Ahad, 25 Ogos 2013

@NajibRazak WAYTHAMOORTY ELOK DIPECAT DARI JAWATAN MENTERI

Bila terdengar baru baru ni si Waytha Moorty yang dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri seolah olah membela kematian beberapa orang penjenayah dari kalangan kaum india, rasa macam ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kebaikan beliau sebelum ini menyokong Barisan Nasional.


Sangkakala rasa macam dia ni nak jawatan tersebut semata mata untuk membela penjenayah yang bakal diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Macam kes jutawan kosmetik yang dibunuh kejam oleh beberapa orang India dulu, Waytha tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dalam kes tersebut seolah olah ianya perkara biasa dan mungkin juga atas sebab yang dibunuh itu adalah orang Melayu dan jika ianya berlaku sebaliknya pula ada kemungkinan dia nniakan keluarkan kenyataan sama macam yany dilakukan apabila pihak polis menembak mati 4 orang penjenayah baru baru ini.


Kenapa seorang yang bertaraf menteri tidak peka dengan keadaan ini? Dengan menunjukkan sikap menyebelahi penjenayah, Sangkakala rasa adalah amat tidak layak Waytha Moorty dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



#HariKoperasi13 TAMBAH PENDAPATAN MELALUI KOPERASI

Sudah tentu pembaca blog tertanya-tanya kenapa 2,3 hari ni asyik mempromosi Hari Koperasi Negara. Sebabnya Mc percaya ramai diantara kita tak tahu pun apa itu 'Koperasi'. Sedangkan kita di pupuk mengenali koperasi ni sejak dari sekolah lagi.

Tidak kah anda mahu tahu apa fungsi koperasi sebenarnya, bagaimana ia ditubuhkan dan bagaimana gerakan koperasi di Malaysia, malah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menyertai gerakan koperasi ni.

Baca dalam pautan dibawah untuk maklumat lebih lanjut...

http://bit.ly/18cV23U



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH KETUA UMNO BAHAGIAN MUAR UMUM UNDUR DIRI !!! BERI LALUAN PADA ORANG MUDA

MUAR, 25 Ogos (Bernama) --- Ketua Umno bahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah mengumumkan pengunduran diri dari pimpinan bahagian bagi memberi peluang kepada pelapis muda memimpin bahagian itu. Mengumumkan perkara itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang menghadiri

majlis rumah terbuka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Seri Menanti, di sini, malam tadi, Mohd Ismail mencadangkan Razali sebagai penggantinya.

Menurut Mohd Ismail, beliau bersedia untuk memberikan pandangan membina dalam membantu Razali yang dianggap sebagai adiknya sendiri sekiranya Anggota

Parlimen Muar itu diberi peluang memimpin bahagian berkenaan kelak. Mohd Ismail, 55, yang memimpin bahagian berkenaan bermula daripada Ketua Pemuda Umno sejak 23 tahun lepas berkata beliau mahu semua anggota Umno di bahagian tersebut menyokong penuh Razali pada pemilihan parti itu November depan.

Sementara itu, Razali yang terkejut dengan pengumuman tersebut dalam ucapannya menyifatkan Mohd Ismail sebagai seorang lagi pemimpin Johor yang sanggup melepaskan jawatan ketika berada di puncak.

"Beliau mengikut jejak langkah pemimpin sebelum ini termasuk Allahyarham Tun Dr Ismail, Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam yang meletak jawatan ketika berada di puncak," katanya. Razali berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.

Ini adalah ciri ciri kepimpinan yang kita amat perlukan pada ketika ini dimana Dato' Mohd Ismail mengerti dan faham bahawa hari ini orang muda perlu diberi peluang untuk menjadi pemimpin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#HariKoperasi13 SERUAN DARI USTAZ KAZIM !!! KITA PERLU BERSATU

Betul apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim, kalau kita tak bersatu, jangan harap kita nak kuat. Kalau tak mampu nak buat secara besar-besaran. Buat secara kecil-kecilan dulu.

Bila dah biasa dengan system koperasi ni, kita buat secara besar-besar, baru boleh bantu ramai orang.

Itu kata kata ustaz Kazim dalam ceramah beliau sempena hari koperasi negara di Kedah, ikuti video ceramah ustaz kazim dalam pautan dibawah

http://bit.ly/15mgLsk



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak BAKAL DIPERMAINKAN SEKALI LAGI ??? KALI KE BERAPA AGAKNYA ???

Sangkakala teringat dengan satu cerita lama dalam tahun 2011 yang masa sebuah konvension telah diadakan di PWTC yang mana ianya dikatakan telah mengumpulkan sejumlah besar penggiat media yang akan membantu UMNO/BN untuk menjawab tohmahan dan mengeluarkan segala fakta tentang kerajaan dalam menghadapi pilihanraya.

Tapi apa sebenarnya yang berlaku ialah konvensyen media sosial ini hanyalah untuk menampakkan seolah olah penganjur telah mendapat sokongan pengamal media sosial seluruh negara.

Tujuan sebenar konvension ini adalah untuk mendapatkan peruntukan dalam nilai jutaan ringgit tapi pada akhirnya gerak kerja hampas tidak tersusun dan hancur.

Dalam tahun 2012 pula, seluruh negara telah digegarkan dengan konvension seperti ini dan himpunan himpunan telah dilakukan di setiap negeri, tapi keputusan yang diterima tetap sama tidak berubah.

Tak lama lagi akan diadakan lagi sekali himpunan media ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terkena sekali lagi sebagaimana orang cina Pulau Pinang dan Klang menipu beliau serta pemimpin Barisan Nasional.

Kehadiran org cina untuk PSY contohnya, hampir 100 ribu orang di Pulau Pinang dan di Klang pula hampir 60 ribu orang hadir, berjuta juta ringgit dikeluarkan namun akhirnya ditipu secara sia sia.

Persoalannya, sampai bilakah Datuk Seri Najib dan pemimpin negara akan diperbodohkan berulang kali?

Gerakan siber bukan diukur dengan himpunan himpunan seperti ini tapi melalui gerak kerja tersusun yang selalunya tidak berbunyi pun.

Kita harus belajar la sikit dari Red Bean Army, tak perlu himpun himpun, tak perlu panggil ramai ramai, tau tau Barisan Nasional sudah pun termakan jerat.

Bagi Sangkakala, orang yang berniat untuk mengadakan himpunan himpunan ini lebih baik lakukan secara ikhlas, demi untuk menguatkan Barisan Nasional, dan jika ianya dibuat begitu, isnyaallah kita akan berjaya, tapi apa yang Sangkakala dapat lihat, ianya kini tidak lebih dari untuk mendapat bajet dan peruntukan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#HariKoperasi13 GAMBAR GAMBAR MENARIK SEPANJANG PROGRAM HARI KOPERASI NEGARA DI NEGERI KEDAH

Gambar-gambar menarik untuk tatapan pembaca blog di Hari Koperasi Negara. Bagi yang jauh dan tak dapat datang tentunya mahu melihat apa sebenarnya yang ada di Hari Koperasi ni. Betul?

Lihat lebih banyak gambar menarik dalam pautan di bawah...

http://bit.ly/172ansK




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

XPDC BUAT KECOH DI KEDAH #HariKoperasi13

Hari Koperasi Negara di gegarkan lagi dengan nyanyian ala konsert dari kumpulan XPDC yang menghiburkan rakyat Kedah di Jitra ini.

Ternyata lebih 10 ribu pengunjung datang ke tapak pameran. Sambil berkunjung ke booth koperasi pengunjung di hiburkan dengan persembahan artis.

Lagi berita lanjut dalam pautan dibawah...

http://bit.ly/16wcy1t



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERASMIAN HARI KOPERASI NEGARA MERIAH

Semalam telah berlangsungnya perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra Kedah oleh Tan Sri Muhyidin Yassin, bersama MB Kedah Dato Paduka Mukhriz dan Menteri KPDNKK Datuk Hassan Malik.

Ikuti gambar gambar menarik sepanjang acara perasmian tersebut dalam pautan dibawah...

http://bit.ly/17bO6Hh



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 24 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KEPIMPINAN BAHAGIAN BATU PERLUKAN PEMBAHARUAN

Bahang pemilihan UMNO makin terasa dan ianya semakin hampir, banyak kawasan telah melihatkan akan ada persaingan sengit diantara ketua sedia ada dan juga pencabar yang menjelang tiba.

Bahagian Batu tidak terlepas dari semua ini dan perkhabaran yang didengari ialah, ada yang akan mencabar Ketua UMNO Bahagian Batu yang kini disandang oleh Datuk Yahya Mat Ghani.

Bagi Sangkakala ini adalah amat sihat dan Datuk Yahya atau lebih dikenali dengan nama jolokan Tok Abas perlu ditandingi oleh seseorang demi untuk meneruskan perjalanan UMNO bahagian Batu.

Sangkakala sebenarnya bukan apa, ada sedikit rasa terkilan apabila ada dikalangan ahli yang tidak tahu bahawa cawangan yang diketuai oleh Tok Abas sendiri tidak mengetahui bahawa mesyuarat cawangan tersebut telahpun berlangsung.

Kenapa boleh jadi macam tu? Ada muslihat disebalik semua ini? Atau Tok Abas sememangnya gagal untuk mentadbir cawangan Taman Koperasi Polis 2?

Jika sebuah cawangan pun Tok Abas gagal untuk uruskan mana mungkin lagi beliau mampu untuk menguruskan sebuah bahagian dan ianya terbukti dalam pilihanraya baru baru ini.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dari PKR mendapat undi melebihi jangkauan sebelum ini dan ini membuktikan bahawa Tok Abas gagal untuk memberikan saingan kepada pembangkang.

Memang betul, kerusi di parlimen Batu bukan milik UMNO tetapi ianya dimiliki oleh komponen cuma sebagai pengerusi Barisan Nasional parlimen Batu beliau juga bertanggungjawab dengan keadaan itu.

Sangkakala akan menulis dari semasa ke semasa tentang kepincangan UMNO di Bahagian Batu supaya rakyat serta pemimpin UMNO peringkat atasan tahu apa yang berlaku dan perkara tersebut perlu diambil perhatian serta tindakan sewajarnya agar UMNO bahagian Batu akan lebih kukuh dimasa akan datang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARI KOPERASI NEGARA DI NEGERI KEDAH

Semalam telah bermula sambutan hari koperasi negara yang diadakan di negeri Kedah.

Sangkakala dengar macam macam acara juga diadakan disana dari semalam hingga esok.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik pautan di bawah dan pembaca semua boleh mendapat maklumat.

http://bit.ly/17RGXKk




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@Khairykj LAYAK ATAU TIDAK PERWAKILAN YANG TENTUKAN !!! YANG RISAU SANGAT TU KENAPA ???


Sangkakala dah nampak sekarang ni dah ada gerakan yang mula risau dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Perak yang menawarkan diri untuk beryanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tak berapa lama lagi ni.

Ada laman laman blog yang Sangkakala tengok dah mula menyerang peribadi dengan mengaitkan harta kekayaan dan sebagainya.

Kemudian ada pulak yang kata beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut, betul ke begitu? Atau diminta untuk menulis sebegitu? Dan dalam blog tu jga ada tertulis mengatakan bahawa akan ada pendedahan lagi tentang Azwan, Sangkakala rasa kalau kita tak kenal baik le jangan nak buat fitnah yang bukan bukan sebab nanti diri sendiri yang dapat malu.

Sangkakala berani cakap sebab Sangkakala kenal dan Azwan ni satu negeri dengan Sangkakala jadi kenal sangat dengan cara pergaulan beliau.

Tapi itulah lumrah pertandingan cuma ada yang bersih dan ada yang kurang bersih dan si Ketua Pemuda UMNO negeri Perak ni pulaj lebih suka kepada peryandingan yang bersih, tidak mahu menyerang mana mana calon lain walaupun beliau mempunyai kemampuan untuk mengupah mana mana blogger.

Cuma apa yang Sangkakala tau baru baru ni Azwan atau lebih disenangi dengan panggilan Azwan bro telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya ada kesilapan dalam bentuk penulisan.

Sangkakala nak tengok juga siapa nanti yang terpaksa bayar dengan nilai yang tidak berbaloi dari apa yang diperolehi sekarang. 

Sangkakala ada buat beberapa risikan dan dalam itu Sangkakala telah mendapat beberapa bukti pengenalan tentang siapa yang mengupah blogger blogger ini untuk mengeluarkan beberapa kenyataan memburuk burukkan Azwan.

Tapi kita tunggu je lah, kalau afa kesilapan nanti baru le kita ke tengah kan bukti bukti tersebut.

Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak KENAPA JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA PERLU DIPERTANDINGKAN !!!


Pemuda UMNO Malaysia telah mengatakan bahawa jawatan ketua pemuda perlu dikekalkan kepada penyandangnya hari ini iaitu  YB saudara Khairy Jamaluddin dan tidak dinafikan bahawa Khairy memanh dilihat layak untuk memeganh jawayan tersebut.

Tapi Sangkakala terfikir sebentar tadi, jika jawatan tersebut tidak dipertandingkan, masih mampukah saudara Khairy membawa pemuda seperti mana yang dilakukan sebelum ini? 

Bukanlah niat Sangkakala untuk menidakkan jasa Khairy, tetapi apa yang Sangkakala cuba sampaikan disini ialah, Khairy kini seorang menteri dan dalam keadaan sekarang, pemuda perlu dilihat lebih lantang untuk melontarkan hasrat dari akar umbi pemuda tambahan pula dalam melawan permintaan dan perlakuan tidak masuk akal pembangkang.

Jika dulu sebelum menjawat jawatan menteri, Khairy mampu untuk membawa pemuda melakukan perkara perkara demi untuk kedaulatan dan mempertahankan negara tetapi kini apabila menjawat jawatan menteri, perkara perkara sepertiitu perlu dielakkan untuk menjaga imej kementerian yang di bawa oleh beliau kini.

Pemuda sebenarnya memerlukan seorangbpemimpin yang bukan dikalangan menteri demi untuk membawa kepada perubahan kepada pergerakan tersebut dan sekali lagi Sangkakala nyata kan disini bahawa apa yang dilakukan oleh YB Khairy sepanjang menjawat jawatan ketua pemuda UMNO Malaysia yang bukan bertaraf menteri dilihat lebih praktikal.

Seperti contoh, YB Khairy pernah membawa para pemuda untuk tirin ke demonstrasi Patriot demi untuk menunjukkan bahawa masih ada pemuda yang tidak suka himpunan BERSIH diadakan dan ianya dilihat berjaya dan berkesan dan apabila beliau menjawat jawatan sebagai Menteri kini, maka beliau perlu untuk menjaga imej kementerian yang diketuai oleh beliau.

Walau apa pun Sangkakala masih menerima keputusan dari akar umbi pemuda kerana ini adalah mengikut apa yang Sangkakala fikir dan lihat pada masa ini dan keperluan pemuda pada masa kini secara amnya.

Keputusan perwakilan pemuda untuk memilih siapa ketua adalah penting demi untuk kesinambungan pergerakan pemuda itu sendiri.



@NajibRazak NEDIM NAZRI MASIH DI KEMENTERIAN ??? BUAT LE LAGI !!!

Lama tak dengar kisah anak chip Nazri Aziz si Nedim, dengar kata balik je dari perjalanan ke Bali tempoh hari Nora Danish pulak keluarkan kenyataan kononnya dia lebih tau pasal Nedim.

Memang le tau, luar dalam semua tau, kalau tak tau, maknanya Nedim dah gagal dalam hubungan dengan artis bergelar ibu tunggal yang hanya mencari anak anak menteri untuk diselidik luar dan dalamnya.

Sangkakala belum lagi nak cerita pasla artis ni, cuma nak tanya sikit pasal si Nedim, kalau nak diikutkan kata Perdana Menteri, seseorang menteri layak untuk melantik kaum keluarga sebagai pegawai tetapi bukan dalam kementerian yang diwakili oleh mereka.

Ini bermakna daripada apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri itu ialah melantik sanak saudara sebagai pegawai untuk menjaga politik di kawasan serta tidak dibayar oleh kerajaan.

Memang la ayatnya sebegitu, tapi agak pelik juga kan, Sangkakala pun tau juga la sikit sikit sebab ada le kawan kawan juga menjawat jawatan pegawai khas di kementerian dan ada juga di kawasan.

Yang di kementerian dan menerima gaji dari kerajaan memang nama mereka dalam senarai sebagai kakitangan dan mereka diberikan dengan sebuah bilik pejabat untuk mereka menjalankan tugas tugas harian.

Dan pegawai khas di kawasan kawasan pula, mereka ini tidak dibayar oleh kerajaan dan semua elaun atau apa apa juga bayaran untuk mereka akan dibuat sendiri oleh menteri tersebut dan nama mereka tidak terpampang dalam laman web RASMI kementerian kerana mereka bukan kakitangan kementerian.

Jadi disini ada sedikit kekeliruan, sebab mengikut sumber yang Sangkakala perolehi, anak Datuk Seri Nazri juga diberikan sebuah bilik khas, agaknya untuk membahagi bahagikan apa juga projek dalam kementerian kot, jadi boleh dapat sikit pendapatan yang agak BESAR dari gaji seorang pegawai khas.

Disini Sangkakala nak pesan sikit la, walaupun anda bertaraf menteri, jangan la sampai nak perbodohkan rakyat dibawah, nanti orang marah sebab rakyat juga ada otak untuk berfikir.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak WAJAH CERIA PERWIRA YANG LAYAK DAPAT PINGAT

Inilah wajah wajah perwira yang telah berjuang untuk memperjuangkan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang orang bukan islam dalam semua bahan cetakan mereka yang berbahasa Melayu.


Sembilan orang peguam ini semalam telah berhujah dalam usaha pihak bukan islam yang membuat rayuan agar penggunaan kalimah Allah juga diberikan kepada mereka.

Ini adalah pejuang Islam yang Sangkakala rasa patut diberikan pingat, tidak kitlra apa juga bentuk kerana perjuangan mereka telah menidakkan penggunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada kesemua peguam ini kerana hujah hujah mereka yang amat membanggakan sehingga pihak mahkamah telah mengenepikan usul yang dilakukan oleh pihak lawan.

Dalam pada itu juga, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim juga telah hadir sama untuk mendengar prosiding mahkamah tentang isu tersebut.


Dato' Razali yang ditemuramah oleh wartawan mengatakan bahawa kehadiran beliau semalam hanyalah sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai orang Islam dan beliau merasa terpanggil untuk turut sama hadir.

Beliau juga mengatakan bahawa agama Islam telah disebut sebagai agama persekutuan diawal perlembagaan negera iaitu di perkara 3 dan sepatutnya isu kalimah Allah ini tidak perlu diperdebatkan hingga dibawa ke dalam mahkamah.

Bagi Sangkakala pula, orang bukan Islam sepatutnya menghormati orang Islam dalam isu penggunaan kalimah allah ini memandangkan kita semua hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan peguam yang mewakili kerajaan dalam isu kalimah Allah ini di mahkamah.



#SaveSelangor KHALID GAGAP TIDUR LAGI !!! KHAAK TUIHH !!!


Hahaha..Khalid Gagap nampaknya tidur lagi kali ni atau dia cuba nak tidurkan rakyat Selangor yang nampak gayanya amat mudah dibohongi oleh pakatan pembangkang dengan mengeluarkan cerita cerita indah tetapi ternyata tipu.

Pakatan pembangkang di Selangor mengatakan bahawa selama mereka memerintah negwri itu, banyak pelaburan yang dibawa masuk dan ianya menguntungkan kerajaan negeri dari segi pelaburan.

Tapi sejauh mana kebenaran cerita tersebut? Adakah ianya benar atau mereka cuba membohongi rakyat Selangor yang tidak menampakkan kepincangan akibat disorok oleh pakatan pembangkang yang memerintah Selangor kini?

Kita lihat unjuran pelaburan yang diperolehi oleh negeri Selangor yang menjadi negeri terkaya di Malaysia ini.


Cuba lihat unjuran diatas, ternyata dalam bulan Januari hingga May tahun 2012 berjumlah lebih dari 11 billion pendapatan melalui pelaburan yang dilakukan oleh pelabur di negeri tersebut tetapi dalam tempoh yang sama tahun 2013 hanya 1 billion dicatatkan dan penurunan ini adalah sebanyak 86%.

Adakah ini dinamakan sebagai peningkatan keuntungan atau pengurangan keuntungan akibat dari ketidak yakinan pelabur untuk melabur di negeri Selangor dan apa yang akan jadi pada negeri Selangor sekiranya perkara ini berlanjutan?

Khalid Gagap perlu jawab semua isu ini dan jangan cuba cuba untuk menipu rakyat kerana rakyat kini sudah mula sedar bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pakatan pembangkang yang tidak akan berhenti menipu mereka untuk mengaut keuntungan dari apa yang ada di negeri Selangor. 


@NajibRazak BARU JADI TIMBALAN MENTERI DAH NAK TUNJUK TARING KE ???


Baru saja dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty dah nak tunjuk hero dengan mempertikai tindakan anggota polis yang menembak mati beberapa orang penjenayah baru baru ini.

Alamak macha!!! Awak baru jadi Timbalan Menteri la, itupun sebab Perdana Menteri lantik, kalau tak lantik sudah tentu awak akan jadi orang biasa.

Satu persoalan yang Sangkakala nak tanya kan disini ialah adakah Waytha juga merupakan salah seorang dari mereka sampai nak minta Peguam Negara tubuh satu pasukan penyiasat punca kematian atau Waytha  memang bela gengster ni semua sebelum ni?

Apa kata pihak PDRM siasat latar belakang si Waytha ni dan jika beliau juga terlibay dalam kegiatan yang sama, maka jalankan tindakan penahanan atau apa juga prosiding berkenaan perkara tersebut.

Sebab kadang kadang menyampah juga bila tengok orang yang tak sedar diri ni keluarkan kenyataan.

Siapa Waytha yang nak pertikai tindakan pasukan keselamatan?

Untuk makluman P.Waytha Moorty,  pasukan polis mempunyai apa yang dinamakan sebagai standard operation procedure atau SOP untuk menangani penjenayah dan pasukan polis juga akan mengambil tindakan sekiranya keselamatan mereka tergugat.

Dah terang terang penjenayah tersebut memiliki senjata api takkan nak dibiarkan je mereka ni menembak mati pasukan polis dulu.

Kenyataan bodoh dari seorang Timbalan Menteri yang tak sedar diri dilantik oleh Perdana Menteri. 



@tengkuadnanreal DBKL JANGAN DOUBLE STANDARD !!! SELARASKAN PENGUATKUASAAN !!!

Agak mengecewakan apabila pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilihat hanya mengambil tindakan kepada peniaga melayu yang berniaga secara kecil kecilan di sekitar Kuala Lumpur berbanding dengan mereka yang berniaga secara besar besaran tetapi melanggar pertauran.


Kalau kita lihat pada gambar yang berada diatas, dapat kita lihat dimana seorang makcik ini berniaga secara kecil kecilan di stesen monorail Raja Chulan Kuala Lumpur. 

Makcik ini hanya berniaga nasi lemak dan disaman hampir setiap hari oleh penguatkuasa DBKL.

Kalau nak diikutkan, dalam gambar tersebut jelas menunjukkan yang peniaga nasi lemak ini tidak membuat sebarang kekotoran di kawasan sekitarnya tambahan pula makcik ini berniaga dari awal pagi hingga ke pukul 9 pagi. 

Atas alasan apa pihak DBKL mengeluarkan saman tersebut?  Kerana tidak mempunyai lesen perniagaan? Kenapa makcik ini tidak dibantu untuk mendapatkan lesen perniagaan atau lesen penjaja bagi membolehkan beliau berniaga untuk menyara hidup.

Kadang kadang kita juga harus memikirkan kesusahan kehidupan mereka yang berniaga di tepi tepi jalan ini dan cuba kita fikirkan jika mereka ini tidak berniaga sebegitu adakah kehidupan mereka akan lebih baik atau sebaliknya.

Dengan memberikan ruang dan peluang kepada warga negara Malaysia untuk berniaga secara kecil kecilan rasanya tidakbakan membuatkan negara ini bankrap atau mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit.

Sangkakala juga faham bahawa mereka ini perlu mengambil lesen perniagaan tetapi kita perlu juga memikirkan birokrasi di jabatan atau agensi kerajaan yang dilihat kini amat meruncing walaupun kerajaan telah menetapkan beberapa piagam untuk pelanggan mereka, namun adakah ianya dilaksanakan?

Kita juga kadang kadang perlu memikirkan bahawa adakah mereka ini tahu bagaimana cara untuk memperolehi lesen perniagaan atau lesen menjaja daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan adakah mereka diajar kearah untuk mendapatkan lesen tersebut?

Tapi berbeza pula dengan perniagaan yang agak besar seperti restoran restoran yang kadang kadang keadaan dapurnya amat teruk dan dalam keadaan kotor, ini juga perlu diambil tindakan supaya kesihatan pelanggan lebih terjamin.

Peniaga peniaga kecil ini hanya berniaga untuk menampung kehidupan mereka yang kini semakin mencabar tambahan pula di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan dengan berniaga secara sambilan sebegini, ianya akan dapat membantu kehidupan mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Menteri Wilayah, fikir fikirkan lah cara dan jalan terbaik untuk membantu mereka ini demi untuk meneruskan kehidupan.



@RosnahARS KETUA PUTERI BAHAGIAN NAFIKAN HAK AHLI UNTUK BERTANDING !!!

Ni Sangkakala nak cakap sikit la, ada pulak ketua puteri UMNO Bahagian yang seolah olah menidakkan hak ahli puteri UMNO untuk bertanding sebagai Ketua Puteri Bahagian.

Ketua puteri Bahagian ni kata ahli tersebut tak layak bertanding sebagai ketua Puteri bahagian tanpa sebab sebab yang diberitahu.

Kenapa ada lagi kes yang macam ni? Sampai kata kalau nak bertanding kena jumpa dia dulu.

Aduhh..pening pulak bila ada ketua puteri bahagian yang buat perlembagaan sendiri.

Bahagian mana dan perenggan mana dalam perlembagaan yang mengatakan kalau nak bertanding ketua puteri bahagian kena jumpa dengan ketua puteri sedia ada?

Siap suruh orang balik dan solat supaya mendapat hidayah sama ada bertanding atau tidak, dah nak ketawa pulak Sangkakala dengar benda ni.

Sangkakala nasihatkan kepada ketua puteri tersebut supaya bergerak secara sihat, sebab nanti kalau Sangkakala londehkan apa kegiatan beliau di bahagian mungkin akan menamatkan riwayat politik dia dia bahagian tersebut.

Sangkakala bukan mengugut, tapi bagi Sangkakala, orang yang cuba untuk menggunakan kuku besi begini untuk menang, rasanya tidak layak untuk menjadi pemimpin di semua peringkat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 22 Ogos 2013

@NajibRazak ISTANA KEHAKIMAN KECOH !!!

Hari ini merupakan hari untuk yang mana kita dapat melihat kekuatan Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu dan berkumpul dalam sama sama untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam kitab Bibble.

Ikuti video di bawah untuk melihat penyatuan Islam di istana kehakiman di Putrajaya.

Klik gambar di bawah untuk video....



Rabu, 21 Ogos 2013

@NajibRazak PANAS !!! SKANDAL RASUAH SUSK PERDANA MENTERI DIDEDAHKAN ??? APA KATA PM ???

Sangkakala telah dihubungi oleh sorang Dato ni yang mengatakan bahwa beliau telah ditipu oleh 2 orang lelaki yang mengatakan bahawa mereka boleh mambantu beliau dalam usaha untuk mendapat pengurangan cukai kastam.

Dua orang yang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan yang mana isteri kepada Ehsan adalah pembantu (PA) kepada salah seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Tan Sri Ab. Aziz hin Kasim.

Tapi macam biasa la, takkan buat kerja free kan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua dua lelaki ini adalah sebanyak RM 150k dan wang tersebut mengikut kata mangsa ni diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya. 

Dan semua dokumen sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua dua lelaki ini kepada mangsa.

Tapi apabila wang sudah diserahkan, mangsa masih dikehendaki oleh kastam membayar jumlah cukai yang dikenakan keatas syarikat beliau.

Apabila beliau menghubungi kedua dua lelaki ini, mereka berdolak dalik hinggalah mangsa mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Aziz Kasim dan apa yang mengecewakan ialah, Tan Sri serta dua orang lagi Setiusaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertindak untuk mengatakan bahawa mereka tidak kenal dengan dua orang lelaki tersebut.

Persoalannya, bagaimana Tan Sri serta dua orang SUSK lagi tu boleh kata tak kenal sedangkan ketiga tiga mereka menurunkan tandatangan dalam surat sokongan tersebut dan tandatangan Perdana Menteri sendiri ada dalam surat sokongan itu.

Hairan juga kan? Tan Sri Aziz Kasim kata tak kenal dengan salah seorang daripada dua lelaki tersebut yang bernama Ehsan sedangkan isteri beliau adalah pembantu khas kepada Tan Sri Aziz dan adalah mustahil jika Tan Sri tidak mengetahui langsung tentang perkara ini.

Dalam dokumen tersebut juga ada terdapat tandatangan ketiga tiga SUSK Perdana Menteri dan jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu atau tidak terlibat Sangkakala rasa bertambah pelik dengan perkara tersebut tambahan lagi ianya telah di minit oleh Perdana Menteri sendiri.

Mengikut kata mangsa, kedua dua orang lelaki yang bernama Asri fan Ehsan juga memiliki kekayaan luarbiasa yang mana kedua dua mereka memiliki kenderaan dan rumah yang kalau diikutkan diluar kemampuan mereka sendiri kerana kedua dua mereka ini tidak bekerja dan apa yang diketahui oleh mangsa ialah mereka ini hanya mendapat pendapatan dari hasil mendapat surat sokongan daripada Perdana Menteri melalui SUSK beliau seperti yang dilakukan kepada mangsa.

Dan untuk makluman, itu adalah sebahagian daripada dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa dan dalam masa terdekat akan ada pendedahan lagi yang akan dilakukan.