Khamis, 21 Julai 2016

AZMIN ALI MINTA @NajibRazak BERTERUS TERANG ISU 1MDB @nohomar #scs14

Isu 1MDB nampaknya semakin panas disebut sebut dalam media sosial terutamanya Facebook dan Twitter hari ini dan media arus perdana juga tak kurang hebatnya menyebut perkara sama.

Menteri Besar Selangor juga tidak ketinggalan memainkan isu berkenaan dan Azmin Ali meminta Perdana Menteri memberi penjelasan sebenar.


Azmin mengakui bahawa nama Najib Razak tidak disebut sebagai orang yang disiasat oleg DOJ dan pihak 1MDB pula mengesahkan bahawa 17 aset yang dikatakan akan dibekukan oleh pihak berkuasa Amerika bukanlah milik 1MDB kerana syarikat berkenaan tidak mempunyai aset di negara berkenaan.

Yang peliknya, kenapa Azmin minta Najib Razak memberikan penjelasan sedangkan dia sendiri mengakui bahawa nama Najib Razak tidak disebut sebagai individu yang disiasat.

Kita semua mungkin lupa dengan kisah di Selangor kerana isu 1MDB yang digembar gemburkan oleh beberapa pihak terutamanya pembangkang.

Isu yang Sangkakala maksudkan ialah, isu Darul Ehsan Investment Group atau DEIG yang mana Azmin telah diminta untuk memberikan penjelasan tentang status syarikat berkenaan yang didakwa memegang aset kerajaan Selangor bernilai berbillion ringgit.

Azmin hanya memberikan penjelasan bahawa DEIG belum memulakan perniagaan sedangkan sudah terbukti bahawa DEIG pernah mengeluarkan zakat perniagaan sebanyak RM 5 juta kepada golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Sampai sekarang, Azmin tidak memberikan jawapan balas malah bertindak mendiamkan diri dalam isu DEIG yang mana syarikat berkenaan menggunakan aset kerajaan tersebut sebagai cagaran untuk membuat pinjaman sebanyak RM 500 juta.

Jadi sekarang ni sebelum minta Najib Razak yang tidak disebut namanya oleh DOJ lebih baik Azmin Ali memberikan penjelasan bagaimana DEIG boleh menjadi pemegang amanah kepada aset kerajaan Selangor dan adakah pemberian zakat itu membuktikan bahawa DEIG sudah menjalankan perniagaan atau belum seperti yang didakwa oleh Azmin.




1 ulasan:

Fun berkata...

SPRM perlu siasat Azmin ni dalam isu DEIG. Azmin tak payah komen fasal orang lain kalau isu diri sendiri pun banyak dan tidak diselesaikan.