Rabu, 21 September 2016

KEBAL SANGAT KE ZAHARIN MAT YASIN AKA SANG KELEMBAI PEMAKAN DEDAK ?? @NajibRazak @tengkuadnanreal @tunfaisal l

Nampaknya orang yang selama ni Sangkakala gelarkan sebagai pemburu tanah wakaf memang kebal di mata pemimpin UMNO walaupun secara terang terangan menghentam kepimpinan.

Zaharin Mat Yasin yang pernah memegang jawatan Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak seolah olah tidak mampu diusik oleh sesiapa.

Mungkin di kalangan Menteri ada yang mengatakan bahawa Zaharin adalah badut dalam UMNO yang menjadi bahan ketawa pemimpin, tapi ahli UMNO hari ini melihat sebaliknya.

Jika kita lihat, beberapa orang ahli UMNO telah di ambil tindakan tatatertib sehingga ada yang digantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli UMNO namun MANGKUK HAYUN ni tiada dikenakan apa apa tindakan.

Ini juga yang membuatkan si pemburu tanah wakaf terus membuat tuduhan fan kritikan melulu.

Baru baru ni Zaharin menyerang JASA kononnya pergi melancong atas tiket memberikan penerangan kepada para pelajar di luar negara tentang isu isu semasa dalam negara.

Apa yang dilihat sebagai tidak professional nya Zaharin ialah beliau telah membuang segala komen penjelasan yang diberikan melalui akaun facebook beliau oleh para pegawai JASA dan ada juga penjelasan yang dibuat oleh para pelajar yang mengesahkan bahawa JASA banyak membantu mereka mengatahui selok belok apa yang berlaku di tanah air.

Sepatutnya pihak lembaga disiplin UMNO mengambil tindakan tegas terhadap orang orang begini yang memberikan persepsi buruk kepada jabatan kerajaan yang selama ini memberikan segala usaha dan pemikiran bagi membantu memberi penjelasan kepada rakyat.

Dan adalah amat tidak wajar jika si Zaharin ini terus dibiarkan tanpa apa apa tindakan oleh pihak UMNO Malaysia sedangkan kita semua tahu bahawa Zaharin hanya akan diam jika poket diisi dengan matawang Malaysia berbentuk kertas.

Nanti Sangkakala akan tulis lagi berkenaan dengan Zaharin SI PEMBURU TANAH WAKAL dalam siri yang lain.




Tiada ulasan: