Jumaat, 28 Disember 2012

PEMANDU TEKSI PULA DIKELENTONG ANWAR

Setelah begitu hebat pakatan rakyat membohongi rakyat, masih ada juga yang berharap kepada mereka untuk memberikan itu dan ini.

Malam tadi diadakan perjumpaan diantara pemimpin Pakatan bersama sama pemandu pemandu teksi, apa yang menjadi kehairanan pada Sangkakala, ada pemandu teksi yang tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah meringankan beban mereka dengan pemberian bantuan pembelian tayar kepada mereka.

Dalam ucapan yang dibuat oleh Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan, beliau berkata bahawa pemandu teksi meminta permit persendirian namun kerajaan memberikan tayar kepada mereka, beliau juga berkata bahawa tayar bagi teksi mereka boleh beli di kedai namun permit tidak boleh didapati di kedai.

Sangkakala nak tanya sikit disini, adakah mereka ini semua memohon permit tersebut? Berapa orang yang betul betul mencari rezeki dengan memandu teksi?

Sangkakala pernah bertanya kepada beberapa orang pemandu teksi dan sebahagian besar dari mereka membawa teksi secara sambilan untuk menambah pendapatan, ini semua sekiranya diberikan permit akan membawa padah kepada pemandu pemandu teksi sepenuh masa.

Mana tidaknya, jika pemberian permit teksi diberikan tanpa had, maka semua orang akan memohon untuk mendapatkan permit teksi dan ini akan menjadikan lambakan teksi di seluruh negara dan tidak mustahil begi mereka yang membawa teksi separuh masa ini akan memajak permit meraka kepada individu lain untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Lagi satu perkara yang harus kita semua fikirkan ialah, adakah semua pemandu ini berdisiplin demi untuk menjaga nama baik negara kerana seperti kata Perdana Menteri, pemandu teksi ini adalah duta kecil dalam mempromosikan negara di mata pelancong pelancong yang datang ke negara kita.

Bagi Pakatan Rakyat, masa ini semua boleh diberikan kerana mereka belum lagi memerintah, tapi yakin dan percayalah, bila mereka sudah memerintah nanti, perkara sebaliknya akan berlaku, seperti yang terjadi di negeri Selangor, semua menifesto mereka hanyalah kata kata yang diungkapkan tidak lebih dari diatas sehelai kertas yang tiada harga.

Mereka juga mampu untuk mengatakan bahawa menifesto bukanlah satu janji tapi ianya hanyalah perkara yang boleh atau tidak dilaksanakan, ini yang pemandu teksi ni nak percaya ke?

Sangkakala tidak mengatakan semua pemandu teksi ni hipokrit, tapi bagi mereka yang hadir malam tadi sudah terbukti jelas bahawa mereka ini semua adalah serampang dua mata, kerajaan bagi tayar ambil, pembangkang buat hinpunan pun sokong.

Kalau dah rasa kerajaan Barisan Nasional tak betul, jangan ambil tayar yang diberikan, ini lambat dapat voucer tayar, mereka inilah yang menjadi orang pertama merungut, bila dah dapat, mereka kata boleh beli sendiri.








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kewling tetap keling

Tanpa Nama berkata...

tu laaa..mmg x bersyukur lgsg pemandu teksi nie...konon boleh cri tayar tu dikedai..pdhal sesetengah pemandu teksi terpaksa berhutang dengan pihak kedai untuk tukar tayar..itu yang dikatakan tidak meringankan beban mereka????