Rabu, 21 Ogos 2013

@zahidhamidi KETUA POLIS NEGERI TURUN PADANG !!! PENJENAYAH LARI LINTANG PUKANG


Sangkakala ucapkan tahniah kepada Ketua Polis Pulau Pinang yang turun sendiri dalam usaha membanteras jenayah di negeri tersebut.

Ini Sangkakala lihat amat baik dan menunjukkan bahawa ketua polis tersebut benar benar mahu membanteras jenayah di negeri tersebut.

Tapi ada satu perkara yang Sangkakala rasa akan berlaku sikit hari lagi dimana pembangkang akan memainkan isu tembak mati penjenayah yang dilakukan oleh pihak polis beberapa hari lepas.






Tapi sekarang ni dah nampak macam ada gerakan dari kumpulan samseng ni yang nak tunjuk lagak mereka bahawa mereka kuat sebab mereka ni gangster dan ada pengikut di kuar sana.

Ini seolah olah mengugut pasukan polis bahawa mereka tidak boleh diusik atau diganggu oleh pasukan polis.


Tapi Sangkakala percaya, pasukan polis tidak gentar dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan kumpulan ini dan mereka ini akan terus diperangi oleh pasukan polis demi menjaga keselamatan rakyat.



@NajibRazak PERJANJIAN ANTARA PUAK SYIAH DENGAN KERAJAAN ??? MOHON PENCERAHAN SIKIT !!!


Wahh..ini berita hebat..betul ke apa yang dituliskan oleh rakan blogger Sangkakala tentang satu perjanjian diantara pemimpin kerajaan dengan pengikut ajaran syiah di Malaysia yang turut diandatangani oleh Mantan Perdana Menteri pada tahun 2005.

Sangkakala dengar pada masa itu, YB Khairy juga turut menurunkan tandatangan dalam perjanjian tersebut,  kalau benar ini yang berlaku, rasanya tidak ada lagi alasan untuk mengekang kegiatan syiah di Malaysia ni.

Apa akan jadi dengan pengikut pengikut ajaran sunah waljamaah? 

Cuba baca DISINI untuk makluman lanjut

Sangkakala rasa kita perlu buat sesuatu, kebanyakan umat Islam dalam negara hari ini begitu risau dengan kegiatan pengikut ajaran Syiah tapi dalam masa sama rupanya sudah ada pula satu perjanjian berkenaan syiah di Malaysia.

APA SUDAH JADI NI ???

Selasa, 20 Ogos 2013

#UbahUMNO @Khairykj JANGAN DOUBLE STANDARD DENGAN KES TAJUDDIN RAHMAN


Semalam Sangkakala keluarkan screenshot tentang kenyataan ketua pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan bahawa orang yang mengkritik Nazri Aziz perlulah mengukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan apabila ramai para blogger dan penghiat media mengkritik kepimpinan Datuk Seri Nazri yang melantik anak beliau sebagai pegawai khas di kementerian pelancongan yang mana beliau sebagai menteri.

Kenyataan Khairy dilihat aeolah olah menyokong tindakan nepotisme yang dilakukan oleh Nazri iaitu dengan melantik anak beliau sendiri.

Kelmarin pula, Sangkakala ada keluarkan tentang Datuk Tajuddin Rahman yang merupakan ketua bahagian Pasir Salak yang juga mengamalkan nepotisme dengan mengambil anak beliau sendiri sebagai Setiausaha bahagian dan melantik seorang4ang lagi anak beliau sebagai ahli jawatankuasa bahagian.

Kini ada pula ura ura yang mengatakan bahawa Tajuddin sedang melobi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak.

Agaknya tak lama lagi kita akan dengar nama nama bahagian yang akam ditukar kepada nama nama orang seperti contoh, bahagian Pasir Salak akan ditukar kepada bahagian Tajuddin Rahman.

Dan ada seorang rakan blogger Sangkakala semalam mengeluarkan artikel tentang Tajuddin yang dikatakan telah menampar seorang ahli perwakilan pemuda bahagian.

Baca DISINI untuk selanjutnya.

Apa pula kata Khairy Jamaluddin tentang perkara ini? Takkan kes Nazri Aziz, Khairy keluarkan kenyataan menyokong beliau tapi bila kes Tajuddin Rahman diam membisu.


Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin Double standard yang hanya membela sahabat sahabat yang mungkin ada kepentingan kepada beliau tetapi apabila kes yang melibatkan orang yang tidak ada kepentingan politik atau apa apa kepentingan lain, maka mereka ini diletakkan ketepi.


Isnin, 19 Ogos 2013

@NajibRazak APA LAGI ORANG UMNO NAK ??? ZAHID NOMBOR SATU NAJIB KENA TURUN !!!


Sangkakala yang sebenarnya dah malas nak menulis apatah lagi tentang senario politik hari ini apabila 3 kuku jari Sangkakala telah patah akibat menaip keyboard komputer dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Tapi sakit patahnya kuku jari Sangkakala sebanyak 3 batang daripada 9 batang yang ada ni tidaklah sesakit hati Sangkakala apabila melihat pemimpin UMNO pada hari ini sudah tiada lagi roh untuk memperjuangkan orang Melayu walaupun parti UMNO itu ditubuhkan untuk membela nasib orang orang Melayu sebenarnya. 

Tidak seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang dikecam dengan hebay oleh pembangkang tetapi masih meneruskan agenda mendaulatkan orang orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi.


Sangkakala berpendapat bahawa hari ini UMNO perlu ada pembaharuan dan pembaharuan ini perlu dilakukan oleh ahli UMNO itu sendiri jika mereka mahu melihat kelangsungan UMNO sebagai peneraju kerajaan dalam negara ini.

Sangkakala amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri hari ini yang mana dalam UMNO online Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengatakan bahawa UMNO perlukan pembaharuan dimana pemimpin berpengalaman dan muka baharu dalam kepimpinan.


Dalam erti kata lain, Sangkakala melihat jika pembaharuan ini ingin direalisasikan oleh Perdana Menteri, maka perkara ini harus bermula daripada diri beliau sendiri dan bukannya dengan meminta ahi parti untuk membuat keputusan kerana ahli parti kini telah diracuni dengan pemikiran jika tidak Najib siapa lagi? Muhyiddin ? Lagi hancur, ini adalah persepsi ahli UMNO pada hari ini.

Maksud Sangkakala disini ialah, rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO kini berasa kecewa dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat kurang kemelayuan dan dilihat tidak membela nasib kaum bumiputera termasuk dalam pembahagian projek dan sebagainya.


Ini telah memberikan perspektif dan tanggapan buruk melanda kepimpinan Perdana Menteri.

Begitu juga dengan kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pernah diperkatakan gagal dalam mentransformasikan kementerian pendidikan hingga membuatkan majoriti guru guru dalam Malaysia menyokong pembangkang disamping beberapa projek yang dikatakan menjadi kontroversi.


Ini juga termasuk projek yang diberikan kepada YTL yang mana syarikat ini yang dimiliki oleh orang cina telah diberikan projek untuk membekalkan perkhidmatan jalur lebar ke sekolah sekolah.

Ini adalah kegagalan yang dilihat dan menjadi kritikan masyarakat khususnya para pengundi, itu juga tidak termasuk lagi tentang projek membekalkan mesin pengimbas cap jari semasa program pemutihan pendatang asing tanpa izin yang dikatakan melibatkan menantu Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Jadi ini semua sebenarnya mendatangkan masalah dan kedua dua penimpin ibi perlu sedar jika mereka sayangkan parti maka sesuatu harus mereka lakukan dan apa yang dilihat paling berkesan pada masa sekarang ialah dengan melepaskan jawatan masing masing dan memberikan peluang untuk menjawat jawatan tersebut kepada pemimpin yang disenangi oleh rakyat serta popular dikalangan ahli parti.

Persoalannya disini mesti ada yang mengajukan SIAPA yang layak dan siapa yang disenangi serta popular di kalangan pemimpin pemimpin UMNO?

Sangkakala rasakan disini YB DS Zahid Hamidi dilihat amat disenangi oleh rakyat dan popular dikalangan ahli UMNO dengan keberanian dan ketegasan yang telah ditunjukkan oleh beliau semenjak memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.


Keberanian beliau telah terbukti apabila melancarkan serangan keatas pengganas Kiram yang menyerang Lahad Datu di Sabah.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan seorang pengusaha pusat peranginan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan surau sebagai tempat ibadat mereka yang mana Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh DS Zahid Hamidi kini telah mengambil satu tindakan yang amat berani dengan menarik semula taraf penduduk tetap yang mana majoriti rakyat Malaysia kini amat berpuas hati.

Jadi ini harus dilakukan oleh Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri dan ahli ahli parti jika mereka benar benar sayangkan UMNO.

Jawatan nombor dua parti pula boleh diisi oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang selama ini dikatakan tidak berani untuk mengeluarkan apa apa kenyataan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan sebagainya.


Kenapa Datuk Seri Hishamuddin? Selaku orang nombor dua sudah pastilah beliau kena akur dengan keputusan Presiden dan apa juga arahan Presiden akan dituruti oleh beliau dan ini Sangkakala lihat akan lebih berkesan.

Bagi jawatan jawatan Naib Presiden pula, kita berikan peluang kepada Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad yang mana mereka ini walaupun sudah berumur tapi masih lagi layak untuk memegang jawatan tersebut atas pengalaman dan sokongan akar umbi.

Ada satu lagi kerusi Naib Presiden dan ianya biarlah ditentukan oleh para perwakilan yang layak mengundi sama ada mereka memilih Datuk Seri Shafiee Afdhal ataupun Datuk Seri Musa Aman kerana kedua dua mereka ini adalah daripada kepimpinan Sabah dan kita juga perlukan wakil dari negeri dibawah bayu tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi kita biarkan melalui proses pertandingan seperti biasa dan sesiapa yang berkehendakkan jawatan tersebut perlulah bertanding di peringkat pusat.

Ini semua adalah untuk kesinambungan parti kerana jika selepas Tun Dr Mahathir nelepaskan jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan UMNO dan apa bila beliau gagal untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional hingga membuatkan beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang maka Tun Abdullah juga melepaskan jawatan sebagai Presiden dengan digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan kegagalan dilihat sekali lagi apabila Barisan Nasional masih gagal untuk mendapat 2/3 undi majoriti dalam parlimen.

Jika ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri berjaya mengembalikan semula negeri Kedah kepada Barisan Nasional,  bagi Sangkakala ianya tidak begitu, ianya adalah disebabkan oleh gelombang sokongan terhadap kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat akan membawa kepada kaedah kepimpinan bapa beliau yang juga pernah menjadi pemimpin paling lama menjadi Perdana Menteri.

Dengan pemberian pelbagai insentif kepada rakyat, Perdana Menteri masih lagi gagal untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional dan ini Sangkakala lihat sebagai satu kegagalan dan semua yang berkaitan dengan Gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri tidak memberikan kesan kepada rakyat untuk kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Seperti Tun Abdullah dulu, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin juga harus mengikuti jejak yang sama iaitu akur dengan kelemahan dan berikan kepada kepimpinan baru yang sedang disukai serta disenangi oleh rakyat.

Sangkakala akan membuat artikel sambungan kisah ini memandangkan masih ada masa untuk Perdana Menteri memikirkan perkara ini demi kelangsungan parti UMNO dimasa akan datang.



@Khairykj SOKONG NEPOTISME KE ??? JAHANAM LAGI LE MALAYSIA NI !!!

Sangkakala terbaca dalam twitter YB saudara Khairy Jamaluddin yang merupajan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pergetakan Pemuda UMNO Malaysia yang semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan ketua pergerakan pemuda tersebut pada pemilihan akan datang.

Dalam akaun twitter milik beliau, ada Sangkakala terbaca dua perenggan dimana ianya berbunyi begini..


Hehehe..hebat juga kata kata Ketua Pemuda ni, adakah kenyataan ini boleh Sangkakala anggap sebagai menyokong apa yang dilajukan oleh Nazri Aziz dalam kementerian beliau iaitu meletakkan kaum keluarga sebagai pegawai walaupun dikatakan tidak menerima gaji daripada kerajaan?

Sangkakala rasa sepatutnya YB Khairy jangan la kekuarkan kenyataan yang sebegitu kerana setiap apa yang dilakukan ileh menteri termasuk YB sendiri diperhatikan oleh pembangkang dan ianya boleh dijadikan isu, tambahan pula ianya melibatkan kementerian. 

Dengan menyatakan bahawa orang yang mengkritik perlu mengukur baju dibadan sendiri juga rasanya adalah tidak tepat, kerana sepatutnya Menteri yang kena berfikiran begitu kerana mereka telah dipilih oleh rakyat dan jangan sesekali pilihan tersebut dikhianati dengan melakukan perkara yang boleu menjejaskan imej parti di mata masyarakat.

Lagi satu, dengan mengatakan Nazri berlawan secara single-handedly dalam parlimen tidak sepatutnya dijadikan ukuran dengan apa yany dilakukan dalam kementerian.

Memang sudah menjadi tugas seorang ahli parlimen untuk berdebat serta berhujah dalam sidang dan hebat atau tidak itu bukan menjadi persoalan.

Jika kehebatan seseorang Menteri berhujah didalam parlimen dalam menjawab isu yang dikeluarkan oleh pembangkang dijadikan ukuran, maka semua ahli parlimen layak untuk duduk sebagai Menteri dan mereka juga berhak untuk mmelantiksesiapa juga dalam kemeterian dan akan berlakulah nepotisme dalam pentadbiran kerajaan. 

Ini perkara yang harus ditolak oleh orang orang UMNO khususnya kerana pemimpin sebegini tidak layak untuk diangkat kerana satu masa nanti kita akan melihat bahawa rakyat akan menolak mereka dalam pertandingan di dalam pilihanraya, adakah itu yang kita semua mahu lihat dan adakah kejadian seperti itu yang perlu kita hadapi?

Tepuk dada tanya selera, yang baik kita julang, yang buruk kita tentang, iituadalah falsafah sepanjang Sangkakala menulis dilaman blog.




PANAS !!! KETUA WANITA UMNO CAWANGAN UPAH ORANG PUKUL CUCU

Ini kisah yang berlaku di Negeri Melaka apabila Sangkakala tadi dihubungi oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa ada seorang ketua wanita cawangan Selandar dalam bahagian Alor Gajah dan dimaklumkan juga bahawa Ketua Wanita Cawangan ini bekerja sebagai penyelia KEMAS mengupah beberapa orang lelaki untuk memukul cucu saudara beliau.





Agak pelik juga bila nak mengajar cucu sampai kena upah orang sedangkan cucu tu pun perempuan, kalau lelaki mungkin juga la susah sebab akan melawan ni perempuan apa la yang dia boleh buat? Tapi mengikut apa yang Sangkakala terima dari rakan Sangkakala tersebut, ianya juga ada melibatkan sedikit salah faham berkenaan dengan politik.

Laporan polis yang dilakukan oleh mangsa mengatakan bahawa beliau serta adik beliau telah pergi ke Masjid untuk bersumpah muhabalah atau sumpah laknat dimana adik mangsa yang turut dipukul telah difitnah oleh suspek yang mengatakan bahawa si adik telah minum arak di tempat kerja lama beliau.

Dan untuk menghalang perkara tersebut, maka ketua wanita cawangan yang dimaksudkan telah mengupah beberapa orang lelaki untuk menghalang perkara itu dan mereka (lelaki yang diupah) telah bertindak memukul mangsa serta adiknya hingga mendatangkan kecederaan.


Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis daerah Alor Gajah dan dipercayai kii semua suspek sedang diburj termasuk nenek saudara mangsa yang mengupah lelaki lelaki tersebut.




Dan wanita ini jika didapati bersalah seharusnya tidak lagi diberi peluang untuk berada dalam kepimpinan UMNO cawangan mahupun bahagian ataupin pisat kerana bagi Sangkakala, apa yang dilakukan oleh beliau amat memalukan parti dan jika pemimpin seperti ini diangkat menjadi pemimpin maka sudah tentu UMNO dicawangan tersebut akan di cop sebagai cawangan yang ganas.

Dan satu lagi, orang sebegini perlu diambil tindakan tatatertib atau tindakan disiplin bagi memastikan ianya sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara sama dimasa akan datang. 


Ahad, 18 Ogos 2013

@NajibRazak SORANG LAGI MENTERI BUAT HAL !!! APA NAK JADI NI ???


Lepas sorang Menteri ambil anak menjadi pegawai khas di kementerian sekarang ni dah ada pulak sorang timbalan menteri yang juga menjadi ketua bahagian melobi untuk anak beranak beliau menjawat jawatan dalam bahagian.

Apa nak jadi semua ni? Dah takde orang lain ke? 

Kisah ni pulak di Pasir Salak..Sangkakala dapat maklumat dari sorang sahabat di sana ketua bahagiannya sedang melobi untuk anaknya dengan jawatan ketua wanita yang mana anak beliau kini menjawat jawatan sebagai setiausaha bahagian.

Aduhh..dah takde ke orang lain Datuk Tajuddin? Jangan le di bahagian tu pun nak ambil anak beranak semua..itu bukan bahagian puak gerabak..itu bahagian UMNO la.

Sangkakala tau yang Datuk Tajuddin Rahman ni memang lantang bersuara dan tidak dinafikan bahawa beliau hebat dalam berbicara..tapi dengan berbuat begitu maka rasa hormat orang akan hilang Datuk.

Apa yang Sangkakala dengar lagi ialah..Tajuddin sekarang sedang melobi untuk Doktor Faizal yang juga anak beliau untuk menjadi Ketua Pemuda Bahagian.

Macam ni la Datuk..Sangkakala nak bagi cadangan supaya semua orang dapat jawatan.

Apa kata Datuk jadi Ketua bahagian..isteri jadi ketua wanita..anak lelaki ketua pemuda..anak perempuan yang bawah 35 tahun jadi ketua puteri..adik lelaki jadi setiausaha bahagian..adik ipar perempuan jadi penolong setiausaha wanita bahagian..anak perempuan adik jadi penolong setiausaha puteri..anak lelaki adik jadi penolong setiausaha pemuda..pendek kata kumpulkan semua saudara mara duduk di bahagian itu lagi senang.

Sangkakala juga dapat maklumat yang mengatakan Datuk Tajuddin buat begitu semata mata untuk mengekang kemaraan anak Tan Sri Ramli Ngah Talib yang dikatakan kini amat popukar di bahagian Pasir Salak. .begitu juga untuk melenyapkan karier politik Doktor Wan Norashikin yang dulunya menjadi  ADUN Kg Gajah.

Pemikiran yang ortodoks..tidak memikirkan perjuangan dan ini bagi Sangkakala amat tidak sihat dan perlu dihalang..takkan semua jawatan nak bagi pada sebuah keluarga dan ianya nanti akan menjadi warloards di bahagian.

Pasir Salak adalah tempat selamat bagi UMNO dimana tidak ada langsung kebangkitan pembangkang untuk mendapat kemenangan di kawasan tersebut sama ada parlimen mahupun DUN.

Jadi janganlah kerana keinginan atau nafsu untuk memerintah yang terlalu tinggi akan membuatkan kawasan itu nanti menjadi kawasan hitam.

Jadikanlah Tun Mahathir sebagai contoh yang mana tidak ada seorang pun dari kalangan anak beliau yang aktif dalam politik semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.






@NajibRazak KENYATAAN KEDUA PM BUAT NAZRI AZIZ JADI BERANG


Mula mula dengar Perdana Menteri mengatakan bahawa tidak menjadi kesalahan jika Menteri melantik anak atai saudara sendiri sebagai pegawai khas..Nazri Aziz mesti rasa selamat giler punya kan?

Tapi tetiba je Perdana Menteri kata kalai di parlimen atau di kawasan dan tidak menerima gaji dari kerajaan. 

Aduhh..apa sudah jadi? Najib sudah pusing 180 darjah dari kenyataan asal dan ini adalah satu peluru hidup yang dihalakan kepada Nazri Aziz yang begitu bongkak mengatakan kementerian dia suka hati dia nak lantik sesiapa pun.

Jadi kepada Nazri..Perdana Menteri dah keluarkan kenyataan macam tu kan? Boleh lantik anak..bini..pakcik..makcik..tok..nenek atau sesiapa juga tapi dikawasan bukan dalam kementerian dan perlu ingat..kemeterian tu bukan bernama Kemeterian Nazri Aziz..nama kementerian tu ialah kementerian pelancongan.

Mana le tau kot kot Nazri terlupa bahawa kekayaan dia tak boleh nak beli kementerian dan letakkan anak dia atau menantu atau bakal menantu dia kat situ.

Jadi apa lagi Nazri..sila keluarkan anak kesayangan kamu dari kementerian tu dan lepas tu nanti lantik dia jadi pegawai khas di kawasan atau dimana mana sahaja yang kamu rasa nakbletak..termasuklah di Bali atau Phuket.

#1bro4NKP SERANGAN PERIBADI KEATAS AZWAN BRO ??? DAH ADA YANG GOYANG KE ???

Sangkakala dapat tau dah ada blogger yang mula main serangan secara peribadi keatas ketua pemuda perak yang menawarkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Hari tu Sangkakala juga dengar ini adalah pertandingan antara sahabat sahabat dalam pergerakan pemuda dan ianya tidak akan berlaku serangan peribadi antara mereka.

Tapi sekarang dah ada juga serangan sebegitu dilakukan, tapi kenapa? Adakah pihak lawan kepada Azwan sudah mula goyang dengan kemampuan beliau?

Mereka (blogger upahan) mengeluarkan kekayaan yang dimiliki oleh Azwan sebagai Ketua Peuda UMNO Perak mungkin atas arahan majikan mereka agaknya.

Jadi disini Sangkakala nak bagi tau la pada pesaing pesaing yang akan bertanding melawan Azwan, Sangkakala ni orang Perak dan Sangkakala tau siapa Azwan.

Azwan memang kaya dan ianya tidak dapat disangkal, tapi mereka tau ke apa yang telah dilakukan oleh Azwan dengan kekayaan beliau, dan adakah mereka akan membuat risikan darimana kekayaan itu diperolehi? Tapi biasa la, pihak lawan takkan keluarkan semua tu sebab nak tunjukkan sesuatu yang buruk dalam fikiran pemilih.

Nanti Sangkakala keluarkan kronologi bagaimana Azwan menjadi kaya, adakah ianya hasil daripada UMNO atau hasil titik peluh beliau sendiri selama ini.

Cuma dalam artikel ini Sangkakala nak sampaikan kepada mereka mereka diluar sana yang akan menjadi perwakilan pemuda nanti.

Pernah ke mereka yang memberi persepsi buruk itu mengeluarkan apa yang telah dilakukan oleh Azwan sepanjang beliau bergiat aktif dalam politik?

Pernahkah mereka mengeluarkan apa kebajikan yang telah dilakukan oleh Azwan dengan harta yang beliau perolehi? Tidak pernah kan? Sebab bagi mereka ini adalah pihak lawan.

Kalau nak diikutkan kekayaan yang dimiliki oleh Azwan, tidak mustahil beliau mampu untuk mengupah ratusan blogger atau penggiat media sosial dalam usaha untuk menghentam dan memberikan satu gambaran buruk kepada pesaing lain, tapi Azwan sendiri tidak mahu berbuat begitu kerana ini adalah pertandingan antara adik beradik dalam UMNO dan keaiban mereka yang lain jangan sesekali ditunjukkan.

Ini adalah satu nilai murni yang ada pada Azwan dan setelah dihentam secara peribadi sebegitu pun beliau masih lagi mengatakan jangan jadi seperti mereka yang mengeluarkan keaiban rakan rakan lain.

Marah juga Sangkakal pada Azwan ni, bila beliau nak bersaing terlampau bersih walaupun dah ada yang main kotor macam tu.

Tapi sebagai anak Perak, Sangkakala rasa walaupun Azwan kata jangan, tapi kalau dah melampaui batas, Sangkakala akan telanjangkan satu persatu mereka mereka ini dan apa yang mereka lakukan selama ini.

Sangkakala teringin nak jawab sedikit disini, Azwan memang kaya, dan kebajikan yang beliau lakukan tidak kurang hebatnya dengan kekayaan beliau cuma disini, Azwan mengatakan bahawa jika tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri mendapat tahu.

Maknanya disini, jika Azwan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, segala bantuan yang diberikan kepada pemuda, tidak akan tersebar dan tidak siapa tahu, kerana bagi beliau bantuan bukanlah sesuatu yang perlu disebarkan, cukuplah si penerima dan si pemberi yang tahu.

Apa apa pun, itu le Azwan, dulu Sangkakala kata tunjukkan segala kebajikan yang dibuat, dia taknak, sekarang tengok, ada ke lawan dia bertanggungjawab kalau dah keluarkan segala bagai perkara semata mata nak buruk burukkan beliau dimata perwakilan dengan mengatakan bahawa beliau akan menambah kekayaan.

Bagi Sangkakala kalau memilih orang yang dah sememangnya kaya adalah lebih baik, sebab bila dah kaya, takkan nak cari lagi? Tapi kalau orang yang takde apa apa, mungkin akan mengaut kekayaan dengan menggunakan jawatan yang dimenangi, lagi satu, bila kaya, tak perlu tunggu bantuan dari pihak lain untuk memberikan batuan, dari kekayaan dia pun dia dah mampu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERSIH 4.0 BAKAL DIADAKAN !!! APA TINDAKAN KERAJAAN PADA AMBIGA ???


Apa lagi le si Ambiga ni nak agaknya..kadang kafang tak faham pun ada dibuatnya..nak bersih apanua lagi? Dah secara terang terangan yang rakyat menolak kepimpinan pakatan pembangkang dalam pilihanraya yang lepas.

Ambiga mengugut untuk mengadakan himpunan bersih 4.0 jika daftar pemilih tidak dibersihkan..tapi dari apa yang Sangkakala lihat..Ambiga serta Jawatankuasa bersih sebenarnya bukan menjadikan pembersihan daftar pemilih sebagai matlamat utama tetapi lebih kepada untu kemgucar kacirkan keadaan dan keamanan negara.

Setelah bebetapa siri himpunan diadakan twrnyata sokongan terhadap pakatan pembangkang masih lagi berada di takuk lama dan ianya didapati makin berkurangan sekarang.

Rakyat sebenarnya sudah mula jelak tambahan pula mereka (pembangkang) gagal dalam melaksanakan janji mereka kepada sesetengah kaum dinegara ini dengan mengatakan bahawa mereka akan menang besar dan ternyata bahawa mereka masih tidak mampu melaksanakannya.




Sabtu, 17 Ogos 2013

@NajibRazak CONTOH ORANG YANG DIBELA PENTINGKAN DIRI


Sangkakala tau yang orang ni dulu pernah dibela oleh Perdana Menteri Malaysia dengan begitu baik dan orang yany berutahu perkara ini adalah orang uang agak rapat juga dengan dia.

Tapi cuba tengok status yang dikeluarkan oleh pakcik Zaharin Mat Yasin yang satu masa dulu Sangkakala gelar sebagai pemburu tanah wakaf.

Memang orang yang sebegini mencari makan dalam UMNO dan apabila kekurangan bekalan maka akan memekiklah dia..dan apabila bekalan dihantar maka diamlah dia.

Apa yang Sangkakala nak katakan disini ialah, tidak ada gunanya untuk membela orang sebegini dalam UMNO kerana perjuangannya bukanlah untuk kelangsungan parti tetapi untuk perut sendiri.

Jadi kepada perwakilan, buatlah pilihan yang bijak..orang sebegini jangan diberikan lagi peluang untuk berada dalam kepimpinan dan orang yang Sangkakala masukkan diatas pernah memegang jawatan pegawai di bahagian.

Dan di semua peringkat..mereka mereka yang seperti ini jangan lagi diletakkan.. cukuplah mereka hanya memberikan nasihat daripada luar dan biarkan mereka yang baru untuk mentadbir.

KETUA CAWANGAN DS HUSNI DIMANDI PERWAKILAN ??? APA SUDAH JADI ???

Petang tadi diadakan pemilihan di cawangan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan yang juga merupakan cawangan Menteri Kewangan Kedua merangkap Bendahari UMNO Malaysia.

Ketua cawangan sebelum ini, Suhaimi Din telah ditolak oleh perwakilan dalam cawangan dan diambil alih oleh seorang penjual burger.

Inilah transformasi yang sepatutnya dilakukan, tidak mengira latar belakang, jika mereka mampu untuk mentadbir cawangan, maka mereka diberikan peluang dan perwakilan hari ini dilihat sudah bijak dalam membuat pilihan.

Apa yang penting sebenarnya disini ialah, apabila penolakan ketua cawangan ini berlaku, secara tidak langsung ianya juga menunjukkan bahawa satu penolakan kepada Datuk Seri Husni Hanazlah kerana sebelum ini ketua cawangan tersebut adalah pegawai khas kepada Menteri Kewangan tersebut.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada perwakilan yang dilihat kini amat matang walaupun cuma diperingkat cawangan.

Selepas ini Sangkakala rasa pihak pembangkang tidak lagi mampu untuk mengatakan bahawa dalam pemilihan UMNO ada unsur unsur kronisme kerana ianya telah dibuktikan oleh perwakilan peringkat cawangan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak VIDEO NEDIM NAZRI PULA DISEBAR BLOGGER


Aduhhh..parah lagi kali ni bila video anak keoada menteri yang juga merupakan pegawai khas paling hangat diabad ini di keluarkan oleh blogger yang menggelarkan dirinya aktivispendangjr.

Sangkakala tak boleh nak kata apa apa la bila video ni di keluarkan oleh blogger ni sebab itu hak masing masing.

Tapi itulah hakikat yang perlu diterima dan upah yang diperolehi oleh orang UMNO yang menyokong tindakan menteri pelancongan ni.

Kepala bertambah besar..tocang bertambah tegak apabila Perdana Menteri juga menyokong tindakan beliau melabtik anak sendiri sebagai pegawai khas dalam kementerian walaupun beliau menafikan bahawa anaknya itu merupakan kakitangan yang dibayar oleh kerajaan.

Teruskan bacaan DISINI untuk menonton video yang Sangkakala katakan.



BUKTI SYIAH BERHASRAT UNTUK MENYERANG MEKAH DAN MADINAH

klik gambar untuk video

"Faiz Shakir", salah seorang jurucakap Hizbullah secara langsung dalam sebuah rancangan tv di OTV telah mendedahkan rancangan puak-puak syiah untuk memusnahkan Mekah.

Ikuti temuramah tersebut yang telah diterjemahkan di bawah. Video temuramah tersebut juga disertakan.
--------------------------------------------------------------
"Hisbullah tidak dapat dimusnahkan, ianya yang terkuat dikalangan negara-negara Arab, lebih kuat dari empayar-empayar diseluruh dunia dari segi ekonomi, ketenteraan dan sosial, apa yang kamu fikir?

Kami tidak takut dengan ancaman Bandar Ibn Sultan ( seorang putera raja Qatar yang mengancam untuk menyerang Bashar) malah Saudi sekalipun dengan seluruh kekuatannya, dari raja mereka hinggalah kepada rakyat mereka yang terakhir, mereka fikir mereka siapa?

Jika mereka mengebom Qasiun Damsyik (tempat dimana kekuatan Bashar pada paras maksimum), kami akan menyerang Mekah dihadapan kepala mereka sendiri.

Wartawan: "Mekah? Bukankah itu tempat suci bagi mereka?"

"Faiz Shakir": Biarkan aku bercakap, aku tidak kisah semuanya lagi, ini adalah fakta, kami akan memusnahkan Mekah dan Madinah, dan juga Jeddah dan Riyadh dengan mereka semua yang ada dan tinggal dalam bandar-bandar ini, ini adalah fakta strategi. Kewujudan kami lebih penting dari 'batu-batu' dan 'bukit-bukit' mereka.

Wartawan: (masih lagi dalam keadaan terkejut!!) Siapa yang akan memusnahkan Mekah? Iran? Syria? Hisbullah?? Tempat itu adalah tempat suci bagi mereka!!!

"Faiz Shakir": Aku tidak akan mendedahkannya, tapi jika mereka mengancam kami, kami tahu bagaimana untuk membalas ancaman itu.


Adakah ini yang kita mahukan?? Fikir fikirkanlah apa akan jadi dengan Islam jika ajaran ini berleluasa dalam Negara kita.




@NajibRazak KETANDUSAN PEMIKIR DAN PENASIHAT ??? MANA SEMUA DAH HILANG ???

Bila Najib Razak mengeluarkan kenyataan berbaur sokongan terhadap Nazri Aziz ramai yang memberikan pandangan berbeza didalam laman laman media sosial seperti facebook dan sebagainya.

Tapi dari pada apa yang Sangkakala dapat lihat dan daripada apa yang Sangkakala baca melalui komen mereka ini, rata rata mengatakan bahawa mereka amat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Nazri Aziz.

Bukan itu sahaja, apabila kenyataan seolah olah menyokong tindakan Nazri yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri juga telah mencalarkan kredibiliti Perdana Menteri sendiri sebagai ketua pentadbiran negara.

Persoalannya disini, tidakkah ada seorang pun yang memberikan nasihat kepada Perdana Menteri sama ada perlu campur tangan atau membiarkan perkara tersebut tetapi dalam diam selesaikan isu tersebut dengan Nazri?

Setelah beberapa hari isu tersebut dikeluarkan barulah Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dan kenyataan tersebut dilihat amat mengecewakan rakyat Malaysia, kerana apa?

Kerana isu tersebut telah dikeluarkan oleh akar umbi dan ianya dipersetujui oleh rakyat, dan kalau diikutkan daripada slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri, ianya berbunyi, 'Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'.

Tapi dalam konteks kali ini, apabila rakyat mengeluarkan rasa ketidak puasan hati, adakah suara rakyat didahulukan atau Sangkakala akan ubah slogan 1Malaysia yang bunyinya begini 'Menteri DiDahulukan, Anak Menteri DiUtamakan'.

Kadang kadang ada juga perasaan kesian pada Perdana Menteri yang Sangkakala lihat sudah tidak mempunyai penasihat yang betul betul menasihati beliau dalam menjawab isu atau mencampuri isu semasa.

Setahu Sangkakala, dan daripada apa yang Sangkakala dengar, terlalu ramai yang menjadi penasihat Perdana Menteri dan akhirnya mereka mereka ini menjadi PunahSihat. 'Perdana Menteri Punah mereka yang Sihat'.

Sangkakala nasihatkan kepada Perdana Menteri, perhatikan sama penasihat penasihat tu, kalau dah nasihat mereka kurang bernas, letakkan mereka di tempat yang lain, jangan nanti nasihat yang menghancurkan diberi oleh mereka hingga merosakkan semua yang ada.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 16 Ogos 2013

@NajibRazak KENAPA TAKUTKAN NAZRI AZIZ ??? MACAM ADA YANG TAK KENA jE !!!

Selepas dua hari Sangkakala keluarkan cerita anak Nazri Aziz jadi pegawai khas beliau sendiri di kementerian pelancongan, hari ni Najib tampil untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah sekiranya keluarga diambil sebagai pegawai.

Sangkakala pun kadang kadang hairan dengan Perdana Menteri ni, agaknya tak faham kot maksud yang tersurat kenapa Nazri tidak sepatutnya meletakkan anak dia di Kementerian Pelancongan.

Kalau anak si Nazri ni elok macam orang lain takde masalah, tapi yang jadi masalahnya ialah apabila anak kepada Nazri ni penuh dengan kontroversi dan pelbagai masalah sosial, disitu masalahnya.

Kalau setakat nak jadi pembantu kepada bapa di si Nazri takde siapa nak larang, tapi ni di kementerian, kalau orang lain rasanya dah tentu kena tendang keluar atau dinasihatkan supaya anak Nazri si Nedim tu keluar dari kementerian tersebut tidak kira sam ada kerajaan atau siapa saja yang bayar gaji dia.

Tapi Sangkakala tengok Najib Razak seolah olah amat takut untuk berhadapan dengan seorang menteri yang jawatan ahli majlis tertinggi dalam UMNO pun dilantik.

Perkara ni yang sebenarnya boleh mencalar imej serta kredibiliti seorang menteri dengan mengambil seorang anak yang bermasalah untuk diangkat sebagai pegawai dalam kementerian.

Seperti ada satu rahsia pula apabila Najib cukup risau untuk mengeluarkan Nazri dari barisan kabinet sekiranya anak dia masih lagi ditempatkan disitu.

Bertindaklah dengan matang wahai Perdana Menteri, jangan buat kerja melulu macam tu, sementara ada kuasa gunakan sebaik baiknya, takut nanti rakyat menggunkan kuasa mutlak mereka pula dalam meolak kepimpinan yang dilihat tidak berani mempertahankan kebenaran.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TELOR @NAJIBRAZAK DALAM GENGGAMAN NAZRI AZIZ


Sangkakala rasa mesti ada rahsia yang dipegang oleh Nazri Aziz tentang Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO Malaysia kalau tidak, masakan Menteri yang bermasalah sepeeti Nazri masih kekal dalam post kabinet, apa kelebihan Nazri?

Masa jadi menteri dijabatan Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal perundangan,  Sangkakala tak nampak dimana penambah baikkannya, bertambah teruk ada la.

Dan lagi satu apabila Nazri dengan selambernya menjemput sorang anak muda cina yang juga penuh dengan masalah, si Namewee untuk datang bertemu beliau di Parlimen dan si Namewee hanya memakai pakaian.biasa iaitu t-shirt serta seluar jeans tapi masih di beri kebenaran untuk masuk ke parlimen serta berjumpa dengan beliau.

Ada yany mengatakan bahawa Nazri memang suka membela cina berbanding Melayu kerana lebih mudah untuk mendapatkan apa yang beliau hajati.


Begitu juga dengan kes perlantikan anak beliau sendiri di dalam Kementerian, apa fungsi si Nedim? Berkenaan pengundi di kawasan?  Letak le Nedim dia pejabat UMNO Bahagian bukan di Kementerian Pelancongan, itu pun susah nak buat ke?

Padang Rengas dengan Putrajaya bukan dekat dan kalau dengan sikap si Nedim yany suka berpoya poya dikatakan mampu untuk membawa perubahan kepada orang muda rasa Sangkakala Nazri dah silap besar.

Macam dia tak tau pulak perangai anak dia yant menyelap umpama ifrit pantang nampak betina semua sapu, pantang hantar arak semua telan, itu nak diharap? Jadi macam cerita anak ku Sazali le nampaknya Nazri dengan Nedim ni.


Berbalik kepada Perdana Menteri tadi, si Nazri dah jadi Menteri pada zaman Tun Mahathir hingga kini dan ini bermakna sudah 3 orang Perdana Menteri bertukar namun dia masih sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik.

Tapi Sangkakala nak juga la bertanya kenapa Perdana Menteri amat takut untuk menggugurkan Nazri? Adakah jika Nazri gugur maka secara automatik maka segala rahsia yang di pegang oleh Nazri akan terbongkar dan Perdana Menteri juga akan turut gugur sama.

Demi untuk kebaikan UMNO, Sangkakala rasa gugurkan si Nazri dan Sangkakala tau, jika dia digugurkan, maka dia akan terus lompat parti PKR dan Barisan Nasional akan kehilangan satu kerusi.

Perdana Menteri perlu membuat keputusan sama ada mahu kerusi parlimen kekal atau UMNO kekal atau jawatan Presiden terbang? Balik rumah fikir fikirkanlah, jangan jadi Perdana Menteri yang lemah, keputusan perlu dibuat.

Orang macam Nazri yang tak sedar diri perku disingkirkan dan jika Perdana Menteri rasa masih mahu kekalkan Nazri dalam kabinet maka sudah tiada jalan lain lagi,  presiden UMNO juga perlu ditukar.



Khamis, 15 Ogos 2013

NURUL IZZAH !!! MANSUH ORDINAN DARURAT !!! KEMBALIKAN KEAMANAN ???


Pelik pulak dengan kenyataan anak sulong si Anwar ni..pakatan pembangkang minta supaya ordinan darurat dimansuhkan tapi lepas tu nak suruh kerajaan selesaikan masalah berkaitan jenayah yang dianggap ganas pada ketika ini.

Itu le pasal..dulu mak bapa hantar masuj Universiti tapi pegi blowjob..sekarang kan dah jadi tak ceredik.

Bila ordinan darurat dimansuhkan secara automatik semua suspek yang dianggap penjenayah merbahaya terpaksa dibebaskan dan ini akan menggalakkan kegiatan jenayah terutama yang melobatkan senjata api dan sebagainya.

Tapi sekarang ni bila dah semua penjenayah tu jeluar dan bila dah tak terkira berapa ramai yang dah tegolek kena tembak mati..terus minta kerajaan kurangkan kadar jenayah? Itupun tanpa menguatkuasakan semula ordinan darurat.

Apa punya kenyataan le si Nurul Izzah ni keluarkan agaknya..pening juga kepala kalau nak difikirkan..tapu nampak le bahawa Nurul Izzah kurang cerdik dalam menangani isu atau permasaalahan yang dicipta oleh mereka
 (pakatan pembangkang) sendiri.



@NajibRazak HEBAT !!! PEGAWAI KHAS MENTERI TERLIBAT DALAM PROGRAM GEN Y DI PHUKET DAN BALI

Wawawa..best tu kalau dah boleh engage dengan Generasi Y atau Gen-Y di Phuket dan Bali.

Tapi ada ke Gen-Y Malaysia berada di kedua dua tempat tersebut sedangkan kita tahu dua tempat tu berada di luar negara.

Kalau nak tutup salah anak pun jangan le kata nak libatkan anak tu dengan Gen-Y atau bermacam macam Gen lagi.

Yang pastinya anak Nazri si Nedim ni memang Jin tapi bukan Gen..haha..sorry le pak menteri..Sangkakala rasa buat masa ni itu je ayat terbaik yang Sangkakala boleh sebut untuk anak kesayangan Datuk Seri tu.

Pegi ke Bali dan Phuket bawa janda gersang, Gen-Y konon ye?

Banyak le Gen-Y korang, bak kata kawan Sangkakala, anak rintik bapa borek, dua dua pun lebih kurang je perangai.

Cuba baca pulak apa kata rakan blogger Sangkakala dalam pautan dibawah ni

http://bit.ly/18xgoLe




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak NAZRI AZIZ JANGAN TERLAMPAU SOMBONG !!! ORANG SEDANG PERHATI TU !!!

Nampak gayanya Menteri Pelancongan ni memang jenis manusia sombong, mentang mentang kaya dan kononnya kekayaan tu datang sebelum dia jadi Menteri ingat dia boleh sesuka hati nak buat apa pun ke?


Jangan sombong sangat la Datuk Seri..orang sekarang sedang perhati je apa kelakuan Datuk Seri sekarang..jangan ingat dah duduk sebagai Menteri dan dah menang sebagai ahli parlimen rakyat akan duduk diam saja..kena ingat sama pemilihan akan berlangsung tak lama lagi. 

Silap haribulan..kalau Perdana Menteri masih lagi nak ambil parasit macam ni duduk sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan nak letak lagi sebagai Menteri dengan Presiden sekali merudum jatuh.

Jangan nak menidakkan apa yang dah jadi, kami dibawah ni tau yang Datuk Seri cuba nak tebus balik kesilapan sebab tak bela si Nedim ni dari kecik dan sekarang ni apa saja yang si Nedim nak Datuk Seri akan bagi dan tak salag begitu.

Tapi agak agak le kalau nak bagi tu, jangan sampai jawatan dalam kementerian pun nak bagi ke anak..nampak sangat macam nak menyamun dalam kementerian tu.

Sangkakala rasa macam ni je lah senang..kita tengok apa tindakan Perdana Menteri dengan kejadian ni..kalau agak agak Perdana Menteri pun tak boleh nak selesaikan..kita tukar Presiden dan kita cari orang yang berani untuk mengadap si nazri ni.

Sangkakala takkan benarkan UMNO menyimpan nanah yang bakal menjadi barah..kalau masih simpan juga..akan punah le UMNO lepas ni..semua kementerian yang di jaga oleh Nazri yltak nampak pun penambah baikan..makin teruk ada le.

Sangkakala lepas ni akan dedahkan pula skandal dalam program citrawarna 1 Malaysia 2013 dan sekarang ni Sangkakala sedang mengumpul bukti untuk didedahkan.

Jadi kepada Datuk Seri Nazri bin Tan Sri Aziz..tunggu ye Sangkakala buat pendedahan nanti.