Selasa, 5 Julai 2016

KERAJAAN RISAU BILA TAN SRI @nohomar DILANTIK MENTERI KPKT @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs14

Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Azmin Ali rupanya cukup risau apabila YB Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Mana tidaknya, dengan apa yang disebut akan dilakukan oleh Tan Sri Noh iaitu akan memperjuangkan dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam bandar, jelas akan memberikan saingan kepada kerajaan Selangor yang kini dilihat mengabaikan perkara tersebut.


Begitu juga dengan kebajikan penghuni PPRT yang kini agak terhimpit apabila kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman sebanyak 100%.

Selama ini kerajaan negeri Selangor juga dilihat menidakkan perumahan perumahan mampu milik untuk dimiliki oleh golongan muda khususnya orang Melayu.

Fungsi beberapa agensi kerajaan negeri untuk membantu rakyat memiliki kediaman seperti PKNS yang diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu juga dilumpuhkan oleh kerajaan Selangor hari ini apabila lebih banyak aset perbadanan tersebut kini dijual kepada orang lain untuk dimajukan.

Dengan cara tersebut, maka pihak pemaju swasta yang membeli hartanah milik PKNS akan mengenakan harga jualan mengikut kehendak mereka sendiri tanpa memikirkan apa yang bakal dan sedang berlaku pada ketika ini.

Sangkakala harap, Tan Sri Noh Omar akan mengotakan janji beliau sepertimana yang dilalukan sebelum sebelun ini.



Tiada ulasan: