Sabtu, 8 Disember 2012

ANWAR MAKIN RESAH MENJELANG PILIHANRAYA


Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di George Town.
  
Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.
  
Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.

Dengan pengembalian kedua dua pemimpin ini kepada UMNO sudah pastilah akan meresahkan Anwar Ibrahim yang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Apa yang pasti kini kekuatan Pakatan Rakyat makin berkurangan setelah ratusan ahli PKR menyertai UMNO siang tadi.

Bagaimana pula dengan yang lain lain? Masih mahu menunggu parti yang tidak dapat memperjuangkan agama dan bangsa lagi? fikir fikirkanlah.

Tiada ulasan: