TERSEBUT.

2)SAYA DIFAHAMKAN PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PERNAH DIBUAT OLEH PIHAK PENGANJUR PADA OKTOBER LALU MANAKALA STADIUM MERDEKA PADA DISEMBER LALU.

3)PDRM MENERIMA KEPUTUSAN KEDUA-DUA PERBADANAN TERSEBUT DAN AKAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PERLU UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN BERJALAN DENGAN AMAN DAN LANCAR.

4)NAMUN, MELIHAT KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK PENGANJUR MENYEMAK SEMULA HASRAT MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA. INI KERANA PERBADANAN STADIUM MERDEKA TELAH MELETAKKAN SYARAT UTAMA AGAR PERHIMPUNAN TERSEBUT DISERTAI TIDAK LEBIH DARIPADA 30,000 ORANG PESERTA BERDASARKAN KAPASITI STADIUM YANG HANYA BOLEH MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT.

5)DENGAN SASARAN PENGANJUR UNTUK MENGUMPUL SERAMAI 1 JUTA PESERTA, MAKA SECARA LOGIKNYA PERHIMPUNAN TERSEBUT ADALAH LEBIH SESUAI DIADAKAN DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.

6)STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL ADALAH LEBIH SESUAI DAN SELESA MEMANDANGKAN IA MAMPU MENAMPUNG KAPASITI YANG LEBIH BESAR DENGAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM YANG LENGKAP TERMASUK LRT, SERTA MEMENUHI KEPERLUAN DARI ASPEK KESELAMATAN.

7)PIHAK PENGANJUR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA UNTUK MEMASTIKAN PERHIMPUNAN ANJURAN MEREKA BERLANGSUNG DENGAN AMAN TERMASUK MEMILIH LOKASI PERHIMPUNAN YANG SESUAI DAN RELEVAN.

8)PDRM TIDAK SESEKALI MEMBENARKAN SEBARANG BANTAHAN JALANAN DAN PEMBABITAN KANAK-KANAK DALAM PERHIMPUNAN INI.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: