Rabu, 10 Julai 2013

@NajibRazak #muteprkkualabesut JASA BLOGGER OTAI DILUPAKAN !!! PRU14 NANTI MULA DICARI

Ini adalah sambungan daripada apa yang Sangkakala tulis tadi..bukan niat untuk menghentam kepimpinan kerajaan atau Barisan Nasional..tetapi apa yang Sangkakala ingun nyatakan disini ialah rasa terkilan blogger blogger probn yang berjuang selama ini.

Setiap prk sepanjang tempoh pru12 hingga ke 13 yang lalu..ramai dikalangan blogger blogger otai atau dalam kata lainnya orang orang lama yang menjadi penulis blog telah digunapakai oleh pihak kerajaan dalam membantu kemenangan Barisan Nasional. 

Tapi kali ini ianya berbeza..blogger blogger ini tidak lagi digunapakai dan kepimpinan Barisan Nasional dikatakan menggunakan penggiat media yang tidak diketahui darimana datangnya dan orang yang bertanggungjawab membawa mereka ke Kuala Besut pula seperti yang Sangkakala katakan malambtadi..ketua penerangan UMNO Malaysia. 

Seingat Sangkakala..sepanjang tempoh pru12 ke 13 Datuk Ahmad Maslan telah mengadakan sesi perjumpaan demi perjumpaan dengan para blogger dan pengamal media sosial yang lain dan dalam pertemuan tersebut sudah pastilah Datuk Ahmad Maslan akan mengatakan bahawa penggiat media ini perlu digunapakai secara total..tapi kini apa dah jadi? Dah totallost ke?

Penulis blog otai di Terengganu seperti Dinturtle juga tidak diguna pakai oleh penerangan UMNO Malaysia kali ini..tapi kenapa? Apakah ada kekangan dalam UMNO atau kekangan itu sendiri sebenarnya datangnya dari penenrangan UMNO itu sendiri?

Dengan membawa bala tentera maya yang tidak diketahui kekuatan serta pengalamannya dalam pilihanraya seolah olah menunjukkan bahawa blogger blogger otai ini tidak lagi diperlukan dan perjuangan mereka selama ini tidak langsung dipandang oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. 

Sangkakala rasa perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kerajaan Terengganu kini dalam keadaan yang agak genting kerana kemenangan di Kuala Besut akan menentukan siapa yang menjadi kerajaan atau Terengganu bakal menyaksikan satu piluhanraya negeri akan diadakan nanti.

Dan kita semua tahu bahawa keselesaan bukanlah menjadi titik tolak kepada kemenangan..sepatutnya blogger otai di dalam negeri itu sendiri diberikan peranan penting dalam memacu barisan jentera maya kerana mereka lebih memahami lanskap politik serta penduduk di negeri dan satu satu kawasan.

Datuk Ahmad Maslan perlu mengambil kira semua itu dalan memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kuala Besut dan bukan dengan hanya mendengar laporan bahawa Barisan Nasional yakin akan memenangi kerusi tersebut dan dengan kerana keyakinan demikian juga..parlimen kini hanya dikuasai oleh 133 ahli parlimen dari Barisan Nasional berbanding pru12 yang lalu.

Ini adalah bukti yang perlu kita lihat tentang over confident yang dilakukan oleh pemimpin dan Sangkakala lihat di Kuala Besut ianya berlaku sekali lagi dan ada juga kemungkinan bahawa inilah transformasi parti barangkali.

Tapi jangan nanti sampai jadi ibarat kata pepatah..sudah terhantuk baru terngadah..sediakan perisai sebelum berperang..sediakan payung sebelum hujan..usaha yang maksimum memungkinkan kemenangan..tapi kalau hanya dengan perkataan yakin tapi tanpa berusaha..segala keyakinan mungkin akan menjadi mimpi indah sebelum siang.