Sabtu, 26 Januari 2013

PAS GANTI UMNO HANYA SEKADAR AYAT

Sekarang kita selalu dengan slogan yang berbunyi PAS Ganti UMNO dimerata rata tempat hinggakan selang beberapa artikel yang lepas, Sangkakala telah memasukkan satu artikel dengan gambar yang menunjukkan seorang penerima BP1M memakai baju tertera dengan logo tersebut.

Tapi adakah semua ahli ahli PAS ini faham tentang maksud yang tersirat dalam mengatakan PAS ganti UMNO ini?

Sangkakala tidak melihat bahawa mereka benar benar memahami maksud tersebut tapi mereka ini lebih kepada terikut ikut apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa melakukan kaji selidik terlebih dahulu.

Dulu PAS pernah menghakimi UMNO dan menjatuhkan hukuman bahawasanya UMNO dan penyokong UMNO itu kafir kerana bersama sama dengan MCA, MIC serta parti komponen yang lain.

Namun apa yang terjadi kini dilihat telah banyak berpatah semula kepada PAS, kalau dulu mereka berjuang kerana Islam seratus peratus, namun kini hanya lima puluh peratus.

Sangkakala kata begitu kerana, hari ini PAS telah meletakkan calon dikalangan bukan Islam yang mana mereka dakwa sebagai sayap mereka, ingat SAYAP kepada PAS dan bukannya komponen.

Kelab Penyokong PAS telah diangkat sama taraf dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muaslimah PAS sedangkan ahli Kelab Penyokong PAS adalah dikalangan orang bukan Islam, apakah hak mereka untuk bersuara juga diberikan didalam muktamar PAS kerana mereka adalah sayap Parti?

Dengan keadaan itu, bolehkah kita mengatakan bahawa PAS itu juga Kafir seperti mana lontaran yang dibuat oleh PAS terhadap UMNO?

Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat memberi kenyataan bahawa PAS akan meletakkan calon bukan Islam di kalangan Kelab Penyokong PAS dan perkara ini telah pun dilakukan semasa pilihanraya umum ke 12 dimana Kumutha Raman telah diletakkan sebagai calon pilihanraya DUN Tiram di kawasan Johor Bahru untuk mewakili mereka namun kalah kepada calon Barisan Nasional, apa makna semua ini?

PAS hari ini dilihat sudah memperjudikan serta seolah olah menggadai prinsip perjuangan yang dilahirkan oleh kepimpinan yang terdahulu di samping menolak secara langsung kewibawaan ahli ahli atau kepimpinan PAS dikawasan tersebut dengan meletakkan calon bukan Islam sebagai wakil.

Dalam erti kata mereka bahawa UMNO bersekongkol dengan bukan Islam, mereka (PAS) melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh UMNO selama ini.

Dalam perlembagaan UMNO perenggan 5 perkara 1 ada menyebut bahawa 'Orang Melayu Bumiputera' layak untuk menjadi ahli UMNO dan ini juga jelas terbukti bahawa calon daripada UMNO itu adalah Islam dan yang bukan Islam atau bukan Melayu pula boleh menyertai parti komponen mengikut kesesuaian serta bertanding dalam pilihanraya namun tidak mewakili UMNO.

Itu perlulah jelas dilihat bahawa UMNO pada hari ini sejak dulu lagi masih menyelusuri prinsip perjuangan dan ianya tidak akan berganjak atau terpesong.

Jauh beza dengan PAS pada ketika ini yang akan bertukar tukar pendirian demi untuk memiliki kuasa, pangkat serta jawatan, jadi dimana yang boleh dikatakan bahawa PAS mampu untuk menggantikan UMNO?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JELAS PIHAK PAKATAN SUKA DENGAN PERHIMPUNAN

Satu perhimpunan diadakan selepas solat jumaat semalam untuk memohon campurtangan Sultan dalam isu pengambil alihan syarikat bekalan air Selangor atau SYABAS.

Himpunan itu sebenarnya dengan jelas telah menunjukkan bahawa pihak Pakatan Rakyat sebenarnya memang suka dengan perhimpunan namun ianya tidak sekali kali membantu rakyat di negeri Selangor.

Saham dalam SYABAS sebenarnya memang dimiliki oleh kerajaan negeri namun kerajaan negeri Selangor masih mahu menjadikannya sebagai isu politik dan kini cuba mengheret Baginda Sultan dalam kes tersebut.

Kita telah melihat, banyak kali baginda Sultan dihina serta dicaci oleh puak Pakatan dan kini mereka pergi untuk meminta Tuanku Sultan agar campur tangan?

SYABAS sebenarnya telah melakukan tugas dengan baik dan penuh dedikasi sepanjang Barisan Nasional memerintah di negeri itu, namun beberapa kejadian telah berlaku semasa pemerintahan Pakatan yang dilihat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada syarikat tersebut.

Sebagai contoh, isu loji penyimpanan air Langat 2 telah mendapat tentangan hebat dari kerajaan negeri tersebut sedangkan ianya adalah untuk rakyat jelata.

Adakah perkara sebegini mereka perlu mengheret sekali baginda Sultan?

Nampaknya AMK serta pakatan rakyat Selangor tidak tau mengendalikan permasalahan yang timbul hingga menyusahkan banyak pihak.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 25 Januari 2013

RCI SILA SIASAT MANA BADRUL AMIN DAPAT KAD PENGENALAN


Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Tempat Lahir : Indonesia
No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973

Dr Badrulamin bin Bahron (‘Badrul Amin’) 611204-71-5327. adalah seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang Islam ( Islamic Law) di Universiti Malaya dan menjawat jawatan Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1984 – 1999). Beliau pernah menyertai pilihan raya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO dengan majoriti tipis.

Beliau dilahirkan di Indonesia dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai enam orang anak. Isteri keduanya seorang janda, Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.

Badrol Amin serta ayahanda beliau dapat kad pengenalan dan taraf kerakyatan selepas merdeka kalau 1978 tu, jadi apa kata kalai RCI jalankan juga siasatan terhadap beliau.






CABARAN GUAN ENG DI SAHUT OLEH AHLI DAP

Cabaran Lim Guan Eng, setiausaha agung DAP bahawa pemilihan semula CEC parti itu akan diadakan semula oleh DAP sekiranya ada ahli dari akar umbi yang memohon atau membuat laporan.

Namun laporan demi laporan dilakukan tapi masih tiada apa apa tindakan yang dilihat menjurus kearah itu sehingga kini.

Sudah terbukti bahawa DAP hanya bercakap mengikut apa yang sedap disengar tapi untuk melaksanakannya adalah amat mustahil.

Pemilihan CEC DAP yang diadakan semasa konvension parti tersebut baru baru ini melihatkan bahawa parti tersebut tiada ketelusan dalam pemilihan parti.

Jika dalam parti sudah tidak menunjukkan kebersihan dalam pemilihan, rasanya tidak perlulah parti tersebut beriya iya untuk membersihkan pilihanraya yang mereka dakwa sebagai kotor.

DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi. Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Jadi bila lagi agaknya pemilihan semula akan diadakan oleh DAP dalam menunjukkan ketelusan mereka dan silalah pastikan dalam pemilihan tersebut tidak akan ada kesilapan pengiraan undi seperti sebelumnya.





TIADA BEZA ANWAR DAN GUSDUR DALAM ISU KALIMAH ALLAH

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO
Mungkin dengan melihat video yang disertakan dalam artikel Sangkakala pada kali ini akan membuka mata dan minda kita semua tentang apa yang dilakukan oleh Anwar tentang kalimah Allah.

Adalah amat menyedihkan apabila orang Islam sanggup diperlakukan begitu hanya semata mata kerana kuasa yang diidam idamkan.

Sangkakala tidak mahu bercerita panjang dalam artikel kali ini, cukuplah dengan video diatas sebagai bukti untuk kita semua sama sama menilai dimanakah kedudukan Islam di Malaysia sekiranya Pakatan menjadi pemerintah, adakah kita akan menjadi seperti Indonesia yang mempunyai 5 agama rasmi atau kita terus diiktiraf sebagai negara Islam oleh kesatuan negara negara Islam sedunia.

Fikir fikirkanlah..

MASUK PAS JANJI SYURGA SAMA MACAM KARTUN

Satu masa dulu kecoh dengan pamplet yang menunjukkan bahawa sekiranya masuk PAS, undi PAS atau sokong PAS akan mendapat balasan syurga, tapi sekarang Sangkakala percaya bahawa ianya benar.

Tapi bukanlah syurga akhirat yang dijanjikan sekiranya ketiga tiga perkara tersebut dilakukan, namun akan mendapat syurga dunia semata mata, mana kan tidak, berapa ramai dikalangan pemimpin PAS yang kini di ampunkan oleh Nik Aziz salaupun melakukan pelbagai hal.

Beberapa insiden kita lihat dan dengar, contohnya Mat Sabu, Din Pudu dan beberapa pemimpin PKR termasuklah Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak bersalah atau berdosa setelah video beliau tersebar bersama sama seorang wanita cina dalam sebuah bilik.

Kini PAS sudah pun mempunyai permata solo iaitu Abby Abadi yang masih bergetah lagi menerobos masuk kedalam PAS hingga membuatkan pemimpin PAS ada yang terliur dengan lengang susuk tubuh beliau semasa ceramah.


Berbahagialah wahai orang orang PAS, tak dapat akhirat dunia pun boleh lah, kalau dulu situasinya berbeza dari sekarang dan kerana itu juga ramai ahli ahli PAS yang lama menyertai PAS merasakan bahawa PAS kini sebagai keldai tunggangan semata mata.








PERTELINGKAHAN PAS DENGAN ANWAR IBRAHIM

PAS hari ini mengatakan bahawa mereka tidak akan terikut ikut dengan kerenah Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah dimana Anwar secara terang terangan menyokong penggunaan perkataan tersebut oleh orang bukan Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dewan Ulama PAS yang diketuai oleh Datuk Harun Taib yang mana pernah dilihat menentang penggunaan perkataan tersebut setelah presiden serta mursyidul am PAS yang pada mulanya juga menyokong namun kemudian menukar pandangan mereka.

Ini pasti akan menjadi perbalahan nanti kerana ada juga sesetengah pemimpin PAS yang turut sama menyokong pendirian Anwar walaupun Dewan Ulama menegah.

Mungkin juga PAS terpaksa akur satu hari nanti berikutan kekurangan sokongan atau tidak mendapat tempat didalam Pakatan sepertimana sekarang dan ianya sudah biasa terjadi pada masa yang lepas lepas.

Apa yang kita dapat lihat disini ialah, Anwar selaku orang Melayu Islam juga tidak mengikut pendirian Ulama dan bagaimana seorang yang begini hendak diangkat menjadi pemimpin negara?

Pemimpin begini sememangnya langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana sanggup menggadaikan kalimah Allah hanya kerana kuasa yang dijanjikan oleh DAP kepada beliau sekiranya Pakatan dapat menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.




CHEGU BARD JADI KAMBING HITAM

Chegu Bard yang selama ini begitu kuat berusaha untuk menarik perhatian kepimpinan PKR dalam meletakkan diri beliau sebagai calon untuk pilihanraya nampaknya membuahkan hasil.

Sangkakala dapat maklumat dari seorang rakan yang agak kuat juga dalam PKR dan beliau mengatakan bahawa kepimpinan PKR bersetuju untuk meletakkan chegu bard sebagai calon dalam PRU13 nanti, bukannya calon sebagai ADUN tapi sebagai ahli Parlimen.

Tapi yang menghairankan ialah PKR tidak meletakkan beliau di Rembau untuk bertanding tapi di Sembrong, apa dah jadi ni? PKR saja nak bagi chegu bard duduk dalam peti sejuk ke?

Dulu bertanding sebagai ketua AMK kena palam dengan ahli AMK yang memilih si Shamsul pendek, sekarang ni kepimpinan pulak terus nak bagi chegu bard terkubur.

Chegu Bard dilagakan dengan Datuk Seri Hishamuddin, menteri dalam negeri yang juga merupakan naib presiden UMNO Malaysia, mampukah chegu bard memenangi hati orang Sembrong yang lebih menyayangi DS Hishamuddin?

Macam Sangkakala kata, tak letak sebagai calon nanti merajuk, jadi letakkan saja di tempat yang mampu kalah, sebab kalau letak tempat mampu menang nanti kalau kalah hilang kerusi tu pula.

Sangkakala bertanya juga kenapa Chegu Bard tidak bertanding di Rembau, rupanya dah banyak sangat masalah Chegu Bard ni di kawasan tersebut dan kalau diletakkan dia sebagai calon PKR akan lingkup disitu.

Dalam hati Sangkakala pula kata, bukan disitu je PKR akan lingkup, tapi seluruh negara.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RAFIZI BUKAN LAGI PILIHAN UTAMA

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman keatas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Lagi sekali Rafizi buat hal, sekarang tanggung la, asyik kena saman jelah pengarah strategi ni sampai Anwar pun dah nak naik meluat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 24 Januari 2013

HASIL PEMERINTAHAN DAP DI PULAU PINANG

Cuba kita lihat gambar yang ada diatas, itu adalah gambar replika tong mengisi arak yang biasanya digunakan oleh pengeluar pengeluar arak.

Gambar replika ini Sangkakala ambil semasa ke Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Haha..inilah cara pemerintahan Pakatan, yang Selangor kata dulu nak tutup kilang arak, tapi tak tutup tutup juga, di Pulau Pinang pula lebih hebat lagi bila replika sebegitu diletakkan di tengah tengah persimpangan.

Tapi kenapa PAS tidak berani untuk memberi teguran supaya replika itu diturunkan atau dimusnahkan?

Mungkin PAS malu nak tegur DAP dalam hal sebegini, maklumlah, kalau ditegur nanti jadi lain pulak, silap2 keluar dari pakatan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HUSAM MUSA BUAT LAWAK APA PULAK NI

Kerana permintaan yang tidak dilayan oleh kerajaan pusat, kerajaan Kelantan hari ini sudah dilihat seperti keanak anakan.

Mana tidaknya, Husam Musa hari ini berkata sekiranya terdapat minyak di daratan maka kerajaan pusat tidak mempunyai hak ke atas rizab minyak tersebut.

Ini berikutan kenyataan kerajaan pusat bahawa royalti yang dituntut oleh kerajaan Kelantan adalah tidak munasabah kerana rizab minyak yang ada kini tidak berada didalam kawasan perairan milik negeri tetapi ianya berada di kawasan perairan negara.

Dah macam ugut mengugut pulak Husam dalam kes ni, kalau benar ada kawasan simpanan atau rizab minyak di daratan seperti didakwa, buat saja lah, tak perlu lah keluarkan kenyataan macam tu.

Kenyataan tu Sangkakala lihat seolah olah kerajaan negeri terdesak sangat nakkan royalti minyak walaupun kerajaan pusat telah memberikan wang saguhati kepada kerajaan negeri.

Jadi kerajaan Kelantan janganlah tamak dan politikkan isu minyak ni sebab kerajaan negeri selama ini juga tahu akan prosedur royalti tersebut.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SULTAN SELANGOR DIKUTUK LAGI SEKALI

Memang sial la cybertrooper puak pakatan haram jadah ni, tak habis habis nak timbulkan kontroversi, lepas satu, satu lagi yang dibuat oleh mereka yang terlalu taksub.

Malam ni Sangkakala terlihat mangkuk yang ada akaun twitter seperti gambar diatas sekali lagi menjadikan Sultan Selangor sebagai sasaran.

Dengan mengatakan bahawa Baginda Sultan bodoh dan sebagainya, jelas menunjukkan betapa biadapnya mereka terhadap institusi raja di dalam Negara ini.

Adakah ini contoh terbaik untuk mereka terus menerajui negeri Selangor? Apakah rakyat Selangor masih mahu berdiam diri apabila perkara sebegini terjadi?

Sesuatu perlu dilakukan, jangan hanya asyik membuat laporan kepada pihak berkuasa, kerana kita juga penuh dengan kuasa iaitu kuasa mengundi yang mampu melempar puak Pakatan ini keluar dari negeri Selangor.

Ayuh bangkit dan kita nyahkan mereka dalam PRU13 nanti.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HADI AWANG MARAH PADA PERWAKILAN HIMPUNAN MUKTAMAR PAS

Aduhh..apa dah jadi ni? Ini semua sebab perwakilan muktamar PAS le sampai Hadi Awang jadi langsung tak popular sebagai pemimpin.

Dalam muktamar PAS yang lepas ada perwakilan membuat usul supaya Hadi Awang dipilih atau dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Tapi bila dilihat dalam kaji selidik oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) jelas menunjukkan bahawa Hadi adalah Presiden Parti yang tidak popular jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Jadi macam mana Hadi Awang nak jadi Perdanan Menteri kalau beliau sendiri tidak popular dikalangan rakyat?

Mimpi je lah Hadi nampak gayanya, nanti mesti pengikut PAS kata kaji selidik tu tipu dan Anwar juga menipu dalam kaji selidik tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 23 Januari 2013

MAMPUKAH PAKATAN BUAT PERKARA SAMA

Semua orang terutamanya ahli politik tertunggu tunggu dengan kenyataan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri, tidak kira dari pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang.

Namun adakah penantian itu merupakan satu penantian untuk menjalankan tanggungjawab atau untuk melepaskan dendam amarah bagi Pembangkang?

Selama puluhan tahun, kerajaan Barisan Nasional memerintah tanah air, segala keperluan dan kemudahan disediakan, namun ianya seolah olah masih tidak mencukupi bagi segelintir rakyat yang menyokong Pakatan pembangkang.

Cuba kita renungkan kembali dizaman awal kemerdekaan dulu, kerajaan ini telah bertungkus lumus siang dan malam untuk membangunkan negara demi keselesaan rakyat jelata.

Kita dapat melihat kemajuan demi kemajuan kita kecapi sepanjang tempoh bermula dari kita mencapai kemerdekaan, hinggalah kini, pembangunan pesat yang penuh dengan keceriaan, adakah ini kita mahu sia siakan?

Apakah perjuangan nenek moyang kita dulu yang bergadai nyawa jiwa dan raga akan kita lupakan dan tinggalkan ianya di dalam lipatan sejarah cuma?

Warga Malaysia hari ini telah diberikan nasib yang amat baik oleh pejuang terdahulu serta kerajaan yang ada sekarang, tapi kita juga harus ingat adakah nasib generasi kita yang akan datang akan bertambah baik atau menjadi bertambah buruk sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ini semua perlu kita kaji, kerana kuasa penentu masa depan anak cucu kita ada ditangan kita pada hari ini, kerajaan yang ada pada ketika ini dengan penuh semangat dan penuh rasa tanggungjawab memacu ekonomi serta kemajuan demi untuk masa depan anak cucu kita, dan oleh itu kita semua harus ingat sekiranya kita mengubah haluan ini kemungkinan besar, nasib anak cucu kita akan menjadi lebih teruk dari kita dan kemajuan ini akan terhenti hanya disini.

Bagi para pengundi, fikirkanlah nasib anak cucu kita, janganlah dibalikkan nasib mereka seperti nasib nenek moyang kita, jangan biarkan mereka bergadai nyawa untuk mempertahankan semula negara kerana kesilapan kita.

Ingatlah, hanya sekeping kertas yang akan menjadi penentu dimana kita dan siapa kita di bumi bertuah ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BARISAN NASIONAL MUAR SUDAH BERSEDIA

Beberapa minggu terakhir menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, hampir semua parti-parti politik yang bakal bertanding kini memperkemas jentera pada tahap tertinggi.

Antara aspek paling penting dalam proses kesiapsiagaan ini ialah membuka bilik gerakan di setiap pusat daerah mengundi di kawasan parlimen.

Bagi jentera Barisan Nasional, BN Parlimen Muar P.146, proses perubahan yang dialami pasca tsunami politik 2008 dijelmakan dalam gerak kerja menuju PRU-13.

BN Muar tidak membuka bilik gerakan sebaliknya mendirikan khemah gerakan di semua 33 pusat daerah mengundi dalam kawasan P.146.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, ada dua falsafah tersirat di sebalik pendekatan itu.

"Pertama, langkah ini bertujuan mewujudkan keseragaman gerak kerja kami menuju PRU-13," kata Razali kepada Astro AWANI.

Beliau antara lain mengakui, jentera pilihan raya BN lazimnya tidak beroperasi seawal ini dalam proses demokrasi sebelum ini.

"Falsafah kedua di sebalik pendekatan khemah gerakan ini ialah wujudnya semangat bekerja dan ada rasa tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan anggota parti," ujar anak jati Muar itu.

Pada masa yang sama, ia cerminan perubahan yang ditekankan oleh BN agar tidak lagi dibayangi citra atau imej elit di tengah-tengah medan politik tanahair yang sedang berubah.

BN Muar antara yang terawal menggerakkan jentera untuk medan tempur politik yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

P.146 mengandungi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Maharani dan Sungai Balang melibatkan keseluruhan lebih 41,000 pengundi berdaftar.

Pada PRU 2008, Razali yang merupakan penyandang sejak 2004 mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,661 undi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KECOH DENGAN AMUKAN IBU TUNGGAL

Kerajaan Selangor hari ini gagal mengenepikan saman yang di buat oleh persatuan ibu tunggal tentang bantuan yang dijanjikan dalam menifesto Pakatan di Selangor.

Mesti Khalid Ibrahim kini pening kepala sebab selama ini beliau menyangkakan dan pernah mengatakan bahawa menifesto bukan satu janji.

Beliau juga seolah olah mencabar ibu ibu tunggal di negeri itu seolah olah mereka ini tidak mempunyai harga diri dan boleh dipermain mainkan setiap masa.

Kali ini percaturan Khalid Ibrahim tersilap langkah apabila persatuan ibu tunggal negeri itu dengan lantang bangkit menuntut hak mereka seperti yang dijanjikan.

Mana mau lari Khalid, bertambah gagap le nampak gayanya kali ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAGI KOMEN LABUN CIKGU LIN PEMERHATI POLITIK

Ni lagi komen Labun dari cikgu Lin.

Kata Sangkakala api dalam sekam? Rasanya untuk orang UMNO yang tak betul jalannya memang Sangkakala ni api dalam sekam sebab akan dibongkar kepincangan depa satu persatu.

Pasal pemerhati politik tu Sangkakala tanya siapa yang bagi tittle tu pada cikgu Lin? Adakah tittle tu sendiri letak?

Macam Sangkakala kata semalam, bawa je lah facebooker cikgu yang ada tu makan makan di rumah MB Perak, lepas tu claim kata depa ni semua cybertrooper BN yang cikgu kumpul dari seluruh negeri walaupun kebanyakkannya tangkap muat.

Mana tau kot kot esok boleh jadi pegawai khas multimedia kepada MB pulak.

Lagi satu cikgu, jangan le masuk campur dengan bahagian orang lain kalau tak tau punca sampai suruh AJK bahagian Muhasabah diri.

Muhasabah diri sendiri sebelum suruh orang lain, Sangkakala tak nampak pun cikgu berjuang dalam media sosial sebagai penyokong BN melainkan buat program jumpa pemimpin pemimpin UMNO je.

Cuba baca 'LABUN' cikgu Lin dibawah ni

Cikgu Lin telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " KIPAS JANGAN TAK KIPAS CIKGU LIN " anda:

Kikikikikikiki.

1. Mungkin anda terlepas pandang.
Sila rujuk balik Ulasan saya.

Petikannya:
Jadi, kepada AJK Bahagian yang tak berpuashati ... muhasabah dirilah dan kita yang tak tau hujung pangkal ni ... elok diam aje.

2. Mengenai anda dah mendiamkan diri "SETELAH MEMBAKAR" ... apinya umpama "DALAM SEKAM".

3. Teman pun HANYA ORANG UMNO aje ... AJK Biro Cawangan pun tak ada @ TAK MANDANG ... jadi kerja Kipas Mengipas ni ... bukan korje teman ... buat penat ajer.

Jadi, disebabkan dah nak dekat dengan PRU, eloklah dielakkan KOMEN MELAGAKAN ORANG ni. Udah ler tu.

Lepas ni ... mike nak komen apa pun komen ler ... tapi teman nak berkhabor lagi sekali ... MEMANG TEMAN PEMERHATI POLITIK ... itu sebabnya teman boleh komen tentang Parlimen/Bahagian yang mike tuliskan tu ... walaupun tak diberitahu kerana bukan banyak kes ni berlakunya di seluruh Malaysia.

Lepas ni ... komenlah anda sebanyak mana sekalipun ... teman dah tak kesah tapi malu ler miker .... teman ni HANYA BLOGGER MARHAIN ... lai ler mike ...

Salam.

Kesian pulak Sangkakala dengar cikgu Lin takde tempat bergantung dalam bahagian, cari le tempat berteduh cikgu, kipas mana yang mampu insyaallah akan berjaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENGIKUT PAS DAH MARAH TAPI HADI MASIH SENYUM

Kita lihat sekarang ramai dikalangan ahli ahli PAS dah mula marah dengan kenyataan kenyataan kontroversi yang dibuat oleh DAP, bermula dengan Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunapakai oleh orang bukan Silam hinggalah ke hari ini Karpal Singh pula minta ketetapan Majlis Syura PAS tentang kalimah tersebut dikaji semula.

Namun apa tindakan yang diambil oleh PAS ekoran kemarahan ahli serta pengikut pengikut mereka ini? Hadi masih mampu tersenyum lebar memikirkan jawatan yang bakal diperolehi sekiranya Pakatan memerintah.

Ayat yang keluar dari mulut Presiden serta Mursyidul Am PAS juga dilihat sebagai satu sandiwara semasa yang tidak ubah menutup bayang dengan bayang.

Ahli PAS masih lagi mengharap agar pemimpin mereka berani menyuarakan segala apa yang dilihat akan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia, namun hingga kini PAS masih tidak mampu untuk berbuat demikian.

Mungkin kerana takut akan kehilangan kuasa dan kedudukan maka kepimpinan PAS hari ini mengambil jalan mendiamkan diri, bagi mereka mungkin menggadaikan agama kerana kuasa adalah sesuatu yang bukan luar biasa agaknya.

Ingatlah laknat dari Allah wahai pemimpin PAS, mengaku alim ulama sampai diangkat sebagai tuan guru dan ustaz, namun mengecewakan bila tentang mempertahankan cuma satu kalimah iaitu kalimah ALLAH...

KIPAS JANGAN TAK KIPAS CIKGU LIN

sedapnye cikgu lin makan,pemerhati politik le katakan


Hairan sungguh la Sangkakala bila ada yang bagi komen dan mengatakan bahawa beliau adalah pemerhati politik. Sejak bila dilantik sebagai pemerhati tu? Atau melantik diri sendiri sebagai pemerhati?

Komen dibawah dihantar oleh orang yang menggelarkan nama beliau sebagai Labun Cikgu Lin dan beliau mungkin minta Sangkakala diam sebab dia kata tak tau apa apa.

Kita baca dulu komen Cikgu ni dalam artikel Sangkakala

<KLIK>  untuk link artikel

Cikgu Lin berkata... 

Saudara Saangkakalajari9.

Saya tau Bahagian mana dan siapa yang anda maksudkan.

Sebagai Pemerhati Politik Tempatan, saya berkesempatan meninjau ke Parlimen Berkenaan sebelum ini malah kami berkesempatan berkursus bersama (Seluruh Cawangan)dan tindakan Ketua Bahagian ini AMAT WAJAR .... saya tak boleh nak ulas di sini sebabnya ... nama lagi "WAR ROOM" ... terlalu sulit untuk dibincangkan.

Jadi, kepada AJK Bahagian yang tak berpuashati ... muhasabah dirilah dan kita yang tak tau hujung pangkal ni ... elok diam aje.

Sekian. TQ

Selasa, 22 Januari 2013

KALAU TAK BOLEH MEMBALAS BUDI CUBALAH MENGENANG BUDI

Apa perasaan pakcik ni bila dia ambil duit bantuan persekolahan dengan memakai banju PAS Ganti UMNO tu ye? Takkan sikit perasaan malu pun takde kot.

Tak ke dikata orang yang duduk di sekeliling beliau bahawa pakcik ni tak tau malu atau tak mengenang budi?

Sangkakala tengok kak yang di belakang tu gelak, mungkin dia merasa agak lucu dengan sikap pakcik sorang ni.

Kalau dah senja untuk membalas budi, belajarlah mengenang budi pakcik, duit tu kalau Pakatan memerintah takkan rasa dah rasanya, setakat janji boleh le pakatan bagi.