Jumaat, 5 Februari 2016

TERTIPU DENGAN RAFIZI !!! RAMAI YANG GIGIT JARI #SCS

Apabila Lembaga Tabung Haji mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberikan dividen sebanyak 8 peratus pada tahun ini, ramai yang berputih mata kerana telah mengeluarkan simpanan mereka selama ni.

Rafizi yang selama ni bijak memainkan peranan dalam menjatuhkan kredibiliti Badan Berkanun, anak syarikat malah kerajaan sendiri berjaya menipu beberapa orang hingga mereka terkebil kebil melihat para penyimpan dalam Tabung Haji memperolehi dividen.

Diam tak diam, Rafizi sendiri mempunyai deposit bernilai lebih 400 ribu dalam Tabung Haji dan sudah pasti imbuhan sebanyak lebih 32 ribu diperolehi tahun ini sahaja.


Dan sekarang bagaimana pula dengan penyimpan yang telah mengeluarkan deposit mereka pada tahun lepas gara gara mendengar kata kata Rafizi bahawa Tabung Haji akan mengalami pelbagai masalah dan ianya akan menjejaskan penyimpan?

Adakah penyimpan ini akan memperolehi sepertimana yang diperolehi oleh mereka mereka yang masih percaya dan yakin terhadap Tabung Haji?

Sepatutnya, semua yang pernah menyimpan dan mengeluarkan simpanan apabila mendengar dakyah Rafizi ni pergi berjumpa semula dengan dia dan tanya adakah dia akan memberikan dividen kepada mereka yang membuta tuli mendengar kata kata dulu.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, Rafizi memperolehi keuntungan puluhan ribu ringgit tapi yang lain gigit jari.


Tiada ulasan: