Khamis, 12 November 2015

TANAH KERAMAT !! ADA TANGAN GHAIB HINGGA PERMOHONAN UDA HOLDING DITOLAK ?? @NajibRazak @tengkuadnanreal #batulesung

Sangkakala nampak dalam facebook page YB Dato Johari Ghani, ahli parlimen Titiwangsa yang memuat naik gambar surat permohonan daru Uda Holding Berhad yang mahu memajukan tanah berkeluasan 1.82 ekar di Keramat.


Nampaknya apa yang dikemukakan oleh pihak UDA Holding amat menarik dimana harga rumah yang disediakan berada pada harga RM 199 ribu satu unit dan keseluruhan rumah berkenaan adalah milik bumiputera. 

Ini membolehkan anak anak muda khususnya Melayu keramat untuk memiliki rumah kediaman masing masing.

Tapi yang menjadi masalahnya ialah, pihak DBKL telah menolak permohonan ini dengan alasan bahawa tanah berkenaan telah dijual kepada pemaju lain untuk dimajukan dan seperti yang Sangkakala tuliskan sebelum ini, pemaju berkenaan menubuhkan syarikat hanya selang beberapa hari selepas tanah tersebut diberikan kepada DBKL oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.


Satu persoalan disini, kenapa syarikat yang tidak mempunyai pengalaman telah diberikan kepercayaan untuk membangunkan kawasan berkenaan sedangkan UDA Holding yang mempunyai pengalaman selama lebih 45 tahun tidak diberikan peluang untuk memajukan kawasan berkenaan?

Adakah perancangan pembangunan kawasan ini telah dicampuri oleh tangan tangan hitam hingga membolehkan syarikat yang terlalu baru sehinggakan tidak mempunyai pengalaman langsung sebagai pemaju diberikan kepercayaan sebegitu tinggi?

Syarikat yang diberikan hak pembelian tanah ini seperti yang Sangkakala nyatakan tadi baru sahaja diwujudkan beberapa hari selepas tanah ini diserahkan oleh PTG kepada DBKL dengan bayaran premium hanya sebanyak RM 1.2 juta sahaja dan ada ura ura juga mengatakan bahawa DBKL telah menjual tanah berkenaan dengan harga RM 16 juta dan si pembeli pula baru sahaja membuat pembayaran sebanyak 10 peratus dari nilai jualan.

Dimana kelebihan syarikat baru yang diberikan kepercayaan ini? Dan apa pula kekurangan yang dilihat pada UDA sedangkan kita semuabtahu bahawa UDA adalah sebuah syarikat yang kukuh dalam menjalankan pembinaan dan juga sebagai pemaju sesebuah kawasan.

Jadi disini sebagai kesimpulan, Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu menjawab segala persoalan ini kerana ianya dilihat terlalu complicated kerana banyak benda bercanggah dengan apa yang berlaku.

Seperti contoh, tanah ini di gazetkan untuk rumah mampu milik tetapi apabila diberikan kepada syarikat swasta, maka harga rumah tersebut telah mencecah dari RM 700 ribu hingga ke RM 2 juta namun setelah himpunan bantahan dilakukan oleh penduduk, barulah pemaju mengatakan bahawa separuh dari kediaman berkenaan akan dijual dengan harga kos rendah dan separuh lagi dengan harga bebas.

Perlu dimaklumkan sekali lagi bahawa tanah ini di GAZET kan untuk kediaman mampu milik iaitu kos rendah dan sederhana, dan apa yang menyedihkan ialah, pihak DBKL seolah olah tidak mempedulikan gazet yang dinyatakan.

Sama sama kita fikirkan apa yang dah berlaku sebenarnya dalam PBT ni sehingga melangkaui segala gala yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.



Tiada ulasan: