Ahad, 21 Februari 2016

HENTAM KERAJAAN !!! RAFIZI RAMLI TERUS JANA KEUNTUNGAN #SCS

Setiap hari kita dihidangkan dengan kenyataan kenyataan si Rafizi Ramli menghentam kerajaan khususnya anak Syarikat serta agensi yang diamanahkan untuk menjaga wang rakyat seperti tabung haji dan baru baru ini kumpulan wang simpanan pekerja pula menjadi sasaran.

Yang peliknya, walaupun dah tahu penipuan demi penipuan yang di berikan oleh Rafizi, masih ramai dikalangan rakyat Malaysia mempercayai kata kata sotong kurita ni.

Dalam hentam sana hentam sini, diam tak diam Rafizi terus menjana keuntungan daripada hasil dividen atau keuntungan dari agensi yang berkaitan.

Adalah ini semua hanya semata mata untuk membutakan mata rakyat bahawa keuntugan puluhan ribu ringgit diperolehi oleh Rafizi setiap tahun?


Rafizi hentam Tabung Haji, lebih kurang RM 25 ribu dividen yang diberikan oleh Tabung berkenaan masuk dalam akaun.

Hentam KWSP pula, sejumlah lebih kurang RM 44 ribu diperolehi apabila agensi tersebut memberikan dividen.

Jadi disini jelas kelihatan bahawa Rafizi hanya menimbulkan persepsi kepada rakyat dengab menunjukkan keburukan kerajaan sedangkan dalam amsa sama dia menjana keuntungan.

Seperti baru baru ini dalam kes tabung haji, ada dikalangan penyimpan yang sanggup mengeluarkan simpanan kononnya Tabung berkenaan akan bankrap tapi yang nyatanya simpanan Rafizi mendatangkan keuntungan, dalam kes ni agak agak siapa yang rugi?

Sudah sudahlah asyik nak dengan sotong ni bercakap, takde untung pada rakyat, yang untung dia juga sebab bila rakyat termakan hasutan, dia tetap menerima keuntungan.



Tiada ulasan: