Isnin, 3 Disember 2012

AIR MATA YANG AMAT BERMAKNA

Dalam himpunan agung UMNO baru baru ini, seluruh ahli UMNO yang berada di dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra telah dihibakan oleh seorang anak muda yang begitu sayang akan kemakmuran dan kedamaian tanah air.

Beliau mampu untuk menaikkan semangat Pengerusi Tetap serta seluruh ahli perwakilan hingga ada yang menitiskan air mata.

Sangkakala juga amat terharu dan hiba apabila mendengar Sdr Ariff Yasir Zulkafli memohon serta menyeru kepada semua ahli UMNo supaya bersatu demi kesinambungan kebaikan serta kebajikan anak anak mjuda tidak kira sama ada di dalam dan di luar negara.

Selaku anak muda, Sangkakala juga memohon agar seluruh jentera parti berkerja sama tidak mengira pangkat serta darjat demi generasi akan datang.

Memang benar kata wakil kelab UMNO Tokyo ini, wahai ayahanda wahai bonda buangkan segala sengketa demi anak muda seperti kami, jika tidak UMNO, siaap lagi yang mampu membela nasib kami dimasa mendatang?

Jika tidak UMNO yang membawa kami kehadapan, siapa lagi yang akan diharapkan, jika tidak UMNO yang menerajui kejayaan kami dimasa mendatang, siapa lagi yang akan diharapkan.

Berilah kami tempat untuk bergantung, berilah kami tempat untuk berteduh, berilah kami peluang untuk meneruskan kemakmuran dinegara ini.

Wahai anak watang negara tercinta, bangunlah berjuang menentang kemungkaran, bangunlah kita semua menegakkan kebenaran, jangan  biarkan diri kita nanti menjadi pengemis di negara sendiri, janganlah biarkan anak cucu kita nanti dibinasakan oleh tangan tangan rakus yang gilakan kuasa hingga sanggup menggadai semua yang ada.

Ingatlah wahai pemuda dan pemudi serikandi negara, jika tidak kita yang memepertahankan negara ini, mana mungkin akan ada orang lain yang datang untuk mempertahankannya, jia tidak kita yang mencorakkan negara ini, sudah pasti akan ada tangan lain yang datang mencorakkannya, cukuplah jika satu masa dulu, datuk nenek kita dijajah dan di seksa, janganlah kita tinggalkan penyeksaan itu kepada anak cucu kita.

Berjuanglah demi tanah ini, keraan tanah ini diwariskan kepada kita, dan mana mungkin ianya kita biarkan jatuh ketangan orang lain.

klik gambar

Tiada ulasan: