Jumaat, 23 September 2016

AZMIN ALI KELAM KABUT DENGAN DESAKAN.DARI DAP @NajibRazak @nohomar #scs14

Persempadanan semula kawasan pilihanraya yang disyorkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia nampaknya memeningkan kepala Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.

Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor mendesak Azmin supaya mengadakan pilihanraya negeri lebih awal kerana kononnya persempadanan semula ini membolehkan UMNO dan Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.


Dakwaan yang mengatakan bahawa persempadanan semula ini bakal memenangkan Barisan Nasional sebenarnya adalah tidak berasas dan mengarut.

Ini kerana, Barisan Nasional sendiri ada mengemukakan bantahan kepada SPR berikutan persempadanan semula yang memperlihatkan ada ahli UMNO dan Barisan Nasional yang bertukar kawasan pentadbiran.

Jadi bagaimana nak mengatakan bahawa Barisan Nasional akan menang mudah jika Barisan Nasional sendiri membuat bantahan?

Nampaknya Tony Pua sekali lagi cuba untuk memanipulasi pemikiran masyarakat supaya melihat bahawa SPR tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.



Tiada ulasan: