Isnin, 1 Julai 2013

ARMAND TANAM PISANG ??? APA KENA MENGENA ???

Sangkakala tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Armand tentang antara buah pisang, oren dan epal.

Pada mulanya Sangkakala agak kurang faham dengan artikel tersebut kerana apa kena mengena diantara ketiga tiga buah tersebut?

Setelah Sangkakala baca dan amati betuk betul, barulah Sangkakala faham dengan maksud yang diberikan dalam artikel Armand yang juga merupakan ketua penerangan pemuda UMNO petaling jaya utara ini.

Dalam ketiga tiga buah tersebut antara yang paling mudah didapati adalah pisang dan yang paling kerap dimakan juga adalah pisang berbanding epal dan juga oren.

Pokok pisang adalah antara tanaman yang paling mudah tumbuh dan hidup, walaupun dimana mana sekali pun diletakkan atau dalam kata lainnya dicampakkan ianya akan tumbuh subur dan akhirnya akan berbuah.

Pokok pisang walaupun dicincang lumat, tetap akan tumbuh dan mengeluarkan buah yang akan menjadi santapan di penyincang tadi.

Baik, disini Sangkakala nak rumuskan semula maksud buah buahan tadi, pisang, epal dan oren ini diumpamakan seperti pemimpin, pemimpin yang diumpamakan dengan pisang adalah pemimpin yang amat mudah dijumpai dimana mana dan mudah dibawa berunding, berbanding dengan pemimpin yang diumpamakan seperti epal dan oren yang hanya boleh dijumpai digerai gerai atau dipasaraya sedangkan pohon epal dan oren ini tidak diketahui mana rupanya berbeza dengan pokok pisang yang boleh ditemui ditepi tepi jalan bahkan dimana sahaja tidak kira di kampung mahupun di bandar.

Jadi pemimpin yang dimaksudkan dengan pisang boleh ditemui bukan sahaja ditempat tempat mewah, malah di tepi jalanraya atau dimana sahaja.

Golongan pemimpin yang diibaratkan sebagai oren dan epal pula, hanya akan ditemui ditempat tempat elitis dan jika dijumpai di tempat tempat lain sudah pasti akan menunjukkan keangkuhan kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah didalam golongan elitis atau bangsawan.

Jadi lebih baik pemimpin ibarat pisang dipilih berbanding dengan pemimpin yang diibaratkan seperti epal dan oren.

Dan kepada pemimpin yang mahu memilih wakil juga, baiklah memilih wakil dari kalangan pisang, bukannya dari kalangan epal ataupun oren kerana jika semua menjadi epal atau oren, sudah pasti rakyat di kampung akan merasa janggal dan akhirnya pemimpin tersebut akan diketepikan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: