Ahad, 16 Disember 2012

PAS BUTA ATAU BUTAKAH PAS


Hari ini berakhir sudah kongres Kebangsaan DAP dimana kita melihat bahawa parti DAP sememangnya bersikap rasis dan bagi mereka tidak ada tempat untuk golongan Melayu yang boleh duduk sebaris dengan kepimpinan mereka.

Perkara ini sebenarnya boleh menjadi panduan kepada orang orang Melayu terutamanya PAS dan orang Melayu dalam PKR.

DAP tidak akan sesekali membiarkan Melayu itu mempunyai kuasa dan telah dizahirkan di dalam kepimpinan parti mereka ini.

Ketujuh tujuh calon yang bertanding di Kongres tersebut menemui jalan kekalahan bukti atau tanda bermulanya revolusi penolakan Melayu dalam parti rasis tersebut. Adakah ini menjadi contoh kepada PAS yang mahu manjadikan DAP sebagai rakan kongsi dalam mencapai hasrat untuk memerintah?

Jika dalam parti sudah ditidakkan suara orang Melayu, apakah setelah menjadi kerajaan DAP akan memberikan peluang kepada Melayu? Sudah pasti tidak rasanya.

Seperti didalam kongres pada siang tadi juga, DAP mengiktiraf bahawa mereka akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

Ini kemungkinan besar juga kerana mereka meletakkan Anwar sebagai ketua pembangkang di dewan parlimen sekaligus mengatakan bahawa Anwar adalah ketua bagi pakatan pembangkang.

Tapi apa yang menghairankan ialah, kenapa kongres tersebut tidak dirasmikan oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang dilakukan oleh parti komponen Barisan Nasional yang sedaya upaya meminta supaya Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung tahunan mereka?

Adakah ini juga tanda bahawa Anwar bukanlah pilihan mereka dan mereka sebenarnya tidak mengiktiraf Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat dan kedudukan itu hanyalah untuk meraih undi dari pengikut pengikut yang membabi buta menyokong meraka?

Apa yang kita lihat ialah, DAP akan cuba menyisihkan Melayu dalam parti dan ini juga akan terjadi sekiranya mereka memerintah, dan para pembaca jangan terkejut sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan dihalau keluar dari komponen Pakatan Rakyat dan mungkin mereka pula akan menyumbat beliau kedalam penjara.

Kerana apa? kerana mereka dahagakan kuasa yang selama ini menjadi idaman mereka, jadi kepada melayu melayu yang berada didalam DAP PAS serta PKR, fikir fikirkanlah apa yang perlu anda lakukan demi menjaga hak Melayu di tanah air ini.

Kita lihat jumlah undi yang dimenangi oleh kaum keluarga Karpal serta Lim kit siang seperti yang di bawah.


1 LIM KIT SIANG 1607

2 LIM GUAN ENG 1576

3 KARPAL SINGH 1411


4 CHONG CHIENG JEN 1211

5 LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) 1202

6 WU HIM VEN (VINCENT) 1202

7 TAN KOK WAI 1199

8 GOBIND SINGH DEO 1197

9 PUA KIAM WEE (TONY) 1162

10 TENG CHANG KHIM 1152

11 FONG KUI LUN 1137

12 NGA KOR MING 1075

13 CHONG ENG 1006

14 CHOW KON YEOW 986

15 LIEW CHIN TONG 984

16 M. KULA 984

17 BOO CHENG HAU 958

18 KOK SUH SIM (TERESA) 925

19 TEO NIE CHING 903

20 NGEH KOO HAM 824


pssstt..ada ke nama Melayu kat situ?


 

2 ulasan:

Semut Hitam berkata...

blog tuan sudah dipautkan walaupun blog Semut tidak kelihatan...

Jokiden berkata...

Ada calun Melayu cuma dpt 30 undi, itupun mgkn undi dr perwakilan Melayu..Adus!!!