Rabu, 27 Julai 2016

ISU DAUN KETUM !! KERAJAAN JANGAN AMBIL SEPARUH SEPARUH !! @NajibRazak @zahid_hamidi @kbab51 #scs14

Agak hairan pulak Sangkakala dengan syarikat syarikat atau agensi milik kerajaan ni apabila benda yang diharamkan oleh kerajaan kepada rakyat cuba nak dihalalkan kepada mereka.

Isu daun ketum yang hangat diperkatakan apabila kerajaan mengambil langkah meletakkan ianya dibawag akta racun kerana dikhuatiri akan memberikan mudarat kepada mereka yang mengamalkannya kini cuba pula diambil ringan oleh agensi bawah kerajaan.


Kini RISDA pula cuba kononnya nak merayu kepada kerajaan, supaya mereka diberi peluang untuk mengekspot ketum ke Amerika bagi tujuan perubatan.

Bukankah baru baru ini ada dikhabarkan juga bahawa ketum akan di letakkan di bawah akta dadah merbahaya? Jadi adalah lebih baik jika RISDA melupakan hasrat mereka tersebut dan jangan jadikan alasan bahawa tanah di Malaysia adalah baik untuk penanaman ketum bagi tujuan eksport.


Mungkin juga boleh jika RISDA atau siapa sahaja dari pihak kerajaan nak menjadikan ketum sebagai bahan eksport bagi tujuan perubatan namun ianya perlulah diberi peluang penanamannya kepada rakyat dimana ianya mungkin boleh membantu rakyat menjana pendapatan tetapi ianya dalam pantauan kerajaan.

Jangan esok kita dengar cuma pihak tertentu sahaja diberi peluang kononnya atas dasar keselamatan penggunaan dan sebagainya.

Nak haram, haramkan sama sekali, jangan separuh halal separuh haram.




Tiada ulasan: