Khamis, 13 Februari 2014

SAIFUDDIN NASUTION TAK MAMPU BUAT PERBEZAAN !!! SU AGUNG APA NI ???

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan bahawa jika pilihanraya kecil berlaku di Balingian Sarawak, maka ianya tidak ada beza dengan apa yang berlaku di Kajang.

Agak Sangkakala le, mesti Saifuddin ni dah tak mampu nak bezakan apa yang berlaku di Kajang dan Sarawak atau dah lupa dengan apa yang diminta oleh pembangkang sendiri tentang isu Ketua Menteri Sarawak ni.


Kalau dah tak tau sangat nak bezakan kes Kajang dengan Balingian, mari sini Sangkakala nak bagi tau sikit apa perbezaan diantara ke dua dua tempat ni.

Tan Sri Taib Mahmud sudah beberapa kali didesak untuk meninggalkan jawatan sebagi Ketua Menteri Sarawak tetapi mantan ADUN Kajang tidak didesak oleh pihak Barisan Nasional, tapi mungkin juga ada desakan daripada Pakatan demi untuk kepentingan politik individu.

Nampak tak betapa janggalnya pakatan, setelah beberapa puluh kali malah ratusan kali mendesak Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan, tiba tiba tanya pulak apa beza Kajang dengan Sarawak?

Beza yang lainnya ialah, perletakkan jawatan bekas ADUN Kajang adalah untuk memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding, dan Anwar sendiri sudah mengatakan bahawa beliau akan mengumpul dana untuk PKR dengan menggunakan kuasa Menteri Besar nanti, itu juga salah satu bezanya.

Jadi disini, sudah ada beberapa perbezaan diantara situasi di Kajang dengan Balingian, kalau itu pun si Saifuddin ni tak mampu nak bezakan, alangkah malang nasib pengikut PR mendapat seorang Setiausaha Agung macam Saifuddin ni.


KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM TUNAIKAN HAJI PAKAI PHOTOSHOP !!! APA CER ???

Huhu..pencacai Anwar Al-Liwati Al-Juburi terkantoi bila dapat dikesan bahawa gambar semasa menunaikan haji kononnya adalah gambar edit.

Punya la taksub nak menampakkan Anwar sebagai pemimpin yang bersih kononnya sampai rukun Islam pun dipermain-miankan, ini ke kerja -kerja yang diarahkan oleh PKR kepada cybertrooper depa ni?

Agak-agaknya berapa bayaran yang diterima smapai sanggup buat gambar photoshop Anwar menunaikan haji?






Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Saiful dikutuk dan dihina oleh pengikut pakatan gara-gara menunaikan umrah dan tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa video yang menunjukkan Saiful bersumpah di Ka'abah adalah video edit hanya semata mata nak mempertahankan pemimpin peliwat mereka.

Tapi kini jelas menunjukkan bahawa gambar yang sama digunakan oleh mereka dalam usaha terakhir menyelamatkan Anwar dan membuktikan kononnya Anwar adalah pemimpin yang bersih.

Tapi sejauh mana kepincangan dapat ditutup? Akhirnya akan terbuka juga semua pekong yang ada.

Contohnya macam baru baru ini, Anwar sanggup untuk pergi membeli surta cuti sakit dan dikatakan keluar dari hospital seperti orang yang akan mati pada bila bila masa, hanya semata mata risau untuk pergi ke mahkamah diatas sebutan semula ke sliwat beliau.

Begitu juga dengan rayuan untuk mengenepikan pendakwaraya, kenapa sampai macam tu sekali?

Ada juga yang mengatakan bahawa pendakwaraya kali ini amat digeruni oleh Anwar kerana beliau amat mengenali Anwar Ibrahim dan sekaligus kemungkinan Anwar akan disumbat ke dalam penjara adalah amat tinggi.

Jadi dengan kemungkinan itu, Anwar dikatakan sanggup membeli surat cuti dengan menunjukkan bahawa beliau tidak dapat hadir.

Tapi seberapa lamakah Anwar mampu untuk bertahan daripada menghadiri prosiding di mahkamah? kes tetap akan didengarkan juga tidak kira walau berapa lama sekali pun.

Kita tinggalkan sementara cerita tersebut dan kita berbalik kepada cerita photoshop.

Anak anak buah Anwar tak rasa malu ke bila buat kerja macam tu? kalau orang tak boleh kesan takpe le juga, ni orang boleh kesan beb.

Apa apa pun tahniah la pada pengikut Anwar yang berjaya sementara meneglirukan orang ramai dengan gambar tersebut, tapi macam Sangkakala katakan tadi, sampai bila nak di simpan bangkai gajah? ianya pasti akan terbongkar juga.


WANG HANTARAN 160K ??? ADA BERLIAN KE ???

Tak tau le betul atau tidak, tapi kalau dah hanntaran sampai 160k rasanya biar le berbaloi dengan apa yang diperolehi, tak gitu?

Rakan Sangkakala masukkan gambar dibawah yang tak tau sama ada ianya benar atau tidak, tapi kadang kadang perkara sebegini hanyalah rumors dan adajuga yang menggunakan nama orang lain dan gambar orang lain.





Teringat pula Sangkakala pada salah satu sketsa dalam filem Bujang Lapok yang memaparkan si Sudin nak menikah dengan wang hantaran yang agak tinggi dimana si Aziz tidak bersetuju yang akhirnya menunjukkan sampai ada yang berhutang dengan Ceti dan sampai anak 5 masih lagi belum habis melunaskan hutang.

Kalau betul gadis ni nak minta wang hantaran sebanyak tu, rasanya sampai ke tau la duk menjadi anak dara


Rabu, 12 Februari 2014

SI MUNAFIK @khalidsamad TAK MENGAKU BELIAU GAGAL

Kelakar pulak Sangkakala tengok pemimpin munafik dari PAS yang tak mahu mengaku bahawa beliau gagal dalam debat baru baru ni dengan Datuk Seri Noh Omar.

Khalid Samad mengatakan bahawa beliau kecewa kerana Datuk Seri Noh Omar gahal menyekolahkan beliau dalam muzakarah isu kalimah Allah yang dianjurkan oleh MobTV beberapa malam lepas.

Jangan le jadi munafik YB, dalam muzakarah tu YB sendiri dah mengakui bahawa kesimpulannya agama lain tak boleh guna kalimah Allah.

Kalau tak percaya atau terlupa apa yang Yb cakap boleh tengok DISINI..

Kadang kadang kesian tengok pembela pembela atau pencacai pakatan yang beriya iya nak mempertahankan orang munafik ni sampai terlupa nak tengok apa kisah sebenar.

Kalau dah YB boleh mengakui kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam, maka secara tak langsung Datuk Seri Noh Omar telah berjaya menyekolahkan YB.

Takkan itu pun tak boleh nak nilaikan, atau YB dulu memang tak ke sekolah sampai tak tau macam mana cara orang menyekolahkan orang lain.

Belajar belajar le untuk mengakui kegagalan sendiri, jangan nampak terlalu bengap sangat, bila dah tak mampu nak menjawab isu dan gagal dalam perdebatan, mula nak kalih ke cerita lain pulak.

Apa yang Sangkakala nampak, Khalid Samad gagal dalam perdebatan isu kalimah Allah dari sudut perundangan.


LAGI MASALAH SAMPAH DALAM NEGERI SELANGOR @khalidibrahim

Sejak diambil alih oleh kerajaan Pakatan,  nampaknya masalah penduduk di negeri Selangor tidak akan berubah.

Mana nak berubahnya kalau dah permasaalahan yang sama akan sentiasa menjadi rungutan penduduk.

Hari ni seorang rakan FB memuat naik permasaalahan sampah di kawasan gugusan Tanjung, Kota Damansara.




Permasaalahan ini telah lama diajukan oleh penduduk namun ianya seperti mencurah air ke daun keladi yang tidak menibggalkan kesan.

Hairan juga dengan pendekatan kerajaan negeri Selangor, cukai pintu semakin tinggi dan jika terlewat membuat pembayaran mulalah akan datang segala bagai surat termasuk surat untuk sita kediaman.

Tapi bila dalam bab sampah ini, ianya seolah olah tidak memberi apa apa kesan kepada PBT.

Yang menjadi pengerusi jawatankuasa atau EXCO kerajaan yang menjaga PBT pulak buat apa, tidur sama macam Khalid juga ke?

Ini le akibat daripada kepimpinan kerajaan yang tidak pandai menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Permasaalahan rakyay dibiat dan diletakkan ketepi seperti suara suara rakyat yang mengeluh dan merintih tidak ada ertinya buat mereka.

Tapi kalau dalam pengundian masa pilihanraya pandai pulak mereka ni mengatakan bahawa adanya suara rakyat,  tapi bilabdah menang suara rakyat hilang entah kemana.

Nasiblah wahai penduduk Selangor, sendiri buat pilihan, sendiri jugalah yang kena tanggung.

Syarikat syarikat yang diberikan projek mengangkut sampah ni pula terdiri daripada kroni kroni mereka (pemimpin kerajaan negeri) maka segala masalah yang diadu oleh rakyat tentang kegagalan mereka ini tidak akan diambil kira.



Selasa, 11 Februari 2014

JABATAN MEDIA SOSIAL HANYA TINGGAL NAMA @NajibRazak @tengkuadnanreal

Sangkakala dapat perkhabaran bahawa sehingga kini Jabatan Media Sosial tidak lagi dapat dilaksanakan ekoran beberapa kekangan.

Dan menurut beberapa orang yang agak kuat memperkatakan tentang JMS ini seperti Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri sendiri ianya masih belum dilaksanakan dan orang yang hendak dipertanggungjawabkan Jabatan ini masih belum ada lagi.

Persoalannya sampai bila Jabatan ini akan hanya menjadi bahan bualan dikalangan penggiat media? Nak tunggu sampai pilihanraya akan datang?

Bagi Sangkakala, Setiausaha Agung sendiri tahu siapa yang menyediakan kertas kerangka kerja dan sepatutnya orang tersebut diberi peluang untuk mengepalai jentera siber melalui Jabatan Media Sosial.

Tapi kalau masih lagi menunggu dan menunggu rasanya apa yang akan berlaku ialah kegagalan sekali lagi jentera siber dalam mempertahankan kerajaan.

Bukan itu sahaja, akan adalah nantipak pak menteri yang menuding jari mengatakan bahawa jentera siber ini tidak bersatu dan berpecah belah.

Jika tidak ada usaha untuk menyatukannya bagaimana mereka hendak bersatu?

Seperti sekarang, Sangkakala masih meneruskan usaha bersama sama rakan rakan penggiat media dalam Unit Media Baru PPUM dulu yang diketuai oleh Tun Faisal tetapi diberi nafas baru.

Kalau perkara sekecil ini masih tidak mampu untuk diselesaikan, bagaimana pula dengan perkara yang lebih besar?

Terpulanglah kepada kepimpinan, kami dalam UMBX tetap akan menjalankan tugas kami seperti biasa dibawah seliaan Tun Faisal.

Nanti Sangkakala tulis lagi..ini hanya permulaan..

CARA PELIK MELEPASKAN RINDU !!! ISLAM KE NI ???

Apa nak jadi dengan orang melayu hari ni? Tidak salah kalau nak melepaskan rindu jika sekadar berpelukan, tapi kalau dengan cara yang sebegini Sangkakala rasa agak keterlaluan sikit sebab kita orang melayu beragama Islam tidak boleh melakukan perkara sebegini.


Adakah ini yang diajar dalam Islam? Setahu Sangkakala perkara sebegini merupakan satu dosa bagi umat Islam apatah lagi disebarkan dikhalayak ramai sebegini.

Biasanya yang melakukan perkara begini hanyalah orang bukan Islam dan bagi orang islam ianya tidak dilakukan walaupun mempunyai hubungan saudara rapat.


KERANA BEREBUT TANAH KETUA KAMPUNG PAKATAN DIPUKUL


Ini kejadian yang dilaporkan semalam apabila seorang ketua kampung Kayu Ara (gambar) dari pakatan rakyat dipukul oleh kuncu kuncu seorang lagi Ketua Kampung pakatan rakyat dari kampung Subang.

Cerita kononnya bermula apabila Ketua kampung Subang dikatakan telah menceroboh tanah milik kumpulan Ketua Kampung Kayu Ara di Taman Segar Mah Sing yang telah diluluskan sejak zaman Barisan Nasional Memerintah lagi.

Kejadian dikatakan telah berlaku di Pejabat Daerah Petaling petang semalam dan mangsa telah membuat laporan polis terhadap mereka yang menterang beliau.

Ni apa le pulak hal sampai nak bertumbuk segala bagai?Katakan sepakat di bawah Pakatan Rakyat konoinnya, tapi akhirnya bergaduh sebab berebutkan tanah.


KENYATAAN PRESIDEN ISMA TAK KENA PADA TEMPAT !!!

Sangkakala rasa kenyataan Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), Ustaz Abdul Zaik Abd Rahman tentang Najib selaku Perdana Menteri perlu kembali kepada orang Melayu yang diabaikan selama ini dan meninggalkan kaum Cina serta India yang dituduh sebagai tidak setia adalah satu kenyataan yang amat tidak sesuai.


Sangkakala bersetuju sekiranya Presdien ISMA menggunakan istilah Cina atau India yang mendokong DAP kerana mereka ini yang tidak menyokong Barisan Nasional walaupun telah diberi dengan pelbagai kemudahan.

Dengan mengambil kira seorang India yang melepaskan jawatan (Waythamoothy) dalam kabinet tidak semestinya kita mengatakan kesemua mereka, dan sebagai seorang senator rasanya kenyataan tersebut tidak layak dan tidak patut dikeluarkan oleh seorang Presiden NGO.

Memang pada hakikatnya majoriti kaum cina menolak Barisan Nasional tetapi bagi kaum India Sangkakala rasa ianya bukan majoriti dan walaupun penolakan oleh kaum cina adalah majoriti namun masih ada minoriti kaum cina yang menyokong kerajaan begitu juga kaum India.

Sangkakala mengambil pendekatan dengan beberapa orang rakan yang masih muda dikalangan kedua dua kaum tersebut, mereka masih lagi setia dengan kepimpinan Barisan Nasional serta mereka ada melakukan beberapa perbincangan dengan Sangkakala sendiri tentang permasaalahan yang dihadapi oleh mereka dalam meraih sokongan.

Ini bermakna masih ada lagi golongan muda dan belia yang bersama sama denan kerajaan Barisan Nasional dan kalau diikutkan dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Presiden ISMA ini Sangkakala rasa amatlah tidak patut jika kita menghukum mereka secara purata.

Cuma apa yang Sangkakala ingin katakan disini ialah, mungkin berapa pendekatan perlu dilakukan untuk meraih kembali sokongan daripada kaum kaum ini dan sudah pastilah komponen Barisan Nasional perlu mengambil pendekatan yang lebih drastik.

Berkenaan dengan mengatakan bahawa Perdana  menteri perlu kembali kepada golongan Melayu yang diketepikan, rasanya Barisan Nasional terutamanya UMNO tidak pernah meminggirkan mana mana orang Melayu tetapi mereka (melayu) perlulah bijak mengambil peluang dan mengisi ruang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.


SKANDAL HUBUNGAN TERESA KOK DENGAN GOLDSINO !!!

Sangkakala terbaca dalam blog seorang rakan blogger yang mengatakan bahawa Teresa Kok ada mempunyai skandal dalam bentuk kewangan dengan sebuah syarikat asing yang bernama Goldsino Pelaburan Pembangunan Terhad.


Bagaimana pula Teresa Kok terlibat dengan syarikat tersebut dan apa kepentingan serta perolehan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut melalui Teresa?

Ini semua dikhabarkan melalui Yayasan Selangor yang memiliki 2 bidang tanah di kawasan Dengkil dan juga Hulu Selangor dimana keluasan bagi kawasan kedua dua tempat ini lebih kurang 40 ke 50 ekar.

Pada tahun 2011, syarikat yang berpengakalan di China ini dikatakan telah menghantar surat permohonan untuk membina loji kuasa solar Photovaltaic.

Goldsino dikatakan telah berminat untuk memajak kedua dua tanah ini dengan nilai lebih kurang RM 1 Billion.

Untuk makluman pembaca sekalian, kedua dua tanah ini sebenarnya sudah didirikan dengan bangunan dimana dua buah pusat latihan khidmat negara di kawasan Kuala Kubu dan juga sebuah sekolah agama di Dengkil.

Wakil daripada Goldsino ada mengatakan bahawa mereka kenal dengan Teresa Kok semasa mesyuarat pertama bersama Yayasan Selangor.

Apa kena mengena Teresa dengan Goldsino sampai mereka (wakil) boleh mengatakan bahawa mereka kenal dengan beliau? Adakah hubungan tersebut yang menjadi titik tolak kepada pemberian pajakan tanah yang dimaksudkan?

Baca DISINI untuk maklumat lanjut..


Isnin, 10 Februari 2014

PERGADUHAN KERANA KEPUTUSAN MENTERI BESAR SELANGOR MENYUSAHKAN RAKYAT

Keputusan Menteri Besar Selangor yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam pembinaan Loji penapisan air di Langat (loji langat 2) telah memberikesan besar kepada penduduk di beberapa kawasan.

Rakyat di Sepang kini dalam keadaan yang amat meruncing apabila loji air Bukit Tampoi ditutup akibat peningkatan paras amonia dalam air loji tersebut.

Keadaan ini tidak membolehkan SYABAS untuk berbuat apa apa kerana paras amonia akan berkurangan apabila hujan turun dan peningkatan paras air, namun sekarang dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, perkara tersebut tidak mungkin akan berlaku.

Sangkakala teringat satu masa dulu Menteri Besar Selangor pernah mengatakan bahawa negeri tersebut mempunyai banyak lombong yang mampu untuk membekalkan air mentah.

Tapi setelah dibuat kajian, paras bedasing yang tidak mampu dinyahkan terlalu tinggi dan ini membahayakan penduduk.

Bagaimana seorang Menteri Besar pernah mengeluarkan kenyataan dan jelas kenyataan tersebut berbentuk egois hinhga tidak memikitkan keselamatan nyawa rakyat.

Kalau kerajaan Selangor bertindak dengan memberikan kerjasama untuk memberikan peluang kepada kerajaan pusat membina loji rawatan Langat 2 sudah tentu perkara sebegini tidak akan berlaku dan permasalahan ini dapat dikurangkan seminima mungkin.

Tapi kerana begitu mementingkan milage politik, maka kerajaan Selangor dibawah pakatan tidak mahu langsung bertolak ansur demi kepentingan semua pihak.

Kerajaan pusat tidak meminta peruntukan dari kerajaan negeri bahkan akan membiayai pembinaan loji tersebut secara keseluruhan, namun ditolak oleh kerajaan Selangor kerana berbeza idiologi politik yang menyusahkan rakyat.

Mahu atau tidak rakyat Selangor perlu menerima hakikat bahawa keadaan mereka kini amat meruncing kerana sikap egoistik pemimpin kerajaan Selangor.

Kini pemimpin Selangor sendiri telah merungut bahawa terdapat kesulitan rakyat akibat dari sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Selangor yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.

Boleh baca bagaimana pemimpin pakatan merungut DISINI...



@NajibRazak ANTARA WAYTHAMOORTHY DAN RAMESH RAO !! SIAPA LEBIH LAYAK ???

Sangkakala rasa amat bertepatanlah tindakan wakil dari Hindraf, Waythamoorthy yang mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam kabinet termasuk senator yang diberikan kepada wakil kumpulan itu.

Bukan apa, Sangkakala tak nampak dimana tugas beliau sebagai seorang Menteri dan Senator yang mewakili kaum India di negara ni pun.


Waythamoorthy bagi Sangkakala tidak mewakili kaum India secara keseluruhannya tetapi hanya mewakili ahli pertubuhan Hindraf dan dengan mudah beliau mengatakan akan melepaskan jawatan kerana Barisan Nasional tidak menepati janji yang dipersetujui bersama diantara Hindraf dengan Barisan Nasional.

Kalau dah diletak sebagai Timbalan Menteri tapi masih mengharap orang lain laksanakan tugas yang diberi, maknanya Waythamoorthy sendiri yang gagal dan jangan le pulak cuba nak menunding jari pada orang lain kerana kegagalan sendiri.

Waythamoorthy juga Sangkakala nampak tidak faham dengan sensitiviti masyarakat lain dan beliau telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kaum lain di nagara ini agak kurang senang dan ini ada kemungkinan beliau terlupa bahawa beliau seorang yang berstatus Timbalan Menteri pada masa itu dan sebagai seorang yang berada dalan kabinet, kenyataan yang dibuat amatlah mengecewakan.

Baik, sekarang kita beralih kepada Saudara Ramesh Rao pula, ada beberapa kelebihan yang Sangkakala lihat pada Pengerusi Persatuan Minda dan Sosial ini, selain lantang bersuara menentang pembangkang, Ramesh juga dilihat mampu untuk membawa permasaalahan kaum India dinegara ini untuk diketengahkan dalam dewan negara sekaligus dalam kabinet.


Seperti baru baru ini beliau dengan lantang telah memberikan kritikan supaya kerajaan jangan ikut telunjuk pembangkang.

Bagi Sangkakala, kenyataan seperti ini adalah kenyataan yang baik kerana kita semua melihat bahawa pembangkang hari ini cuba membawa kerajaan untuk menari dalam irama mereka diatas pentas kita sendiri.

Ramesh juga telah memverikan komen untuk transformasi MIC jika mahukan kebangkitan parti tersebut dan dalam komen beliau tentang MIC ialah, parti tersebut jangan didominasi oleh kaum Tamil hanya semata mata Presiden parti adalah dari masyarakat Tamil.

Ini kerana dikalangan kaum India, ada beberapa etnik lain seperti telegu, malialam, chetiar dan beberapa kaum lagi termasuklah kaum sikh dan mereka ini sepatutnya diberikan juga tempat mengikut populasi kaum sendiri didalam MIC untuk membawa masalah etnik mereka.

Ada beberapa komen lagi yang Sangkakala rasa amat bertepatan dengan slogan Transformasi BN Ke Arah Kecemerlangan yang dinyatakan oleh Ramesh dan bagi Sangkakala tidak mustahil sekiranya beliau diberikan tempat untuk menjadi ganti kepada Waythamoorthy maka lebih banyak penambahbaikan akan dapat dilaksanakan.

Pihak kepimpinan kerajaan perlu mengambil serius dalam penapisan untuk melantik senator atau Timbalan Menteri yang bakal menggantikan Waythamoorthy kerana kita sekarang tidak boleh hanya tangkap muat, perlu ada seorang yang benar benar mampu memberikan komitmen dalam menjayakan kehendak Transformasi BN itu sendiri.

Bagi Sangkalala, Ramesh Rao amat sesuai untuk diletakkan sebagai pengganti kepada Waythamoorthy kerana kesungguhan beliau dalam membantu kerajaan menepis segala tohmahan pembangkang dan membawa isu isu kebajikan serta pembelaan orang orang India ke peringkat atasan.


Ahad, 9 Februari 2014

SANGKAKALA CABAR PAS KEDAH !!! BUKTIKAN DAKWAAN

Setelah melihat begitu ramai yang hadir dalam program Mahabatur Rasul Kedah berselawat, puak puak PAS nampaknya cuba untuk memfitnah kerajaan Kedah yang kini dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Mukhriz.

Puak puak kaki fitnah ni mengatakan bahawa program tersebut ditaja oleh syarikat perjudian.


Dakwaan yang dilemparkan pada kerajaan Kedah bagi Sangkakala amat kurang ajar dan tidak bertamadun.

Takkan begitu bodoh kerajaan Kedah sampai tak tau yang mana halal dan tidak.

Tapi kalau PAS Sangkalala tak tau le pulak sebab dalam ceramah pun berjalan tong tong milo dan tak peduli sama ada orang yang menghulurkan duit dalam tong milo tersebut dari kalangan orang susah atau senang.

Berbalik kepada dakwaan PAS tentang penaja program tersebut, Sangkakala cabar puak puak PAS ini untuk membuktikan dakwaan mereka adalah benar dan jika tidak boleh untuk membuktikan perkara tersebut adalah lebih baik kamu semua masuk semula ke dalam perut ibu ibu kamu atau gugurkan sahaja syahadah yang kamu ucapkan.

Sebab apa Sangkakala cakap macam tu, sebab tak guna kalau kamu mengatakan kamu islam, tetapi program keagamaan seperti Kedah Berselawat ini kamu fitnah sesuka hati mak dan ayah kamu.



RAFIZI RAMLI LARIKAN DIRI !!! KEADAAN JADI KECOH

Malam tadi Rafizi Ramli telah mengadakan ceramah di Bayan Baru dan dalam ceramah tersebut Rafizi dikatakan telah memberikan ceramah berkenaan dengan pilihanraya kecil DUN Kajang serta GST.

Namun selepas selesai memberikan ceramah dan sidang akhbar, beliau telah didatangi oleh seorang warga emas yang membawa memorandum tentang masalah perumahan di Pulau Pinang.

Beberapa badan bukan kerajaan turut sama dengan warga emas tersebut dan menurut lelaki warga emas tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari nanti.

Bagaimana pun kekecohan hampir berlaku apabila Rafizi dikatakan gagal menyantuni mereka yang datang untuk berjumpa dengan beliau di tempat tersebut bahkan dikawal ketat dan terus dibawa ke kenderaan yang sedang menanti.


Baru jadi ahli parlimen dah buat perangai macam tu ke YB? Kata nak mendengar masalah rakyat dan akan menyelesaikan segala permasaalahan rakyat sebab kerajaan Barisan Nasional tak peduli dengan mereka.

Tapi baru hantar memorandum dah ak layan apa cerita ni? Belum jadi menteri lagi, kalau jadi menteri agaknya lagi dahsyat sikap si Rafizi ni agaknya kan.

Untuk makluman semua, memang ini lah mentaliti dan perangai pemimpin pakatan pembangkang yang hanya berpura pura untuk menunjukkan kebaikan mereka dan sekali sekala, sifat serta sikap sebenar mereka akan terbongkar juga dan seperti yang berlaku di Bayan Baru telah menceritakan segala galanya.

Sangkakala faham dengan perasaan mereka yang hadir apabila Rafizi dilihat seolah olah ingin melarikan diri daripada menjawab pertanyaan dan soalan yang bakal diajukan oleh penduduk.

Tidak seperti pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mempunyai ruang untuk mendengar permasaalahan rakyat, tapi bagaimana pula dengan pemimpin Pakatan yang akan menghindarkan diri dari berjumpa dengan rakyat mahupun mendengar keluh kesah mereka.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang ini hanyalah dengan menabur fitnah terhadap kerajaan dan memberikan persepsi negatif kepada rakyat tentang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Kita pergi pula kepada GST yang selalu diperkatakan oleh Rafizi yang mana ianya akan menyusahkan rakyat dan kos sara hidup akan bertambah dengan adanya GST.

Tapi pernahkah Rafizi memberi tahu berapa buah negara maju dalam dunia mengamalkan GST? Dan berapa ratus buah negara pula di seluruh negara mengamalkan GST, dan berapa buah negara pula yang rakyatnya bangkit menentang GST?

Seperti yang Sangkakala selalu dengar melalui beberapa taklimat tentang GST, ianya bukanlah sepertimana yang selalu dikatakan oleh pembangkang bahawa ianya adalah singkatan kepada 'Government Sales Tax' tetapi ianya adalah 'Goods Sales Tax' yang mana cukai ini akan dikenakan daripada pembeli hinggalah pembekal bahan mentah.

Ini yang menjadikan taikoon pengeluaran barang yang kebabyakannya dari golongan bukan melayu merasakan bahawa peluang untuk mereka lari dari membayar cukai adalah amat tipis.

Selama ini kita dikenakan dengan beberapa cukai seperti cukai perkhidmatan, cukai jualan dan sebagainya, tetapi dengan GST, kesemua cukai tersebut akan dimansuhkan dan diharamkan.

Cukai perkhidmatan dan cukai jualan kini ada yang mencecah sehingga 10 peratus dari nilai belian tetapi dengan GST, hanya 6 peratus dikenakan, jadi dimana nak dikatakan harga barangan yang dikenakan cukai GST akan naik.

Yang membuatkan barangan menjadi naik ialah apabila ada PBT seperti contoh di Selangor yang mengenakan cukai yang agak tinggi hingga membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Ini yang sebenarnya menjadikan barang yang dibekalkan mengalami kenaikan.

Kalau nak dilibatkan dengan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen, Sangkakala berikan contoh disini, kenaikan harga barangan seperti sayuran contohnya, takkan setiap sekilo sayuran dinaikkan 20 sen sama seperti setiap liter minyak, takkan kenderaan yang menbawa sayuran tersebut membawa hanya sekilo sayur.

Sebenarnya dalam permasaalahan ini, pembangkang hanya menggembar gemburkankan cerita dengan niat memburukkan kerajaan.

Dalam isu kenaikan harga minyak, ianya hanyalah melibatkan lebihan kos yang tidak sampai 2 peratus, tetapi pemborong pula telah menaikkan harga barang sehingga 50 peratus, dan ini adalah punca sebenar yang tidak diberitahu oleh pihak pembangkang kepada rakyat demi kepentingan politik mereka.

Berbalik kepada Rafizi Ramli tadi, kenapa beliau seolah olah lari daripada berhadapan dengan rakyat? Apakah ini sebagai tanda bahawa pemimpin pakatan pembangkang bersikap lebih mementingkan fitnah daripada menyelesaikan masalah.

Tepuk dada tanyalah iman, siapa mereka (pembangkang) sudah makin jelas kelihatan.


PAS DI KEDAH MAKIN GELISAH !!! PENYATUAN UMMAH SUDAH MENULAR

Semalam ada satu perhimpunan yang dilakukan di Stadium Darul Aman untuk menyambut ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Program yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri Kedah dibawah pemerintahan YAB Datuk Seri Mukhriz nampaknya telah berjaya apabila lebih kurang 40 ribu yang hadir.


Dalam satu laman blog sahabat Sangkakala ada menyatakan bahawa semasa program juga ada unsur unsur sabotaj yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi semuanya dapat diselesaikan.

Bagi Sangkakala..adalah menjadi kebiasaan apabila program yang dianjurkan oleh BN terutamanya UMNO,  maka unsur unsur sebegini tidak mampu untuk dihindari tetapi kuasa Allah tidak siapa boleh menjangkaunya.

Himpunan ini juga Sangkakala yakin, sudah menggerunikan puak puak pakatan di Kedah yang merasakan bahawa UMNO hari ini tidak hanya berkata kata dalam penyatuan Ummah tetapi mengambil serius tentang perkara tersebut.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Datuk Seri Mukhriz yang berjaya membawa hadirin sebegitu ramai dalam ceramah agama yang mana sudah pastinya tidak ada unsur kata mengata sebagai pengisiannya.


Sabtu, 8 Februari 2014

#PRKKajang MANA PEMIMPIN BN ?? MASIH #syoksendiri KE ???

Kajian demi kajian dilakukan oleh sahabat sahabat media Sangkakala, tapi nampaknya hasil masih lagi sama dan serupa.


Dalam blog tunfaisal juga ada menulis dan memasukkan analisis tentang dua hashtag yang digunakan untuk pilihanraya kecil Kajang dan kedua dua hashtag itu masih lagi sepi nampaknya.

Baca DISINI.....

Sangkakala juga agak bersetuju dengan penulisan yang dibuat oleh sahabat blogging Sangkakala si Daeng Selili dan pendapat beliau juga lebih kurang sama dimana memang jelas ternyata pergerakan untuk PRK Kajang seperti tidak diambil kisah oleh sesetengah pemimpin terutamanya yang menjaga Biro Media Baru.

Baca pula DISINI....

Kadang kadang apabila ada sesetengah pihak yang memperlekehkan pemimpin, kita sebagai penyokong atau penggiat media yang menyokong BN akan merasa tercabar, tapi apabila dalam keadaan ini rasanya memang patut penggiat media ni membuat teguran kepada pemimpin.

Kita boleh lihat bagaimana pula keputusan klout score pemimpin BN jika dibandingkan dengan pemimpin Pakatan yang dilakukan oleh seorang lagi rakan blogger Sangkakala.

Baca DISINI....

Mungkin dengan analisa serta kajian yang dilakukan oleh rakan rakan blogger Sangkakala dapat menyedarkan para pemimpin supaya kita jangan lagi ketinggalan dalam media sosial.

Jika semua hendak diharapkan kepada penggiat media rasanya itu adalah tidak kena dengan tempatnya,  pemimpin juga memainkan peranan penting.


Jumaat, 7 Februari 2014

PERMAINAN TERESA KOK MENENTANG KERAJAAN !!! RAKYAT DIHERET SAMA

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Teresa Kok dalam pembikinan video 'onedefull Malaysia' baru baru ini ianya tetap bersikap biadap dan kurang ajar.

Apa yang Sangkakala nampak, Teresa Kok tidak menujukan apa yang tersirat didalam video tersebut kepada rakyat Malaysia tetapi ianya ditujukan kepada kerajaan dengan niat untuk menghina serta niat untuk memburukkan kerajaan dimata masyarakat, disamping itu juga Teresa dilihat cuba menghina Agung dengan kenyataan yang ada dalam dialog video tersebut.


Teresa juga sebenarnya mencabar kedudukan Raja Raja Melayu dengan membuat video tersebut.

Kenapa Sangkakala kata macam tu?

Yang pertama, Teresa telah bertindak menakut nakutkan rakyat yang kononnya jika pergi ke Sabah anda akan dapat melihat lanun dan kejadian tembak menembak serta penculikan.

Sempena tahun melawat Malaysia seperti sekarang, apa niat Teresa Kok menyebut kenyataan tersebut dalam video tu? Ianya tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan persepsi negatif tentang Malaysia di mata masyarakat serta para pelancong asing mahupun tempatan.

Yang kedua pula, Teresa ada menyebut tentang lanun, adakah lanun berleluasa di negara ini? Kenyataan Teresa seolah olah menunjukkan bahawa kegiatan lanun di negara ini tidak mampu dikekang oleh pasukan keselamatan yang rata ratanya menggunakan istilah DIRAJA MALAYSIA.

Dengan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa Teresa sedang berperang dengan kerajaan serta Agung dan rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan Teresa telah bertindak dengan membuat laporan polis dan sebagainya.

Teresa sengaja mengheret rakyat dalam isu ini untuk mendapat simpati daripada pengundi walaupun sedar bahawa rakyat sebenarnya tidak perlu diheret untuk sama sama terjebak dalam isu video yang dihasilkan.



#PRKKajang TONY PUA MENGAKU PAKATAN TERDESAK !!!

Dalam forum 'Serampang Kajang' yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini jelas membuktikan bahawa Pakatan kini sudah amat terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Kajang yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim sebagai calon.


Ini diakui sendiri oleh Tony Pua, ahli parlimen Petaling Jaya Selatan dalam forum tersebut dimana beliau mengatakan sekiranya PR kalah di Kajang maka politik Anwar serta pakatan akan berkubur.

Beliau juga mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala kekuatan bagi memastikan kekalahan Anwar di Kajang.

Kenyataan Tony telah mendapat bangkangan daripada Ambiga yang juga merupakan panel dalam forum tersebut dan beliau mengatakan bahawa PR seharusnya lebih kuat kerana bukan Anwar seorang sahaja pemimpin di peringkat nasional.

Kenyataan Ambiga ni pula Sangkakala lihat seperti menidakkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memerintah negara, ini kerana, selama ini pakatan beriya iya mengatakan bahawa Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan memerintah.

Dan kalau kenyataan Ambiga pada masa sekarang mengatakan bahawa bukan Anwar seorang sahaja pemimpin PR pringkat nasional, ini bermakna orang lain juga layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa pula yang diintai oleh pengerusi bersama BERSIH ni untuk dijadikan calon sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Adakah ianya terdiri dari orang bukan Melayu sepertimana yangvtelah ditetapkan dalam perlembagaan?

Seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu mengambil berat tentang perkara ini dimana, jika pakatan memerintah, mereka ada hak untuk menukar perlembagaan negara dengan membolehkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dan perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Sekiranya ini berlaku, maka ketuanan Melayu di negara ini akan terhapus sama sekali dan raja raja Melayu akan diturunkan sebagai rakyat biasa dan suara melayu itu akan terhapus sama sekali.

Kita juga perku melihat, bagaimana kenyataan Lee Kwan Yew yang mengatakan beliau teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dalam tempoh sehari dan DAP akan merealisasikan impian ini sekiranya pakatan memerintah.

Mereka (DAP) juga akan membawa semula Singapura masuk ke Malaysia supaya suara orang Melayu dalam parlimen akan tenggelan dan seterusnya membolehkan segala bagai undang undang digubal semula dan sudah pastinya ia akan menajdi berat sebelah dimana kelebihan akan diberikan kepada cina DAP.

Begitu juga dengan agama Islam yang selama ini menjadi agama persekutuan dan dilindungi oleh undang undang negara akan dihapuskan dan kebebasan beragama akan diwujudkan.

Sekarang sahaja kita sudah melihat pelbagai perkara dilakukan oleh bukan islam semata mata untuk mencabar agama serta orang Islam di negara ini.

Perkara ini tidak mustahil, ianya akan berlaku sekiranya pakatan memerintah dan adakah orang Melayu mampu bersatu sekiranya perkara tersebut berlaku?

Melayu seharusnya bersatu dari sekarang dan bukan apabila sesuatu yang buruk sudah melanda kerana dimasa itu kemungkinan kuasa kita sebagai orang yang mempunyai hak mutlak terhadap tanah air ini akan hilang dan dimasa itu kita sudah mengemis di tanah sendiri.

Sedarlah, hari ini kita ketawa kerana kita berjaya mengutuk sesama bangsa, mungkin satu masa nanti kita menangis kerana tidak dapat menyatukan bangsa.

Politik Anwar perlu dimatikan sebelum segala yang ada tidak lagi bermakna terhadap kita.


#PRKKajang SAMPAI SEKARANG ANWAR BELUM BUAT PERKARA NI

Saiful Bukhari telah mendakwa bahawa dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2008 dan Saiful telah bertindak untuk melafazkan sumpah laknat dan membuat pengakuan bahawa dirinya diliwat.

Mungkin anda semu pernah melihat video bagaimana Saiful melafazkan sumpah tersebut dengan ditemani oleh bapa beliau.

Klik gambar untuk video
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah mengatakan bahawa Anwar perlu melafazkan sumpah laknat yang sama bagi membersihkan nama beliau yang dikatakan telah difitnah oleh Saiful dan ianya adalah konspirasi UMNO semata mata.

Tapi Anwar langsung tidak pernah berbuat demikian dan seperti kata Datuk Zulkifli Nordin, beliau sendiri bersama sama dengan Anwar bermesyuarat semasa Saiful membuat laporan polis dan setelah mendapat berita tersebut, Anwar kelihatan pucat dan menggigil ketakutan.

Persoalannya disini, kenapa Anwar begitu takut semasa Saiful membuat laporan polis? Dan kenapa Anwar tidak mahu melafazkan sumpah laknat untuk membersihkan nama beliau?

Anwar pernah mengatakan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tidak berbohong, berzina, meminum minuman keras dan melakukan perkara perkara mungkar, dan kalau Anwar merasa yakin bahawa beliau bebas dari segala perkara tersebut, untuj apa beliau merasa takut atau risau untuk bersumpah.

Bagi Sangkakala, jawapan yang paling mudah kenapa Anwar tidak mahu membuat sumpah laknat ialah, beliau tidak bebas dari perkara perkara yang beliau sendiri nyatakan dan ada kemungkinan bahawa beliau sememangnya terlibat dalam kes liwat tersebut.

Baru baru ini Anwar telah mencuba untuk menggugurkan pendakwa raya yang akan membuka semula kes liwat beliau terhadap Saiful, dan kenapa Anwar begitu risau dengan pendakwaraya tersebut? Adakah ada sesuatu yang merisaukan Anwar jika pendakwa ini yang menjalankan pendakwaan kes beliau di mahkamah.

Dalam perbicaraan tentang kes liwat ini dulu, mahkamah telah menetapkan untuj membebaskan Anwar kerana bahan bukti dikatakan telah tercemar, tetapi mahkamah tidak memberitahu apa bentuk pencemaran yang berlaku terhadap sampel DNA yang dibawa ke mahkamah tersebut.

Ujian DNA juga jelas menunjukkan bahawa ada persamaan diantara air mani yang terdapat di dalam lubang dubur Saiful dengan DNA Anwar yang diperolehi dari perbagai sumber.

Dan kes ini akan diperdengarkan semula pada 12 dan 13 februari ini dan Anwar telah menjalankan kerja kerja beliau seperti biasa untuk menyelamatkan diri dan kali ini Anwar telah merancang untuk mengadakan pilihanraya kecil di kawasan Kajang dengan memaksa ADUN Kajang meletakkan jawatan.

Inilah permainan dan sandiwara Anwar selama ini dan selagi ada hayat, rasanya Anwar tidak akan berhenti dari terus melakikan perkara perkara tersebut.



Khamis, 6 Februari 2014

TERESA COCK GOYANG BILA MAUT DEPAN PINTU

Agaknya Teresa Cock ni lupa kejadian 13 mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa penduduk atau rakyat Malaysia dalam rusuhan kaum.


Dan kali ni Teresa mungkin juga sedang mencuba untuk merasa bagaimana rupanya kalau Melayu itu naik angin dan hilang pertimbangan diri dalam mempertahankan bangsa dan agamanya.

Lu jangan main api Teresa, nanti lu sendiri susah, sekarang ramai orang sudah panas sama lu, tapi itu lu sendiri cari maa..

Bukan sahaja orang Melayu yang marah dengab video tersebut, orang cina juga tak kurang hebatnya mengecam video yang dianggap sebagai kurang ajar.


Rupanya dalam berani berani buat video, si andartu ni takut mati juga rupanya,  bila dapat ugutan demi ugutan daripada orang yang tak puas hati, terus pulak buat laporan polis.

Ingatkan berani sangat sebab dalam video tu Sangkakala nampak wajah cukup ceria macam takde apa apa masalah pun tapi bila dah ada yang kedepan, tau pulak kecut perut.

Buat le lagi video video macam tu, biar banyak lagi keluar sebab kalau lagi banyak keluar, lagi banyak publisiti yang kamu dapat.

Agaknya segala apa yang dikatakan oleh Teresa tentang ugutan segala bagai tu hanyalah rekaan sendiri sebab sampai sekarang Teresa masih belum mampu untuj membuktikan ada unsur unsur ugutan tersebut adalah benar.


Sebagai contoh gambar diatas, apa bukti yang orang hantar surat dan botol tu ke rumah Teresa? Takkan takde kemungkinan ini semua adalah SANDIWARA sepertimana yang beliau katakan sewaktu insiden serangan di Lahad Datu dulu.

Mungkin Teresa sengaja nak mengambil kesempatan dengan keadaan yang berlaku sekarang untuk meraih simpati dan seterusnya mengatakan bahawa beliau adalah mangsa kepada melayu yang rasis.

Sendiri cari penyakit siapa suruh nyonya? Lain kali jaga sikit lu punya perangai, jangan ikut lu punya gurau, sebab melayu punya gutgurau banyak kasar maa..sekarang lu sendiri sudah tak boleh tahan.