Jumaat, 29 Julai 2016

BUBAR DUN PULAU PINANG !! @cmlimguaneng SENGAJA PERMAINKAN POLITIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @NohOmar #scs14

Sampai sekarang kecoh diperkatakan tentang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan oleh Guan Eng tetapi PKR pula tidak memberikan persetujuan kononnya ia akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.


Apa yang Sangkakala nampak, isu pembubaran DUN ini hanyalah mainan politik oleh DAP dan PKR yang mana ianya ada kemungkinan untuk menutup kesalahan Guan Eng dalam skandal rumah banglo beliau.

Kenapa Sangkakala mengatakan begitu?

Adalah amat mustahil PKR merasakan bahawa Barisan Nasional akan menang besar jika diadakan Pilihanraya Negeri.

Ini kerana, semasa kes di Perak dulu apabila kerajaan Pakatan tumbang selepas tidak mendapat sokongan majoriti, DAP, PAS dan PKR mendesak supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri.

Kenapa pula sekarang Pakatan begitu takut untuk membubarkan DUN sedangkan mereka pernah mengatakan bahawa peratus sokongan rakyat kepada Pakatan melebihi dari 50%.

Sepatutnya yang mengalami kerisauan adalah Barisan Nasional dan jelas kini bahawa mengatakan bahawa DUN akan dibubarkan hanyalah polimik DAP untuk melupakan kes rasuah dan rumah banglo milik Guan Eng.




Tiada ulasan: