Khamis, 4 Julai 2013

@NajibRazak KELAB WARTAWAN TERIMA SUMBANGAN !!! NOVANDRI DITINGGALKAN !!! APA NI ???

Sangkakala terdengar bahawa Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam telah memberikan sumbangan pribadi kepada kelab wartawan sebanyak RM 20 ribu.

Tahniah la Sangkakala ucapkan kepada menteri kesihatan ni yang begitu perihatin dengan wartawan hingga sanggup mengeluarkan sumbangan peribadi sebegitu.

Tapi apa yang menghampakan ialah, Sangkakala juga pernah mengeluarkan artikel bersama dengan pautan blogger APA tentang masalah yang dihadapi oleh blogger proBN iaitu Dr Novandri yang pernah terlibat dalam kemalangan semasa kempen pilihanraya yang lalu.

Kalau Datuk Seri S.Subramaniam mengeluarkan sumbangan untuk kakitangan hospital Sangkakala pun tak berapa nak kisah sangat sebab itu kementerian yang dia jaga, tapi kepada wartawan tu Sangkakala rasa macam S.Subramaniam tak hargai blogger blogger yang turut sama memainkan peranan dalam kempen pihak kerajaan.

Apa salahnya kalau sumbangan peribadi juga disumbangkan untuk Dr Novandri yang kini mengalami masalah kesihatan? Beliau juga penggiat media dan rasanya sama dengan wartawan yang menulis di media cetak atau di media elektronik? Bezanya cuma kami para blogger ini bermain didalam lingkungan media sosial.

Ada juga beberapa artikel Dr Novandri telah diambil oleh media arus perdana sebagai bahan dalam akhbar mereka, dan itu membuktikan bahawa Novandri juga setaraf dengan wartawan yang lain.

Tapi kenapa beliau seolah olah diketepikan? Apakah jasa beliau tidak kelihatan atau adakah Subramaniam ingin mencari publisiti hanya dengan menggunakan wartawan?

Kalau Datuk Seri rasa begitu, Sangkakala tidak teragak agak untuk meminta semua penggiat media sosial seperti blogger, facebooker dan lain lain untuk berhenti mengeluarkan artikel yang berbentuk pembelaan kepada Menteri Kesihatan ini atau kementerian kesihatan itu sendiri.

Untuk apa membela seorang Menteri dan sebuah Kementerian jika pihak lain mendapat keuntungan serta perhatian? Seolah olah kewujudan penggiat media ini tidak memberikan kesan dalam kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu.

Sangkakala berharap agar akan ada blogger blogger yang hebat serta mempunyai nama di arena penulisan media sosial menyokong apa yang Sangkakala katakan ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: