Rabu, 30 Disember 2015

PENDEDAHAN DARI PAS YANG MENGEJUTKAN !!

APA HUBUNGAN DAP DAN ISRAEL?

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat kenyataan media, Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, menyesali kenyataan beliau mengenai sekatan atlet Israel ke Malaysia, sama sekali tidak merungkaikan persoalan apakah hubungan antara DAP dan Israel? Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman, seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

Dakwaan yang dilontarkan oleh Saudara Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Ketiga-tiga dakwaan saudara Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara, sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP. PPP melihat tiada cara lain untuk DAP membersihkan tuduhan-tuduhan ini melainkan mendakwa saudara Mohamed Razali di mahkamah. Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP, sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

29 Disember 2015
17 Rabiulawal 1437



Tiada ulasan: