Selasa, 5 Julai 2016

TERSILAP LANGKAH AKHIRNYA SALAHKAN INDIVIDU LAIN @NajibRazak.@Zahid_Hamidi #scs14

Setelah silap mengambil jalan dalam politik, kini bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal mula menyalahkan pihak lain.


Shafie yang membuat kenyataan keluar dari UMNO hari ini menyalahkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman diatas penggantungan beliau sebagai ahli parti.

Sangkakala hairan juga, kalau benar Datuk Seri Musa Aman menjadi dalang, macam mana sebelum ini beliau menang sebagai Naib Presiden? Adakah Sabah langsung tidak memberikan sokongan kepada beliau.

Shafie sepatutnya muhasabah diri diatas penggantungan keahlian beliau dan bukannya menyalahkan mana mana pihak diatas kesilapan beliau yang dilihat cuba untuk.menjatuhkan UMNO.

Keahlian cuma digantung dan bukannya dipecat dan dengan hanya penggantungan maka Shafie masih boleh untuk membuat rayuan dan kembali kepada perjuangan UMNO.

Tapi dengan cara keluar parti jelas disini bahawa Shafie bukanlah pejuang sebenar parti seperti mana yang disebut sebut selama ini.

Jadi disini Sangkakala rasa Shafie perlu sedar akan kesilapan diri sendiri dan jangan hanya mahu menunding jari kepada orang lain.




Tiada ulasan: