Isnin, 31 Disember 2012

PARIT BUNTAR DI TANGAN BARISAN NASIONAL

Dengan sokongan yang sebegini, mampukah YB Dr Mujahud Yusof Rawa mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Parit Buntar?

Nampaknya Mujahid kena mengintai parlimen lain atau bersedia untuk menerima kekalahan, ini kerana dengan sokongan dan dokongan yang diberikan oleh golongan muda di parlimen Parit Buntar kepada Barisan Nasional sudah pasti akan menumbangkan beliau.

Penduduk serta rakyat Parit Buntar khusunya sudah mula muak dan jemu dengan Ahli Parlimen PAS ini yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat.

Petang ini tadi berlangsung konvoi pemberian sumbangan berbentu barang makanan yang dihantar oleh pemuda pemuda UMNO serta Barisan Nasional dari rumah ke rumah.

Turut serta dalam konvoi tersebut ialah Cikgu Jamil yang merupakan Ahli jawatan kuasa UMNO bahagian dan diikut serta oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal, sebanyak 400 buah motosikal yang rata ratanya dinaiki oleh dua orang pemuda serta ahli UMNO berpecah kepada 3 kumpulan mula mengagihkan bantuan bermula pada jam 3 petang.

Penerima penerima bantuan yang Sangkakala tanya berkata, mereka amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh UMNO dan Barisan Nasional Parit Buntar pada ketika ini dan mereka juga sudah bersiap sedia untuk mengundi dan mereka juga menyatakan sudah pasti akan mengundi calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional.

Parlimen Parit Buntar sudah bersedia untuk menghapuskan undi kepada pembangkang.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: