Selasa, 23 April 2013

#tolakpakatan HINDRAF BUAT HAL LAGI

Sokongan yang ditunjukkan oleh HINDRAF jelas membuktikan hanya kerajaan Barisan Nasional yang mmapu untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat India di negara ini.

Walaupun satu masa dulu HINDRAF dilihat tidak begitu pro kerajaan, namun kini keyakinan badan bertindak itu terhadap kerajaan bertambah baik.

HINDRAF telah bertemu beberapa kali dengan pemimpin pembangkang demi untuk meminta jaminan bahawa jika pakatan pembangkang memenangi pilihanraya kali ini kebajikan masyarakat India akan terjamin, namun ianya hanya sia sia.

Sejak pertemuan dengan Perdana Menteri, satu akujanji telah ditandatangani dimana kerajaan akan memberikan jaminan kebajikan kepada masyarakat India.

Yang sebenarnya ialah, jika tiada akujanji ini sekalipun, sememangnya kerajaan mengambil berat terhadap masyrakat itu selama ini dimana beberapa bentuk peruntukan telah diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat India deperti sekolah jenis kebangsaan tamil dan sebagainya.

Walaupun begitu, HINDRAF selaku badan bertindak menginginkan lebih jaminan dan kerajaan tidak merasakan itu sebagai ancaman.

Dengan hati yang terbuka, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk memberi jaminan kepada HINDRAF.

Jadi kini masyarakat kaum India tidak perlu lagi risau dengan kebajikan mereka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#GE13 #tolakpakatan BEKAS JENERAL NYANYUK AJAK PERANG

Agak kelakar pulak Sangkakala baca kenyataan bekas Jeneral nyanyuk ni, dia ingat pilihanraya ni macam perang askar ke sampai nak guna tektik di Bosnia untuk menang di Johor Bahru tu?

Sedar la sikit, yang nak dilawan tu bukannya tentera tapi rakyat Jihir yang kuat dengan perpaduan, lagi satu ingat Tan Sri Sharir Abdul Samad tu calang calang orang ke nak ditumbangkan.

Dengan bangganya Jeneral ni kata beliau ada Sarjana peperangan, tapi Sangkakala teringat pula dengan apa yang dikataakan oleg Datuk Seri Zaini bahawa kes Al-Maunah pun beliau (Hashim) tak buat apa apa.

Itu rupa nak menang di Johor Bahru? Mimpi kot bekas jeneral kita ni.



#GE13 #tolakpakatan APA NAK JADI DENGAN UMNO NI ???

Pelik betul la sekarang ni, pakatan pembangkang kata UMNO dah takde sokongan, Barisan Nasional pulak dah tak dapat kepercayaan daripada pengundi serta rakyat, tapi dalam gambar ni orang datang darimana pulak agaknya.

Lebih dari 60'000 orang hadir untuk meraikan Perdana Menteri di Kelang siang tadi dan ini jelas menunjukkan bahawa sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan tetapi bertambah dari semasa ke semasa.

Ini semua kerana hanya Barisan Nasional yang dilihat mampu untuk memperjuangkan hak rakyat sedangkan pakatan pembangkang pula kerapkali menidakkan hak tersebut walaupun ada janji yang di berikan oleh pakatan pembangkang kepada rakyat sebelum ini.

Pakatan pembangkang kini dilihat sudah ketandusan isu dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan  apabila kerajaan Barisan Nasional melakukan transformasi politik dan ianya diterima oleh rakyat melalui Gagasan 1 Malaysia.

Banyak kebajikankepada rakyat diberikan sepanjang 4 tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan segala kebajikan ini dinikmati oleh rakyat.

Kini rakyat semakin sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional akan memeberikan yang terbaik untuk membantu rakyat yang mana ianya takkan mampu untuk dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

Rakyat telah memberikan percubaan kecil dengan memebrikan beberapa buah negeri untuk diperintah oleh pakatan pembangkang namun ianya dilihat gagal, jika sebuah negeri gagal untuk dimajukan, bagaimana pula untuk memajukan sebuah negara dan bagaimana pula kebajikan rakyat di seluruh negara dapat diberikan?

Dan pada PRU kali ini, rakyat aakan menghukum mereka diatas kegagalan tersebut.


#GE13 #tolakpakatan RIBUAN PENYOKONG PEMBANGKANG HADIR CERAMAH

Biasanya kalau ceramah Pakatan Pembangkang sudah pasti akan dihadiri oleh ramai pengunjung untuk mendengar celoteh pembohongan pemimpin mereka menghentam Barisan Nasional, namun pada pilihanraya kali ini ianya hambar.

Mungkin sudah ramai yang mulai sedar dengan segala kepincangan dalam Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya pandai menabur janji janji palsu untuk mengaburi mata para pengundi.

Mereka hanya menjadikan alasan demi alasan untuk menjadi benteng pertahana mereka selama ini dan perkara ini boleh dilihat daripada apa yang terjadi di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semenjak PRU12.

Mereka berjanji itu dan ini, memberikan menifesto yang menjadi penawar kepada hati rakyat, tetapi semuanya tidak terlaksana hingga kini.

Ini membuatkan para pengikut mereka berasa amat malu kerana telah bersungguh sungguh berkempen dalam PRU12 yang lalu dan apabila ianya tidak terlaksana, mereka ini ditempelak oleh rakyat serta para pengundi.

Satu kesilapan yang dilakukan oleh rakyat semasa PRU12 ialah dengan memberi kepercayaan penuh kepada pakatan pembaangkang dan kepercayaan itu telah dikhianati oleh pakatan pembangkang dengan menidakkan hak mereka yang menuntut janji.

Negeri negeri dibawah pakatan pembangkang kini amat menyedihkan dimana semasa kepimpinan diterajui oleh Barisan Nasional ianya boleh dikataakan mewah dan penuh dengan pembangunan namun janji penambahbaikan oleh pakatan pembangkang telah mengaburi mata rakyat dan sekaraang kita dapat melihat beberapa negeri mengalami kemerosotan ekonomi walaupun pihak pembangkang cuba untuk menutup segala permasaalahan tersebut dengan menunjukkan prestasi mereka yang sebenarnya adalah palsu.

Seperti negeri Selangor, kerajaan pakatan pembangkang mengatakan bahawa ekonomi negeri tersebut berada ditahap yang tinggi tetapi apa yang sebenarnya terjadi ialah pengurangan aset yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang.

Seperti contoh, pakatan pembangkang mencairkan aset yang ada dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, siapa pun tidaak tahu dengan penjualan penjualan tanah serta bangunan milik perbadanan tersebut digantikan dengan tunai yang menampakkan bahawa ekonomi negeri tersebut perkembang pesat.

Ibarat kata pepatah 'Korek lubang tutup lubang' itulah yang dilakukan oleh kerajaan di negeri tersebut.

Begitu juga dengan Pulau Pinang dan negeri negeri lain.

Pembangkang akan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri mengalamai defisit melebihi 500 billion tetapi ianya diambil dari tahun 2009 yang mana ianya dicampurkan kesemuanya sekali tanpa ditolak dari pengurangan setiap tahun.

Ini adalah caara pembangkang untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak cekap dalam melaksanakan pemerintahan negara, dan jika dihitung semula daripada mula pakatan pembangkang memerintah di beberapa buah negeri jika tidak ditolak setiap tahun, ianya juga akan mejadi lebihan malah lebih teruk daripada apa yang mereka perkatakan.

Inilah cara pakatan untuk berbohong kepada rakyat dalam usaha mereka untuk menjadi kerajaan.

#GE13 KERANA PKR UPU DI NIBONG TEBAL TUTUP

Atas desakan PKR, UPU di kawasan Nibong Tebal ditutup sepenuhnya oleh PAS kawasan tersebut.

Semua Chegu Bard punya pasal, datang menempek di kawasan orang lepas tu nak tunjuk hero sampai PAS kawasan Nibong Tebal terpaksa mengundur diri sebagai calon.

Yusni Mat Piah yang diletakkan sebagai calon oleh PAS menarik duri daripada bertanding untuk merebut kerusi kawasan parlimen Nibong Tebal.

PAS pun terpaksalah akur dengan kehendak Anwar yang meletakkan Chegu Bard sebagai sandaran di kawasan itu.

Semasa PRU12 yang lalu kawasan Nibong Tebal diwakili oleh PAS tetapi di pinjamkan kepada PKR namun kalah dengan majoriti 200 lebih undi.

Kali ni PKR letak pula calon mereka sendiri untuk bertanding, tapi malang sekali apa bila PKR letakkan orang luar untuk bertanding di kawasan tersebut.

Apa apa pun UPU di Nibong Tebal hari ni tutup secara keseluruhan dan dengar cerita pula mereka akan menyokong calon Barisan Nasional kerana tidak berpuas hati dengan tindakan PKR.

Selamat menempuh kekalahan kepada Chegu Bard di Nibong Tebal. 

#GE13 #tolakpakatan DR JUANDA MEREPEK APA LAGI NI ???

Sebelum ni semua kenyataan Dr Juanda Jaya menjadi kegilaan para penyokong Pakatan Pembangkang, namun setelah apa yang diucapkan oleh beliau pada hari ini pula sudah tentu akan membuatkan para pengikut Pakatan itu mengamuk sakan.

Mana tidaknya, sebelum ni Pakatan Pembangkang kata akan calonkan Dr Juanda sebagai calon bagi bertanding untuk melawan ulama dalam UMNO namun ianya tidak dilaksanakan.

Rupa rupanya selama ini Dr Juanda adalah pengundi Barisan Nasional dan beliau juga berkata bahawa hanya UMNO yang mampu untuk mempertahankan gama Islam dan orang Melayu di dalam negara ini.

Ada bantahan tak dari pada pengikut Pakatan Pembangkang bila dengar kenyataan Juanda ni? mesti semua tarik muka masam bila dengar macam tu kan? Tapi apa nak buat, memang para ulama di negara ini berpandangan sebegitu, cuma yang bukan ulama tetaapi digelar Ustaz sahaja yang mengatakan bahawa perjuangan PAS itu adalah benar.

Yang sebenarnya perjuangan PAS kini tidak lebih dari mengangkat parti untuk menjadi pemerintah dan ianya juga berbentuk kepentingan dalam diri seseorang pemimpin PAS kerana mereka kini hanya memandang jawatan tetapi bukan perjuangan.

Perjuangan PAS kini sudah banyak terpesong jauh dari perjuangan asal mereka dan mereka (PAS) kini dilihat sudah mampu ditipu oleh PKR dan DAP hanya kerana hati mereka sudah buta dengan jawatan yang ditawarkan.

Seperti mana yang dilakukan oleh PAS kini, mereka sudah mula meletakkan calon calon bukan dari kalangan orang Islam untuk menjadi calon mewakili parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Adakah PAS begitu terdesak atau sudah kehilangan bakat kepimpinan Melayu Islam dikawasan kawasan tersebut?

Memang benar pengikut mereka akan mengatakan bahawa PAS mahu menjadikan mereka ini sebagai orang bukan Islam yang mengikut cara serta peradaban Islam, tetapi persoalannya adakaah mereka benar benar ikhlas dalam mendalami pengetahuan tentang islam tersebut.

Dari apa yang Sangkakala lihat, mereka yang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sebenarnya cuba menangguk di air keruh dan mereka ini hanya mengambil kesempatan daripada ketaksuban pemimpin PAS untuk memperolehi kuasa.

Selama ini tidak ada dikalangan bukan Islam yang mahu menyertai PAS malah mereka menolak PAS kerana PAS dilabel sebagai parti Islam, tetapi kini semua itu tidak lagi dipedulikan kerana mereka nampak sudah adaa peluang untuk menjadi wakil kepada parti itu di kawasan yang dipertandingkan.

Persoalan lain ialah, kenapa mereka ini (DHPP) tidak menyertai PKR atau DAP? Kenapa perlu PAS? Bukankah kedua dua parti tersebut juga adalah termasuk dalam pakatan bersama PAS? Dan bukankah PKR serta DAP itu tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka?

Sangkakala juga melihat mereka ini mungkin dihantar oleh DAP dan PKR sepertimana yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali bahawa ada tangan hitam menjadi pemusnah kepada perjuangan PAS.

Ini semua tidak mustahil kerana DAP dan PKR cuba untuk menguasai undi yang ada dalam parti PAS dan satu satunya cara untuk menjadikan perkaraa itu sebagai relaiti ialah dengan meletakkan orang mereka sendiri di dalam PAS dan tidak mustahil nanti PAS akan menjadi serba salah untuk keluar dari pakatan pembangkang kerana sudah ada ahli mereka yang menjadi calon.

Isnin, 22 April 2013

#GE13 BELUM MENANG ANWAR NAK TENDANG ORANG

Belum lagi menjadi kerajaan dah ugut nak tendang orang masuk dalam penjara? Itu le kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim kepada pengurusan tertinggi pihak rangkaian television TV3.

Katakan pakatan pembangkang ni melaksanakan kebebasan media, tapi bebas macam mana pulak kalau dah macam ni?

Ternyata jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan, semua berita tentang kesahihan kejadian akan diputarbelit tambahan pula jika ianya melibatkan pemimpin pembangkang yang ada kini.


#GE13 PUAK PAKATAN PEMBANGKANG BERTAMBAH BIADAP

Cuba anda semua lihat gambar dibawah, ianya adalah sekeping gambar yang diambil oleh puak pakatan pembangkang, bukan lah Sangkakala mengatakan tidak boleh untuk mengambil gambar, tetapi gambar yang sebegitu jelas menunjukkan betapa biadapnya mereka.
Ini semua adalah hasil daripada ajaran puak pembangkang yang didomininasi oleh DAP dan PKR,  ditambah pula dengan sokongan daripada PAS yang menjadikan mereka naik kepala.

Adakah nanti kita mahu melihat anakncucu kita menjadi biadap seperti ini dan adakah kiya mahu meneruskan perbuatan kotor seperti ini dilain kali?

Sudah pasti kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama tidak mahu perkara semacam ini dilakukan oleh anak bangsa kuta di masa hadapan.

Selama ini kita tidak pernah melihat perkara ini apatak lagi gambar seorang Islam tidak kira walau siapa sekali pun diperlakukan seperti ini.

Namun oleh kerana ketaksuban PAS yang ingin menjadi pemerintah serta dijanjikan dengan jawatan, maka PAS merelakan segala apa yang dilakukan  oleh pengikut pakatan pembangkang terhadap sesama islam.

Kepimpinan seperti ini seharusnya kita tolak kerana mereka telah gagal untuk menjaga tatasusila pengikut mereka.


#GE13 KENYATAAN BODOH PUAK PEMBANGKANG

Kalau nak fitnah pun agak agak la sikit, takkan sampai macam ni nak temberang orang kot, nampak sangat le bangangnye puak puak yang buat cerita macam ni.

Dah sememangnye lah semua pengundi duduk di Sabah atau Sarawak kena naik kapal terbang balik ke semenanjung untuk mengundi, takkan nak naik basikal pulak balik sini, jauh tu bro.

Disini pun kita dah nampak macam mana risaunya puak pembangkang dengan kekuatan yang ada dalam Barisan Nasional. 

Sampai pengundi nak balik naik kapal terbang pun jadi isu, bila tak balik pula nanti, mula la kata macam macam.

Kalau dah rasa nak kalah dalam pru kali ni, lebih baik la bungkus apa yang ada, sebab ini kalilah Pakatan Pembangkang akan innalillah.

#GE13 PAS PUSAT TAJA YUSNI MAT PIAH LAWAN CHEGU BARD

Calon PAS di Nibong Tebal rupa rupanya ditaja oleh PAS pusat bagi bertanding untuk melawan Chegu Bard yang dicalonkan oleh PKR.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sekiranya PAS pusat tidak menaja Yusni, masakan beliau boleh menggunakan logo parti tersebut untuk bertanding.

Seperti Barisan Nasional dan parti parti komponen lain, sekiranya ada yang mahu bertanding, mereka akan menggunakan logo bebas dan secara automatik mereka ini gugur sebagai ahli UMNO atau mana mana parti komponen Barisan Nasional. 

Mungkin ada yabg tidak perasan bahawa Yusni diberi kebenaran untuk menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya kali ini dan pihak kepimpinan PAS pusat tidak mengambil apa apa tindakan terhadap beliau termasuk memecat beliau sebagai ahli parti.

Bukankah itu sebagai salah satu tanda sokongan?

Dengan tidak mengeluarkan apa apa kenyataan dan mengambil apa apa tindakan, jelas juga terbukti bahawa PAS, DAP dan PKR masih tiada kata sepakat hingga membuatkan perkara ini terjadi.

Ini rupa nak memerintah sebuah negara? Alamat hancur la semua sekali.

#GE13 HADI AWANG KUTUK PKR

Dalam kata mereka ni bersahabat, rupa rupanya mereka ini tiada kata sepakat dalam hubungan dan meletakkan calon pilihanraya bagi PRU kali ini.

Kenyataan Haji Hadi ini telah menjelaskan segala galanya dan mungkin juga PAS kini telah benar benar taksub dengan janji yang diberikan oleh DAP kepada mereka jika berjaya untuk menakluki Putrajaya.

Cer kita tengok ucapan Haji Hadi ni, sudah pasti akan mengejutkan Anwar Ibrahim hingga kan kalau sedang makan, maka bersemburlah makanan dalam mulut beliau.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

#GE13 PAK SHEIKH TENGOK APA TU ???

Kata PAS selama ni UMNO selalu menggunakan video atau gambar yang agak kurang menyenangkan atau lebih tepat lagi video atau gambar lucah.

Tapi apa yang sebenarnya ialah, puak PAS ni memang suka dengan benda benda lucah.

 Cuba tengok pak lebai tu, apa yang dia tengok sampai beriya sangat tu?

Terangsang juga ke atau sedang membuat kajian terhadap apa yang dilihat di depan mata beliau?

Ini le orang PAS yang sebenarnya dan mereka akan menafikan perkara macam ni serta menunjukkan bahawa mereka ini bersih dari maksiat.

#GE13 PEMUDA DAP MENGAMUK TAK DIHARGAI

Mesti pemuda DAP NI mengamuk sebab dah buay rambut sampai macam ni tapi tiba tiba DAP pakai lambang PAS.

Kesian pulak Sangkakala tengokbpemuda DAP ni, dah tentu banyak modal yang dikeluarkan untuk buat rambut macam ni.

Tapi PAS mau ke terima kalau dah macam ni punya stylo rambut, PAS kata kena jaga akhlak, tapi ni akhlak apa kenamanya bro?

Nasib la wahai orang muda weii..apa nak buat, DAP dah kena ikut PAS sebab takut nanti tak dapat sokongan orang PAS. 


#GE13 PAS TERTIPU LAGI SEKALI


PAS terkena sekali lagi, patut le PAS selama ni kata akan mengeluarkan kenyataan bahawa Tan Sri Mohammad Mohamad Taib telah menyertai parti tersebut selepas penamaan calon rupanya ada hal lain.

Dasar pembohong tu pembohong juga, cuba nak tunjuk kononnya mereka dapat sokongan dari veteran UMNO tapi semuanya dusta.

Tan Sri Mohammad Mohamad Taib dalam gambar diatas jelas sedang mengikut ceramah kempen calon Barisan Nasional.

Macam mana PAS kata yang Tan Sri masuk PAS? 

Takkan sesak sangat kot sampai nak membohong cara tu, atau memang PAS memang sudah tidak lagi di terima oleh masyarakat kerana dah terlalu banyak kisah aib yang dilakukan oleh mereka.

Walaupun begitu, mereka yang belajar daripada pengalaman yang lalu akan dapat menghidu pergerakan PAS yang amat licik dan mungkin ada yang sudah dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh parti tersebut. 

Pilihanraya kali ini memperlihatkan pertembungan yang amat sengit dimana PAS kini sudah kehilangan punca untuk meraih sokongan dari rakyat. 


Ahad, 21 April 2013

#GE13 PUNAH !!! KHALID GAGAP SOKONG BARISAN NASIONAL

Steady la Khalid, akhirnya Menteri Besar Selangor menyokong Barisan Nasional, ingatkan tak suka sangat, rupanya sokong pulak lagi tu.

klik gambar

GEMPAR !!! BABI DIJUAL SEBELAH DAGING LEMBU

Ini bukan Sangkakala yang kata, tetapi ianya adalah kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan Parit Buntar.

klik gambar untuk video
Takkan kerajaan Kelantan tidak mengambil kira haram atau halal? Kata kerajaan Islam, ini ke Islam PAS di Kelantan?




#GE13 ANWAR MULA GUNDAH GULANA


Alasan Khalid yang dilihat amat selesa untuk menyelamatkan diri dari bertembung dengan Zulkifli Nordin.

Ini semua bukan sebab apa, semata mata kerana Anwar tahu kehebatan Zulkifli yang pernah menjadi peguam bagi kes liwat beliau.

Kalau la si Khalid berani berdebat dengan Zulkifli sudah pasti akan membuatkan Khalid ditelanjang di hadapan semua pengundi. 

Dan itu sudah pasti akan membuatkan Khalid menerima tamparan hebat.



#GE13 KHALID GOYANG DENGAN ZULKIFLI NORDIN

Ni apa hal lak si Khalid Samad ni? Dalam twitter beriya sangat beraninya, baru kena provok sikit dah mula goyang, kata tak takut apa benda pun..klik gambar untuk tengok betapa kecutnya si Khalid pada Zulkifli.
klik gambar untuk video
Apa barang ni Khalid? Sikit punya hal dah nak tunjuk samseng, ini ke kepimpinan Islam yang disebut sebut dalam twitter tu?

Jauh sangat larinya..atau Khalid dah rasa bahawa beliau akan menerima kekalahan mutlak di Shah Alam?

Apa apa pun kepada para pengundi di kawasan tersebut, pastikan pada 5 haribulan nanti, kita kuburkan si Khalid dari arena politik tanah air.


Sabtu, 20 April 2013

#GE13 NIK AZIZ SAHKAN KIT SIANG MASUK SYURGA

Veteran PAS yang juga merupakan Mursyidul Am parti tersebut telah mengesahkan bahawa veteran dan penasihat DAP Lim Kit Siang kini sedang menuju untuk ke arah syurga.

PAS bagi DAP pakai logo kerana kepimpinan DAP tidak diiktiraf oleh ROS kelmarin.

Nampak sangat DAP sekarang tunggang PAS sampai sanggup gunakan logo parti Islam tersebut.

Apa pulak kata si Karpal, takkan nak diam je kot, dulu beriya sangat menentang kewujudan negara Islam di Malaysia apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan membina sebuah negara Islam.

Tapi hari ni DAP terpaksa akur dengan kehendak takdir apabila mereka terpaksa melutut kepada PAS.

PAS pula dilihat seperti dengan penuh kebanggaan memberikan logo mereka yang dikatakan sebagai lambang Islam digunapakai oleh DAP yang secara terang terangan pernah menghina agama Islam.

Tapi semua tu tidak menjadi masalah, sedangkan kalimah Allah lagi pun PAS benarkan untuk digunapakai oleh bukan Islam, inikan pula sekadar logo.

PAS akan menjual apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa dan jawatan demi untuk mencapai segala maksud.

PAS kini sudah jauh terpesong dan ini jelas dapat kita lihat dimana diantar kepimpinan presiden sebelum ini allahyarham Ustaz Fadhil Nor yang begitu menentang jika ingin menjalinkan hubungan parti yang bukan sesama Islam.

Tapi kini ianya amat jauh berbeza apa bila presiden PAS yang ada kini sanggup untuk berkompromi dengan DAP dan PKR yang sudah tentunya selama ini menentang Islam.

Satu lagi kelainan yang dibuat oleh PAS ialah apabila mereka turut mencalonkan orang bukan Islam sebagai wakil mereka dan tidak mustahil bilangan mereka ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Jadi PAS pada hari ini diharap supaya tidak lagi menggunakan perkataan Islam didalam partinya kerana ianya sudah tidak melambangkang begitu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#GE13 CALON BN DIIRINGI LEBIH 4 RIBU PENGIKUT

Penamaan calon bagi kawasan Parlimen P057 Parit Buntar N08 Titi Serong dan N09 Kuala Kurau berlangsung pagi tadi.

Lebih dari 3 ribu pengikut UMNO dan Barisan Nasional hadir untuk memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional.

Pilihanraya umum kawasan Parit Buntar pada kali ini menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 diantara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaluddin (BN) dan Dr Mujahid Yusof (PAS) bagi kawasan P057 Parlimen Parit Buntar.

Mana kala kawasan DUN N08 Titi Serong menyaksikan pertandingan antara Abu Bakar Mat Ali (BN) dan Abu Bakar Husin (PAS) dan di kawasan N09 DUN Kuala Kurau pula menyaksikan pertandingan diantara Salleh Mat Disa (BN) dan Yunus Jamhari (PKR).

Untuk mengikuti gambar sepanjang proses penamaan calon anda boleh layari pautan dibawah.

http://bit.ly/ZFxyjf



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone