Ahad, 3 Julai 2016

APA KEPENTINGAN SYARIKAT YANG MENDERMA JAMINAN GUAN ENG ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs14

Baru baru ni apabila Guan Eng ditahan oleh pihak SPRM dan diputuskan oleh mahkamah dengan wang jaminan sebanyak RM 1juta, maka DAP pun menggembeling tenaga mengumpul sumbangan kononnya untuk membantu Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Dalam pada masa sama, apa yang dilaporkan ialah, dalam masa tak sampai 24 jam, wang jaminan tersebut telah dapat dikumpul melalui sumbangan beberapa buah syarikat.


Ivory Group, Aspen Group dan Hunza Group termasuk seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan terlibat dengan kongsi gelap juga turut memberikan sumbangan.

Persoalannya sekarang, apa kepentingan mereka yang memberikan sumbangan sebegitu besar hingga ada yang mencecah setengah juta ringgit.

Kalau sumbangan untuk membantu mereka mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal, anak yatim, warga emas atau lain lain, Sangkakala tak nampak dimana kepentingan, tapi bila ianya melibatkan Ketua Menteri maka sudah pasti ada urusan GIVE AND TAKE berlaku disitu, mungkin nanti pihak SPRM perlu membuka satu lagi kertas siasatan sama ada syarikat syarikat berkenaan pernah mendapat projek dari kerajaan Pulau Pinang dan sumbangan ini boleh dikatakan imbuhan diatas kurniaan projek tersebut.


Tiada ulasan: