Rabu, 26 Disember 2012

GUAN ENG BERANG DENGAN TUAN IBRAHIM

Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan bahawa penggunaan nama Allah dalam kitab Bible bahasa melayu akan mengelirukan penganut agama kristian dan juga agama Islam dalam negara.

Beliau berkata Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Berani pulak orang PAS ni komen apa yang dicadangkan oleh DAP, tidakkah nanti akan menjadi kemurkaan kepada DAP yang mereka sanjung selama ini?

Apa apa pun Sangkakala lihat ini sudah pasti akan mengundang rasa berang Guan Eng terhadap PAS yang selama ini menjadi kuda tunggangan mereka untuk meraih undi orang orang melayu. Atau mungkin juga PAS hanya menajdikan isu ini untuk meraih undi dan menunjukkan mereka memperjuangkan agama Islam.

Walau bagaimanapun, Sangkakala harap biarlah ianya ikhlas dari PAS.

Tiada ulasan: